Sep 10, 2010

Satu Hari di Hari Raya

Kebiasaan bagi penduduk kampung kami, selesai solat sunat aidilfitri mesti akan menziarahi pusara yang terletak bersebelahan dengan kubur. Kami sekeluarga juga turut akan menziarahi pusara nenek arwah (sebelah mak) yang telah lama meninggal. Selepas itu baru menziarahi kubur arwah nenek dan atuk sebelah abah pula.

Pada tahun ini, ketika umat Islam sibuk bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga berada di rumah atok (belah mak) membaca surah yassin.  Atok pergi mengadap Ilahi semasa azan subuh berkumandang...insan terpilih untuk berjumpa denganNya di pagi yang mulia tambahan pula hari raya kali ni jatuh pada hari Jumaat. Arwah telah lama sakit tua (umur 86). 2 hari sebelum tibanya hari raya, saya dan suami sempat menziarahi beliau. Memang sgt uzur nak dibandingkan dengan kali terakhir kami pulang menziarahi beliau, masa tu beliau masih boleh cakap walaupun perlahan. Kali ni sgt kurus, hanya boleh minum air je, tu pun tersekat2 sewaktu nak telan. 2 3 kali mak mendapat panggilan telefon yg mengatakan keadaan beliau agak teruk dan nazak sblm tiba hari raya. Beliau sedar dengan kedatangan kami, tp mungkin agak penat dan tidak mampu untuk bergerak dan beercakap lagi, nak buka mata pun tak larat, hanya gerakkan kami dan tangan. Alhamdulillah semasa kami nak pulang dan beritahu beliau, beliau memberi response pada kami dan membuka mata. Saya siap lambai "bye-bye chek, mahu pulang dulu" (*gelaran kpd atuk)

Kali ini adalah pengalaman baru bagi kami sekeluarga, hari raya pertama hanya menghabiskan masa di rumah makcik (arwah atuk ditempatkan di situ sementara utk dikebumikan). Hanya sempat pegi kubur arwah nenek dan atuk je sekejap pagi tu. Oleh kerana hari raya pertama itu jatuh pada hari Jumaat, arwah dimandikan dan dikafankan selepas solat Jumaat seterusnya dikebumikan selepas solat asar.

Raya kali ini agak kurang meriah bagi kami sekeluarga, saya dan suami juga tidak sempat memakai baju sedondon berwarna putih. Sesi bergambar sekeluarga juga tiada. Malam pula sibuk dengan tahlil arwah, 3 malam di rumah makcik dan 4 malam di masjid.

dina n haiqal main bunga api slp tahlil
me wif sister n cousin
hubby n wifey, 1st pic hari raya kali ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...