Oct 19, 2010

Medical Leave, for the first time

Semenjak bekerja di sini, hari ini dalam sejarah saya mendapat MC daripada HPJ, first time ye. Adakah sebelum ini saya tak pernah sakit? owh ada jugak sakit tp pergi klinik swasta, tak dapat MC pun, pegi check up kt Klinik Kesihatan dapat time sleep jer, paling tak pun terus ambil cuti jerk. Kalau kat ofis lama dulu, bila sakit sikit manjang jer naik clinic kt atas jumpa doc, then sangat senang nak dapat MC, yerla kena bayo RM5 tu, hihi..

Hari ini pegi check-up kt KKP seperti biasa. Orang adalah sangat ramai,  belum pun pukul 8 dpn  makmal dah penuh org tunggu nak amik darah n check HB, dem!  Aircond pun tdah tak terasa, peluh2 jantan mula keluar, nasib baik ada paper leh wt kipas, heh.

Result blood test tak dapat lagi, bapak lama tunggu dah 2 bulan. Saya beritahu doc pasal pegi scan baru ni, yang air ketuban saya sedikit, so doc check, air ketuban saya AFI 8, kurang sedikit dr border line, 9. Then doc terus mintak refer kt HPJ, kena pegi hari ni jugak..ha? skrang dah dekat pukul 10pg, sepatutnya suami saya attend meeting dah dia pulak lambat. Kesian dia pun kena tunggu saya check up, ye la bukan selalu dia tunggu tu, selalu anta dan jemput je huhu.

So kami pun terus ke HPJ, bawa reference letter dr doc di KKP. First time saya menjejak langkah ke HPJ, dr luar tgk, banyaknya kereta parking smp ke tepi jalan. Apa tak de parking ke kt sini? Teruknya...;( suami drop by saya je n dia pegi ofis jumpa bos jap. Saya pun terus pegi ke kaunter pendaftaran dan buat pape yg patut. Perut lapar ni, suami tapau nasi lemak kerang ada dalam kereta, konon nak makan lps check up kt KKP. Sementara tunggu no dipanggil di kaunter O&G, saya pun ke kafe minum n mkn waffle jerk. Then singgah kedai runcit, ada magazine, beli je la wt hilang rasa boring menunggu yang lama. HP pulak dah nyawa2 ikan *stand by nk call husband jer* , yer la kt KKP tadi dah online lama smp batt nk abis.

Akhirnya no saya dipanggil, masuk jupe doc. Nasib baik doctor tu baik n lembut je, dia check tanya ada licking ke dsb, saya rasa tak de tp tak tahu la kalau2 time tak sedar kan..then doc tu check n confirm air ketuban tak de licking...scan baby dan 2 kali dia kira AFI=9. Doc tu confirmkan dgn pakar pun sama jugak. Gerakan baby, plasenta, saiz dan berat baby ok je, so tak de masalah. Tp kena dtg balik utk follow up lagi 2 minggu, last pesanan kalau baby tak de movement terus ke dewan bersalin..erk, saya tanya utk terus bersalin ke? Aah, doc tu jawab...erm, debar jap...baby tak nak keluar lagi kan? hopefully masih ada ruang untuk baby bergerak dgn baik dan lahir pada masa yang ditetapkan, amin..

Sebelum kluar doc bagi MC untuk hari ini..yippie, ingatkan kot2 nak bagi time sleep mahu saya ignore jer kan...saya pun dah ngantuk dan lapar bangat. Kluar tunggu untuk amik ubat di kaunter farmasi pulak. Selesai semua, tgk2 jam dah pukul 2 ptg, batt HP pun dah out..nasib baik ada public phone, saya call husband untuk datang amik, pegi lunch n balilk umah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...