May 13, 2009

Susahnya Nak Mintak Tolong

Saya lebih suka menyiapkan tugasan yang dibagi atau melaksanakan kerja dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa tetapi keadaan kerja memaksa diri berhadapan dengan orang lain dan berkongsian menyiapkan kerja di dalam satu team. Akan tetapi apabila sesuatu itu yang agak penting kena dilakukan yang mana ia memerlukan bantuan kawan2 yang lain, amat berat diri ini mahu meminta bantuan. Bukan apa, bimbang masing2 sibuk dengan urusan sendiri *saya atau ketua sebenarnya boleh menjadikannya sebagai arahan kepada mereka untuk sama-sama membantu* Dan apabila mulut meminta mereka menolong diri ini, memang betul andaian hati. Masing2 memberikan jawapan dan alasan tersendiri, Betul,mungkin masing2 punya urusan sendiri lantaran lebihan kerja memakan masa ke hari cuti tetapi saya pun mahu cuti juga dan terpaksa mengorbankan waktu rehat untuk melaksanakan kerja ini. Ketua menyarankan saya mengajak rakan2 luar, itu tidak mengapa tetapi adakah ianya lebih baik kalau sesama rakan sekerja yg sama2 membantu kerana ini adalah urusan kerja. Entahlah, mungkin benar kata orang yang telah lama berkhidmat dan banyak menghadapi pengalaman sebegini, ternyata agak sukar untuk meminta pertolongan sesama rakan.

only my twenty cent..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...