Dec 1, 2008

CAMPING

dah lama xcamping...

27-30 nov camping di dalam hutan, ha baru betul. da lama tinggal kan..
br blk dr ulu kenas, dgn sahabat2 dan budak2 ofis..*sume jadik peserta. barang2 pun xbape nk complete cos yg time2 blaja dulu sume da tinggal kat kg..then kursus pun dlm kem ajer...nasib baik beg muat utk isi baju, hehe...

me kena jugak gigit pacat seekor (anak pacat)..nasib baik time berakit xkena lintah, fuad sorang jadi mangsa..pity him...capek berakit!

masak dan makan bersama2. time paling xleh makan time budak laki masak nasi jelantah tak berapa nak masak. camping rasanya byk abis masa dgn makan kot..haha..selera pun ada aje, mkn dlm dulang by group. lagi satu xleh lupa time persembahan kumpulan,kumpulan aku telah meninggalkan kesah yg xleh dilupakan. ejam tergagap2 nk nyebut ah-bo-lat, haha....

di situ leh kenal n lebih rapat ngan staff n sahabat2 baru. lps ni ada lagi 1 program lanjutan dari ini, so bersiap sedialah hehe..

* gambo kepenatan, b4 naik bas blk kl*


Nov 18, 2008

Kem Modal Insan

13-17 nov...kursus dgn budak2 smk teknik di kem rekreasi intan suraya..
sangat best,siap berakit semua..

setelah bertungkus lumus lima hari, siap p ipoh amik borang skt. ye la takkan nak kena blk kl isi borang skt kot. tak sempat nak tunggu selasa ke? dah la bday bf, sempat ler jupe dia dulu kan. by hook o crook, selasa pg kena submit cos bos nak send to HQ tghari..akhirnya sempat jugek anto..pergh! lega sudaa... :)

HAPPY BIRTHDAY to you

17th nov
Happy birthday larling, may all your dreams come true hahaha...


sempat celebrate his bday pada lewat mlm, setelah penat pas blk dari Perak *me lari kejap* p amik cuppies yg ditempah khas dari aida williwonka. saya mau yg simple aje, so ni lah hasilnya, janji makan sedap. saya sudah membahagikan masa kerja dan juga untuk celebrate ur special day *walaupun bday boy kena kerja,hehe*

bf x kasi gf pun kan...sume dimakan habis..


do remember M...n also me :)
thanx for everythings

Jul 22, 2008

Happy Day..

last sunday, outing wif fara n shee to sunway pyramid. lamanya xjupe korang kan..shee buat idea gile apabila pg2 kejut aku bgn pagi ajk breakfast..apa ke hal lak..sure fara x akan bgn pg2 utk berbreakfast bersama2, haha..

fetched fara n jupe shee kt pyramid..*thanx fara,brg2 dr bandung n jakarta sangat shantek!* punyala lama nk amik barang tu dr ko, nasib x bersawang, haha..

gerak da tghari, for sure parking full..abis masa dok cari parking je..perut da lapar...sementara tunggu shee sampai,p lepak+minum kt secret recipe dulu n jln2 dulu smbl mulut xberhenti2 borak...then baru lunch kt nando's..

2 ari lps shee ada call aku semata2 nak ajak aku p mkn kat nando's..da la last thursday aku cuti n lepak+shopping kt klcc sorang2, dia p genting..*dia sangat suka nandos* n akan ajak aku kalau nk mkn nando's..

shee hanya lepak ngan aku+fara kt nando's je, pas tu terus blah...hahaha..kurang asam punya kawan...xpela, dia de hal lain..aku n fara meneruskan xtvt kami di sana..sempat beli baju..n b4 balik mesti xlupa j.co for me...hahahah

Jul 21, 2008

Gulp..!

Guer terkujat jap mlm ni!!! 2 org lelaki tiba2 tya aku dah berpunya ke belum? Z n H. Knp eh? Paling xtahan H tya "awak suka baby x? Klu baby mesti cute cm muka awak kan"...what da f*****? Z suka kwn ngn aku. Ok a tu..tp dia cam xcaya aku da ada bf...

aku terus sms fara meluahkan isi hatiku..dia kata okla,wt geli2...hampeh tol kawan...;p


Jul 17, 2008

Cuti Ganti

setelah sekian lama xcuti, inilah masanya...shopping boleh menghilangkan stress...betul! :) *walaupun satu hari je cuti, ok ler tu...*

pg abiskan masa ckp fon ngan dzul, mentang2 i cuti eh, u blehla call i pada ari bekerja...

janji ngan zura dll lunch 12pm at pakcik ikan bakar...da lama xmakan ikan bakar pakcik tu, sgt best..then minum kt pelita br ke klcc..ptg b4 blk smpt jupe+lepak ngan cla....

smp umah around 9.30pm....walaupun jln2 sorang aje, sempat ler beli handbag, 2 tshirt n 2 buku aje, hahah..makcik kayo telah menghabiskan duitnya, :)


Jun 6, 2008

minyak naik

MINYAK NAIK LAGI..


rakyat msia terpaksa menerima hakikat apabila 2 ari lepas kerajaan umumkan harga minyak naik lagi..kenaikan harga petrol sebanyak 78sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70 n harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58..:(( kena cari another alternative cos may b harga minyak xakan turun n akan naik n naik...kena naik basikal ke g keje? @ aku nk jadi minah rempit dgn bj kurung+kebaya ku klu xnak naik keta kan...hehehe...atas kita sendiri kena berjimat cermat..guna public transport some more..

kebetulan lak sign minyak kereta aku da berkelip2 semenjak blk dr bangi tghari tu so plan nak isi minyak time blk keje la...dah la dengan hujan lebat lagi, so stay la kt ofis dulu...juz rec sms from my mom suh isi minyak full tank...alamak, dlm kepala dok fikir sure jln jammed la ni..so gerak blk wif dila after maghrib dlm 7.30pm..mak aih, betul tekaan aku...dlm keta dok ngomel2 da ni sempat ke x nak isi minyak kt bdr permaisuri, dah la lapar :( kereta sgt byk atas jln, sume nk isi minyak ke ptg tu ke? *almost 4hrs dok dlm keta semata2 nak isi minyak* xpenah aku buat keje gila mcm ni...ni pun terpaksa je..klu x,xde la aku nak nunggu isi minyak last2 minute cam tu..bob pun de call gtau kat penang pun dia q 3hrs baru dpt isi minyak..





*kereta beratur panjang nak isi minyak*


Got ya....

mlm td, dpt sms from someone say hello...
aku ni malas nk layan org yg ntah pape..
rupa2nya mie aka adik *my old fren* time skolah dulu..
punyala lama lost contact since dia kawin 2 thn lps kot n da ada anak sorang..
me pun dok tercari-cari dia gak, nasib xmasuk tv jejak kasih je, heheh :)

finally...
thanx god, dpt contact ngan dia balik...aku happy+senang kawan ngan dia cos dia byk bagi nasihat n lebih mcm abg aku
*di suatu masa dulu*



Jun 3, 2008

School Holiday lagi...

terengganu sgt sebok n jammed dengan time cuti sekolah+sukma 2008 lagi...

lps blk dr wedding fatin lepak kt pantai teluk ketapang..*me+angah* je..yg lain2 xblk cuti....lepak ngan zafir,jugah n acong..angah bwk custom album dia..wow, cam bwk briefcase je :)

aku sempatla jugak g stadium sultan mizan tu sblm sukma bermula..ni pun angkara atas hasutan enchek zafir semasa aku n angah g wedding farhana...teman dia g amik gambar...suka melihat kerenah budak2 yg terlibat dgn majlis pembukaan xcited apabila zafir snapped gmbr dorang..

akhirnya terengganu da ada kompleks sukan sendiri..lps ni, blehla lepak bowling lak kan wahai teman2 ku..:0 guys, bila nk lepak ramai2 lagi??

*mcm dlm penjara*
*me wif zafir*
*pantai teluk ketapang*

*jadi model sat*



Ya Wedding

congratulations to my sister, hazira&fadhli..moga kekal ke akhir hayat...

setelah lama menyepi diri, sgt bz cos blk kg seminggu...*klu aku sendiri kawin cuti 2 minggu lak kan* :) majlis kt umah hari khamis (29 may) n kt umah lie (01 june)...sorry aniey aku xleh g time mu kawen, sama ngan umah aku la...sempat pegi fatin n farhana wedding je, wif angah..yg lain2 pun xsempat balik, cos aku de kursus b4 cuti huhu...time cuti sekolah byk sangat kenduri kawin, berderet2...jap2 leh list down ni, kwn2 xytbesut..*xtermasuk kwn2 sekampung* :)

i) 25/5: jaja n iza (padang midin n wakaf dua)

ii) 29/5: aniey (rhu sepuluh)

iii)30/5: tg fatin (padang negara)

iv) 31/5: farhana (tok jiring)

*~~congratulations to all of you~~*

* the bride & groom*

*s.i.s.t.e.r.s.*


May 11, 2008

OUTING WITH SIS NAJMI

although we r at kl but its a long time we haven't met..last jumpa rasanya time *me* kt ukm n k.wan kt uniten kot eh...ni pun da 2 3 kali kena janji nak jumpa...last2 smlm kitorang jumpa..she fetched me at vista n we went to 1utama...

saya masih seperti dulu walaupun sis ckp diana makin tinggi with my wedge, hahhaa..sorry sis, diana lupa..sepatutnya pakai slipar jepon aje :)...sis sgt xpuas hati..sampai aja sana diajaknya aku cari slipar lain..she bought me a pair of aldo flip flop..thanx a lot sis *saya sangat malu+segan* then baru leh g tgk wayang..we're enjoyed watching iron man.

Sis p beli perfume utk his dad n belanja paddington pancake *sgt sedap okeh especially da treasure box*...xbaik tau k.wan suh diana abiskan makanan tu..thanx also, for my bday present (suda abis baca n nengok dvds) ...im loving it..make me strong yeah!..next time jumpa lagi but don't wait another 4 yrs okeh! i'll try my best...btw im enjoyed outing wif u sis..

*hers*

*mine-but we can't finished it*

*i loikes da treasure box*



May 8, 2008

WANITA DAN LELAKI

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

May 7, 2008

MATAKU MERAH

ptg smlm mcm biasa after work main badminton..nk dijadikan nasib aku terkena shuttlecock yg dipukul oleh pian...tepat kt mata kiri..adoi, cam nk pengsan sat..g*** sakit doo....pian da cuak n say sorry..it's ok, bukan ko sengaja kan..sblm2 ni dila je yg kena smash kan....blk umah pas mandi n solat sume aku rasa cam kebas2 je..terus terlena smp pg huhuhu...pg ni mata still merah..ingat nk g klinik, tp cam ok je kot...xpayahla....

*mata kiriku yg merah*

Apr 26, 2008

WANITA TAURUS

Wanita yang biasanya cukup langsing. Wanita Taurus umumnya lucu dan menyenangkan, dengan struktur wajah persegi, dan tulang pipi tinggi.Matanya yang bundar memancarkan sinar kecerdasan dan keingintahuan. Anda tidak akan banyak melihat wajah bundar di kalangan kaum wanita Taurus,dan umumnya mereka memiliki garis wajah yang kuat.

Ia adalah orang yang selalu berubah. Jika dia marah, ia tidak akan memperlihatkannya, dan akan memendamnya sendiri untuk waktu lama, dan akan mengingatnya satu persatu dengan tajam. Jika dia benar benar marah kepada anda, anda akan menjadi orang yang benar-benar asing untuk dia. Ia adalah orang yang sabar, tetapi selalu membutuhkan hal baru yang dapat menarik perhatiannya. Ia sangat tidak suka rapat berlama-lama. Ia mungkin saja jatuh cinta kepada anda hari ini, dan di hari berikutnya ia dapat bertindak seakan-akan tidak pernah mencintai anda sama sekali. Ia memiliki kesabaran dengan apa yang ia ingin lakukan dan tidak akan pernah menyerah sampai ia berhasil mencapainya.

Ia akan sangat terfokus akan pekerjaannya sampai ia memiliki alasan kuat untuk menghentikan projek yang ditanganinya. Wang bagi wanita Taurus bukanlah faktor paling penting dalam kehidupan. Ia berpikir bahawa wang hanyalah cara untuk mendapatkan kehidupan yang layak. Ia merasa lebih puas ketika berhasil mencapai tujuannya daripada hidup ditengah kemewahan dan baju cantik. Jika anda menyukai wanita yang banyak berpikir mengenai cinta dan romantik, maka anda memilih teman wanita yang salah. Anda tidak akan pernah dapat menahannya di rumah, ia suka bekerja dan tidak suka bekerja di dalam rumah.

Ia suka haiwan dan suka dikelilingi haiwan. Cinta ada dikepalanya, tetapi kebebasan ada dalam jiwanya. Ia memiliki idea sendiri mengenai cinta dan takut untuk menunjukkan perasaannya yang paling dalam kerana takut ditolak. Ia bukan jenis yang suka berbicara mengenai cinta, tetapi ia memiliki cara yang khusus untuk menunjukkannya. Ia tidak pandai menunjukkan bila ia jatuh cinta, tetapi jika ia mencintai anda, ia akan benar-benar jujur kepada anda, lebih jujur daripada wanita lainnya. Ia akan jujur kepada orang yang dicintainya, tetapi pada saat itu juga ia kelihatan seakan menjauh. Anda akan memiliki hubungan baik dengannya,jika anda memberikan kebebasan. Jangan paksa dia untuk bermain dalam permainan poker yang ia benci, tapi biarkan dia pergi bersama teman-temannya jika ia memang ingin. Ia akan sangat berbeza dengan kebanyakan perempuan lain, dan dia berpikir bahawa berbeza adalah salah satu keunikan dia. Ia adalah public figure, tetapi tidak dimiliki oleh siapapun. Ia tidak akan bersama dengan anda jika difikirannya anda tidak tulus. Ia menyukai lelaki yang memiliki karakter, tetapi bukan karakter yang menyaingi dirinya. Cintailah dirinya, tapi jangan keterlaluan, kerana ia takut bahawa hal itu akan membatasi kemerdekaannya.

Ia selalu mencolok dikeramaian kerana sesuatu yang digunakannya untuk 'menantang' anda. Ia boleh saja berdandan macam petani miskin untuk menikmati makan malam di restoran mewah, atau berdandan bagaikan seorang biarawati dalam suatu pesta koktil. Jika anda seorang politikus yang sedang mencari isteri, ia akan sangat cocok, kerana ia cerdas dan dapat bergaul dengan baik dengan berbagai lapisan masyarakat. Ia juga bukan seorang pencemburu, kerana ia harus tahu secara menyeluruh sebelum menerima anda dalam kehidupannya. Ia memiliki keingintahuan yang lebih hebat mengenai kehidupan daripada sekadar bertanya apakah anda sekarang sedang main mata dengan orang lain. Jika anda menjaga jarak darinya, atau pergi selama beberapa hari, ia akan lebih tidak mempedulikan anda. Bahkan ketika sedang berpacaran dengan anda, ia juga dapat menyukai orang lain, jika anda tidak memiliki sesuatu yang ia cari. Ia tidak akan pernah mengecewakan anda atau bersembunyi di belakang anda untuk memalukan anda, tetapi ia adalah jenis yang akan mengatakan langsung kepada anda "Kita lebih baik putus." Ia akan selalu ingat cinta pertamanya.

Wanita Taurus memegang rekod terhebat mengenai perceraian, kerana dia tidak peduli mengenai apa yang dipikirkan orang lain mengenai dirinya, tetapi ia berpikir bahwa segala sesuatu harus dilakukan demi "Kebahagiaan" . Ia memiliki banyak teman yang sesuai dan ia yakin dengan kemampuan dirinya sendiri, maka and aakan sangat sering melihat dia berhenti untuk berpikir sebelum melakukan sesuatu. Jika ia memikirkan masalah sesuatu, ia akan segera melakukannya. Ia memiliki banyak penggemar yang siap melamarnya, kerana tentangan pada dirinya yang selalu berubah. Ia dapat menjadi orang yang manis dan lucu,tetapi kemudian menjadi dingin dan keras.

Dia memiliki gaya sendiri dalam berdandan. Anda dapat melihatnya berdandan seperti orang kuno, tapi besok ia tampil bagaikan berasal dari planet Mars. Ia akan mengatur rambutnya dengan cara yang unik, demikian pula dengan busana dan dandanannya. Ia suka mempelajari mimpi dan pemikiran anda. Ia suka menggoda anda dan bercanda dengan anda. Jika ia melakukan sesuatu yang salah, maka ia tidak akan menyembunyikannya kepada anda.Tetapi jangan bertanya mengenai hal itu, jika ia sedang tidak berminat membicarakannya kepada anda.

Ia tidak suka meminjam wang, dan menganggap semua janji serius. Jika anda berjanji akan membayar kembali, sebaiknya anda melakukannya. Jika anda ingin berhasil dengan wanita Taurus, maka jangan pernah cemburu atau posesif. Jangan berpikiran sempit, jangan mengkritik hal-hal remeh dan tidak penting. Cubalah menyukai semua temannya, dan biarkan dia memiliki saat peribadinya, maka ia akan menjadi sangat manis kepada anda.

....mula2 baca horoskop di atas tu da xbetul, tp yg lain2 cam kena je ngan diri aku...aku tidak memiliki struktur wajah bersegi, tp langsing ke? hehe...:) yg lain2 cam ada yg kena je ngan aku..bila marah, aku tidak suka menunjuk2..n bila ada masalah, kwn2 slalu ckp aku bleh lg nak relax2 kan...my first love? always in my mind, huhu...

my bday cake...sponsored by wan, thanx ya...n thanx to all my friends, family etc for all ur wishes (special from abg az)...waiting my bday present from someone (if ada) hehehe...


Mar 25, 2008

BANDUNG TRIP

trip kali ini, LCCT-BDU
(diana+nahar+didie+aumil+bibie+bob+jibe*fiza cancel last minute)





DAY 1
21/3: Flight pagi, so gerak dr s.alam ke lcct around 6.30am *pijoe+aneng+mig anta*. Aumil nk g sndiri ngan tunang dia, ok c her there. Tunggu punya tunggu dia xsmp lg, sume da bengang, bob sesenang ati g makan ngan aneng n mig. Finally smp jugak dia, patutla lmbt smp, ada ka patut lalu federal highway mestila jauh+jammed *klu xtau jln knp xtya we all dulu*


Smp sana around 12pm, pak supir da tunggu ngan Mitsubishi mpv, we all terus ke hotel. Rupanya hotel yg kitorang booking xleh cancel cos agent kat sana da byr deposit, lorr..ingtkan booked dulu n kitorang nk cari hotel lain yg lg murah. Tp xpela, 1st n last we all dok hotel 4* kat Bandung. After dis klu nk g sana juz walk-in@booked hotel yg murah je, cos p sana nk shopping, tmpt tinggal xbape penting sgt.

Lps check-in kt Aston Hotel, p lunch dulu kt Dapur Sangkuriang *harga agak mahal tp best* Ikan gurametnya sangat besar, selamba je tangkap dr kolam dpn pondok kitorang makan then g Rumah Mode. Aku beli guess jeans+esprit tshirt je satu. Ntah yg lain xbape berkenan. Shirt untuk g ofis byk tp aku g keje da xpakai shirt lg dong. Dorang yg lain byk gak borong. Then jln2 kt FO lain area situ, aku beli sluar tido satu n kt Donatello *kasut2 sgt mabeles tp saiz aku xbyk*, akhirnya dpt sambar wedges n high heel. Mlm smp hotel sempat p Carrefour beli mknn tp carrefour sana xbyk choice mcm sini daa
DAY 2
22/3: Pg2 after bf p money changer dulu *ada yg xcukup duit ka?* then terus ke Pasar Baru. Bob jadi tukang kira harga, dok convert rp to rm.
Shopping telekung,kain lace,kebaya,baju+lining+blouse. Bibie paling byk shopping kt situ, siap beli topi jawa lagi. Lunch kt food court Pasar Baru. Sementara tunggu mas dadan dtg amik, we all lepak kt tangga Pasar Baru, mcm2 ragam manusia yg dpt dilihat. Then sambung lg shopping kt FO lain (Grande, Heritage, Cascade, Summit, Terminal Tas, Stamps, Episode, Victoria, Herreds, Donatello) xleh jln byk sgt cos ari hujan, jibe siap bli slipar jepon baru.
Kt entrance heritage dpt zero coke free *road show tgh hujan*. Handbag xbyk choice n agak mahal, same price kt Msia je. Tp yg bob tgk utk nk beli kt mak dia cun, tp xcukup duit lak Aku beli gown utk dina & pesanan2 lain. B4 blk hotel dinner kt Simpang Raya rest.

DAY 3

23/4: p Tangkuban Parahu *tempt pelancongan-kwsn gunung berapi*, agak jauh jugakla..on da way kt tepi2 jln byk org jual arnab(kelinchi)...comey sgt..siap de jual sate kelinchi lg...sangat ramai penjual2 yg mengekori kami,lemas dibuatnya. Beli key-chain je utk bwk blk Msia,aumil beli shawl.
Then lunch n g mana ntah tmpt tu, aumil nk beli door gift untuk majlis kawen dia *aku pun ada gak beli, my mom pesan* (sangat murah okeh!) xpuas p Rumah Mode lg skali, then p Siloka (kedai yg jual cenderamata). Lastly p Sari Salon & Spa, sangat murah+relax+best *me wat lulur+manicure pedicure*, mas dadan pun join sama tp bob&jibe p mana ntah *katanya p spa utk lelaki shj *
DAY 4
24/3: We all check-out after bf n tangkap gambar sume. Mak aih, byknya barang nk wt blk ni. Nasib de yg bawak xtra beg, da tau da kan. Singgah Kartika Sari dulu, beli brownies+pisang molen baru masak untuk dibawa blk ke Msia *i loikes those brownies*.
Kat airport ada lg yg smpt beli buah tgn, nak abiskan wang rupiah. Then semua balance2 bagi kt mas dadan je, suka dia didie leh lak tertinggal sweater dia dlm keta, nasib baik mas dadan leh pusing balik, klu x sedekah je la. Masa check-in kt airport, juz byr airport tax je. Xde kena xtra charges cos we all kira luggage by group.
Smp msia dlm 2pm, tunggu pijoe,mig,aneng dtg amik. Thanx guys anta n amik kitorang. Next time p trip lg bila korang da abis blaja k..btw enjoy dis trip. So next nak p mana? Yg lain2 sangat rugi xikut tau, next time klu nk join bleh tp time plan tu jgn nk wat alasan yer, benda ni kena plan awal2 cos nk dpt tiket murah co situ je yg mampu. Bila lg la eh, next year? Tp aku tkt xleh nk confirm cos keje skrang agak susah la but i’ll try my best k.
=picts ada kt fotopages guer=


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...