Oct 20, 2010

Oligohydramnios

Info yang diperoleh berkaitan dengan air ketuban. For sharing together.


Air ketuban atau cecair amnion berasal daripada air kencing bayi itu sendiri. Air ini akan diminum atau  ditelan oleh bayi. Air kencing yang dalam perut bayi itu itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang, seterusnya mengalir masuk ke pundi kencing sebelum keluar sebagai air kencing. Itulah pusingan air ketuban di dalam rahim ibu mengandung.

 Terdapat dua jenis masalah berkaitan dengan air ketuban iaitu 

1. Oligohydramnios - air ketuban didapati kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Kemungkinan berlaku sekiranya:
    • selaput ketuban pecah dan air keluar walaupun belum ada tanda-tanda untuk bersalin
    • bayi mengalami masalah tumbesaran atau (intra-uterine growth restriction)
    • bayi mengalami masalah buah pinggang (renal agenesis)
    • kandungan berada di luar rahim (abdominal pregnancy)
2.  Polyhydramnios - air ketuban berlebihan. Penyebabnya adalah:
    •  kandungan kembar dua, tiga dan seterusnya
    • bayi atau uri yang lebih besar, lebih-lebih lagi jika ibu menghadapi kencing manis
    • bayi yang dikandung mengalami masalah spina bifida, anencephaly (dilahirkan tanpa tempurung kepala), esophageal atresia (bayi yang tidak boleh menelan masuk air ketuban) dan bayi kerdil (achondroplasia).
Ibu hamil yang mengalami masalah ini akan merasa kurang selesa kerana kendungan besar dan berat. Ibu sukar bernafas, bayi boleh lahir sebagai bayi pra-matang.


p/s: Masalah yang saya hadapi adalah oligohydramnios, tak tahu punca apa dan bagaimana nak tambah air ketuban. Bukan masalah kurang minum air dan sebagainya. Doc dah siap check kalau2 ada licking tp xde  la  pulak kan. Alhamdulillah baby dalam kandungan saya juga normal dan sihat.  Semoga tiada masalah sehingga waktu untuk melahirkannya, amin.

-29w-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...