Sep 16, 2010

Cerita Raya Lagi

Sebelum bercerita tentang hari raya ku,

SELAMAT HARI MALAYSIA YG KE 47, semoga Malaysia terus aman dan tenteram daripada ancaman yang tidak diingini.

Hari raya kedua dan ketiga baru beraya ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Ada juga yang datang beraya ke rumah, tp tidak semeriah raya2 sebelum ini. Malam lak masih lagi dengan tahlil arwah atuk. Raya keempat dah gerak ke Perlis. OTW ke sana singgah di besut dulu, beraya di rumah bos. Saya teruja untuk blk kampung raya kali ini *xpenah blk kg selain TGG kan* oleh kerana daripada Besut pun dah melepasi tengahari, jalan raya agak sesak dengan kereta orang yang mahu ke utara. Suami menjumpai jalan baru *short-cut katanya* - keluar highway gurun then kami meneruskan perjalanan ke perlis. Singgah dinner dahulu di kangar sebelum sampai umah nenek dalam jam 10mlm.

Tapi tak merasa suasana raya pun kat sana, keesokan harinya suami dan SIL ajak p padang besaq, aish raya dah abis pun nak p shopping lagi? Saya nak beraya dan mengenali budaya beraya di perlis. Mungkin tak de rezeki kali ni @ raya di sana orang sambut hingga raya ke 3/4 je kot. Makan mihun sup di padang besaq dan umah wa *pakcik suami*.

Raya ke enam dah bergerak pulang, singgah di rumah FIL di bukit kayu hitam, tp tidak dilupakan pekena laksa n cendol di fatin corner dulu yer. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke penang, umah BIL. Hajatnya mahu bermalam di sana, tiba2 lak suami dapat panggilan telefon untuk bersiap sedia kena out station esok hari...huhuhu, kesian kt encik driver, baru nak relax melepaskan penat dah kena gerak balik kl pulak. Char kuew tiaw penang pun tak sempat nk merasa, next time pegi penang harus cari ni. Suami out station, saya kena tinggal sorang2 di rumah la yer. Weekend akan menjadi lebih panjang dan boring dengan ketiadaan suami. Tiba2 terdetik idea untuk kembali pulang ke TGG, survey tiket MAS, AA n FF....dan...ding!

AA masih ada available tiket LCCT-TGG 16 sept, so apa lagi...haruslah dibeli, nak blk kl tak de masalah. adik2, sepupu dan rakan2 mesti ramai yg nak balik sabtu/ahad...smp umah di kajang dah lewat malam, kemas2 umah dan barang nk gerak esok pulak. Kesian suami penat memandu dan mengantuk. Keesokan harinya suami hantar saya ke LCCT, flight beliau ptg. harinya, berpisah lagi kami sementara..bye suami!

Sampai di TGG airport, parents dtg amik. Saya yg kelaparan, hanya breakfast roti canai lambat restoran byk tutup beraya lagi ikut serta mereka g kenduri kawin dulu, barulah kenyang pekena nasi minyak org kawin, hehe...blk umah, apa lagi...qada` zzzzzzz

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...