Feb 22, 2009

Tiada Kerja


....jadi model sat..nk lawan victoria, ahaks!!...

.....go, diana go!!....


Feb 20, 2009

Kasanova

about him..

orang panggil dia kasanova, tp tahukah camane ciri2 lelaki kasanova nih...
ni aku petik dr satu blog ciri2 lelaki kasanova...

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya.

*tidak semua yg aku mahu dipenuhi cos aku pun xminta pape, jual mahal beb!


2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.

*kemas,xjugak...poket dia mmg berisi je..jarang sgt i paid him, tu pun cos rasa bersalah syik dia je kluar duit

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.
*xjugak..ada masa dia kena tunggu me


4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.
*bila dia silap, he say sorry to me


5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
*berjenama tp bukan untuk pikat org okeh!


6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

*erk, apa soalan neh? xde


7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
*xde, aku je yg peramah kot..ahaks


8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya
*aku pnjm duit dia, dia pnjm duit aku, tu pun cos urgent-guna maybank2u tp byr blk la..


9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati. *machokah anda? sila jawab sendirik..;)


10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.
*tempat meluahkan perasaan dan tekanan..im always b your shoulder to cry on


Di atas adalah senarai 10 ciri-ciri LELAKI KASANOVA untuk kaum perempuan. Jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.

...tidak ada kena mengena pun dia dgn lelaki kasanova...spt kata seorang teman, "dia yg aku kenal tidak sebegini bila bersama dgn ko, dia betul2 serius..." tp apakan daya kami berkenalan agak terlambat, mungkin tiada jodoh kot..hehe ;p

..baru teringat, seorang mamat itu ada sedikit ciri2 kasanova, tp haku sudah malas nk ingat hal dia, cuma akan tuntut hutang henpom aku..siap ko, wan!

Feb 15, 2009

WOULD YOU BE MY VALENTINE?

wah wah wah...bila tiba je 14 Februari mesti ingat Valentine Day...
special edition sempena valentine, aci ;p?
Apakah maksud sebenar di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan?

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud- kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:
  1. Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

  2. 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

  3. Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan
    14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam. Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

ddianne: everyday is valentine day for me. kena sentiasa appreaciate di atas segala kebaikan yang telah orang lain lakukan untuk kita..ada juga yg wish happy valentine *only for saje2 :p* plan saya utk pg nonton wayang xjadi,sudah lewat+penat..hanya pergi mkn kt mali..last2 tgk dvd valkryie-tp dvd xelok, *guer udah bilang dvd belum clear..!*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...