Feb 20, 2009

Kasanova

about him..

orang panggil dia kasanova, tp tahukah camane ciri2 lelaki kasanova nih...
ni aku petik dr satu blog ciri2 lelaki kasanova...

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya.

*tidak semua yg aku mahu dipenuhi cos aku pun xminta pape, jual mahal beb!


2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.

*kemas,xjugak...poket dia mmg berisi je..jarang sgt i paid him, tu pun cos rasa bersalah syik dia je kluar duit

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.
*xjugak..ada masa dia kena tunggu me


4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.
*bila dia silap, he say sorry to me


5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
*berjenama tp bukan untuk pikat org okeh!


6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

*erk, apa soalan neh? xde


7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
*xde, aku je yg peramah kot..ahaks


8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya
*aku pnjm duit dia, dia pnjm duit aku, tu pun cos urgent-guna maybank2u tp byr blk la..


9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati. *machokah anda? sila jawab sendirik..;)


10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.
*tempat meluahkan perasaan dan tekanan..im always b your shoulder to cry on


Di atas adalah senarai 10 ciri-ciri LELAKI KASANOVA untuk kaum perempuan. Jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.

...tidak ada kena mengena pun dia dgn lelaki kasanova...spt kata seorang teman, "dia yg aku kenal tidak sebegini bila bersama dgn ko, dia betul2 serius..." tp apakan daya kami berkenalan agak terlambat, mungkin tiada jodoh kot..hehe ;p

..baru teringat, seorang mamat itu ada sedikit ciri2 kasanova, tp haku sudah malas nk ingat hal dia, cuma akan tuntut hutang henpom aku..siap ko, wan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...