Apr 24, 2015

Sweet 23rd la Sangat

Happy birthday to me. Terima kasih di atas ucapan daripada kawan2 dan juah ahli keluarga kat whatsapp dan fb.

Malam suami belikan carrot cake dan bawak keluar dinner bersama family kat Magnum Cafe, IOI City Mall. Lps dinner suami ke KL semula sbb tgh ada program. Hadiah birthdya nak request apa ek? Hehe 😆😉😂



Feb 20, 2015

Sambal Belacan

Ini resepi sambal belacan Indon atau sambal ayam penyet.

Bahan-bahan:
-cili padi 
-bawang
-tomato
-belacan
-air asam limau 

1. Kesemua bahan-bahan kecuali air asam digoreng dalam minyak hingga layu. 
2. Bahan-bahan tersebut ditumbuk (kalau dikisar akan lebih hancur, kurang mengancam)
3. Perah air asam limau ke atas sambal. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Kemudian digoreng lagi sekali utk menghilangkan air. (Tak goreng pun takpe) boleh terus makan.

Enak dicicah ikan goreng/ayam goreng/ikan bakar/ayam penyet dll


Kalau sambal belacan biasa buat guna resipi:

Cili api dan belacan yg dibakar ditumbuk/blend hingga separuh hancur. Dah siap perasakan dgn garam dan gula, perahkan air asam limau kasturi, potong dan letakkan kulit limau nipis2 sekali, juga boleh masukkan sekali buah mangga telur muda/buah pauh yg dicincang. Marvelous!

Feb 15, 2015

Daging Goreng Kunyit

Resipi:

1. Daging dipotong nipis2
2. Perap dgn kunyit dan garam
3. Masak atas dapur, tmbh myk sikit utk melembutkan daging. Masak sehingga air yg keluar dr daging kering
4. Masukkan kacang panjang dan carrot
5. Masukkan garam/perasa secukup rasa
6. Masuk bawang besar dan cili merah, padamkan api

Simpan resepi simple di sini utk mudahkan rujukan di lain waktu. 



Jan 30, 2015

Keputusan Temuduga PTD 2014

28/01/15:
 
Pagi-pagi dlm whatsapp dah penuh ngan ucapan tahniah oleh kwn2. Dahla line internet tak ada. Ai berkursus dalam hutan ye, kwsn line tpon n internet non ado! Rupanya result iv PTD hari dah keluar. Rasanya ari tu SPA bgtau resultnya akan keluar pada bulan Februari 2015. Cari wifi n cek kt web SPA, oh berita gembira pagi ni rupanya.

Kwn di HQ rajin2 check result saya. Kwn2 opis 4 org pg iv ari tu. Nama saya je yg lulus. Alhamdulillah syukur...hurm, tak tahu perasaan gembira/sedih. Sedih kena tinggalkan kawan2 ofis dah tujuh tahun bersama. Sape nak buat keje2 kaklong kawasan ofis? Pastu mula nak fikir langkah seterusnya.
 
1. Tunggu surat rasmi
2. Masuk kadet 14 bulan, ada cuti tak? Mak dah cakap nak jaga anak2 kalau ada apa2.
3. Elaun (gaji basic) Gred 41. Kena berjimat lah lepas ni, nak bayar macam2 tiap bulan.
4. Lps abis kadet, lulus or tak? Kalau tak lulus camana?
 
 
Alhamdulillah, Allah telah buatkan yang terbaik untuk hambaNya. Ini rezeki saya, setelah dua kali iv PTD baru lulus. Dua kali dapat panel yang sama tp lain jawatan. Ingatkan hari tu tak nak mohon PTD lagi dah kalau gagal lagi. Terima kasih suami, ibu, ahli keluarga dan rakan2 yang banyak mendoakan dan memberi sokongan kepada diri ini.
 
Ini juga hadiah anniversary kami yang kelima :)

 

Jan 27, 2015

Rindu Anak-anak dan Papa Anak :)

miss u guys!
Out station kali kedua pada tahun ini. Tahun 2015 ni dah tak boleh selalu bawak anak2, Aleesya dah mula sekolah. Program kali ni pula 5 hari di Perak. Lambatnya Khamis.

layan laksa kole kangsor

Jan 23, 2015

First Meeting 2015

Meeting pertama jabatan pada tahun ni buat kat tempat jauh la pulak. Setelah tukar tarikh dan tunda menunda, tarikh 21-23 Januari, tempat di Pulau Langkawi nun di sana.
 
Slot yang terlibat pagi 22hb je, so boleh lah datang 21hb. Balik 23hb. Lps meeting, terus jalan2 ngan ahli2 mesyuarat mak jemah, hahaha...dating kali ni azamnya tak nak beli pinggan mangkuk periuk belanga, hahaha. Walaupun ada barang yg new arrival, saya berjaya menahankan diri..yeah!
 
Beli coklat banyak weh, sebab stok coklat sedap kat rumah dah abis. Pergi Galeria Tun Mahathir. Nak g Muzium 3D, belum dibuka lagi. Sempat jugak makan laksa kaw dan cendol.
 
Oh, ada pasar malam hari Rabu, ini lagi bagus. Biasa pergi kursus hari minggu, so pergilah pasar malam hari Sabtu. Best pasar malam kat Pekan Kuah tu, saya biasa beli nasi kandar, kuih muih, air. Air milo ais, teh ais, nescafe ais sangat kaw ye. Tak sama macam jual pasar malam tempat lain.

geram tgk beg so colorful

dah ada frozen, beli utk Aleesya

geng meeting jkpak


bbq time

Jan 3, 2015

Puding Roti Bakar

Bahan2:

8 kpg roti, dikoyak kecil
500ml susu segar - sy guna susu dutch lady, xabis sebotol pun
4 sb gula
2bj telur
2 sb butter - dicairkan
Sedikit kismis
1 sk esen vanila
1 sk serbuk cinnamon

Cara2: 

Susu, telur, butter, esen n vanilla disatukan dan direndam di dalam roti. 
Separuh kismis dimasukkan sekali, masukkan roti ke dlm loyang yg disapu marjerin.
Lebihan kismis ditabur ke atas puding.
Bakar pd suhu 180'c selama 45minit - mengikut oven masing2.

Sos kastard

Bahan2: 

1 tin susu cair
1/4 air mengikut bekas tin susu
2 sb gula
2 sb tepung kastard

Cara: 

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, masak dgn api yg kecil sehingga pekat.
Sejukkan dan makan bersama-sama puding roti.

Selamat menjamu selera.


gambo xberapa clear, kali ni xbuat sos vanilla sebab buat sikit je
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...