Oct 24, 2010

The Little One


Nampak tak macam muka siapa?

Ramai yang cakap macam muka ayahnya sahaja lorr...*jeles jap*

Hari ni ada appoinment dgn Jezzlyn kat Wellagain Healthcare S/B untuk scan 3D/4D. Haruslah mak membuat survey lagi untuk lihat baby dalam perut ni kan, ari tu kt Vision College baby tak aktif dan tak nampak langsung muka apabila tangan dan kakinya tutup muka. Nasib ada rezeki untuk appoinment hari ni, walhal dah 31 weeks. So next appoinment kat Vision College pada 32 weeks boleh dibatalkan.

Sebelum pergi ke klinik saya dan suami doa dan cakap dengan baby agar dapat tunjuk muka dan buat pose untuk kami lihat beliau dalam perut mummynya nanti. Sampai je dalam pukul 2ptg, terus masuk dan register. Bila scan, baby mengadap bawah jugak tp Jezzlyn ni cuba juga untuk lihat baby. Dia siap minta kami pergi lunch dulu dan minum susu supaya baby gerak lebih aktif dan lagi mudah nak tengok rupanya.  Kami lunch di Ayam Penyet Ria, sederet klinik tu je.

Lps lunch, sambung masuk bilik n scan lagi...Baby banyak gerak tapi lindung dengan tali pusat dia la, mungkin sebab saiz dah besar dan ruang dalam rahim tu pun dah semakin sempit bagi baby kot. Kami dapat lihat pipi, dahi, hidung, mata dan mulut baby.  Tangan dan kaki pun comel je, nmpk montel, hehehe...Satu cd mengandungi gambar dan video diberi kepada kami sebelum pulang, dan dikenakan caj RM90 sahaja. Puas hati cos masa yang lama dan layanan dari Jezzlyn pun baik. Dia pun naik sama borak dgn baby supaya banyak bergerak, baby ni malu katanya..cos its girl kot =)

Lama jugak tu, sampai pukul 4 lebih dlm bilik stonography. Keluar je tgk ada  sepasang suami isteri sedang menunggu, untuk scan baby jugak kot. Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah di Sunway Pyramid. Owh, semestinya menjengah ke butik baby...mak sudah jatuh chenta dgn pakaian baby girl..haruslah kan, bila tahu jantina baby girl. Tapi tak de la nak beli baju2 pink lagi kan, baju baby dah ada..tunggu dulu lah yang lain tu, hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...