Nov 17, 2010

Happy Birthday Sayang


 

Ada orang celebrate birthday sekali ngan raya haji tahun ni. Alhamdulillah birthday tahun ni jatuh pada hari raya korban, jadi tuan empunya diri betul2 kena menghayati erti pengorbanan itu =)


Kalau perasan pada bilangan lilin adalah usia beliau pada tahun ini =)

Tp budak2 kecil yang dapat meniup lilin, birthday boy dok layan tv jer. Acara meniup lilin dan makan cake dibuat pada waktu malam, ye la siang sebok berhari raya *cam raya puasa lak*

Raya Haji di Terengganu disambut secara sederhana. Tahun ni adalah kali pertama kami meraikannya sebagai suami isteri. Plan asal raya haji sepatutnya disambut di sebelah suami tp apakan daya, nasib menyebelahi saya. Ini disebabkan semasa cuti raya haji juga ada kenduri kahwin di Perlis, jadi kami pulang ke Terengganu dahulu, yeah!

Pagi raya, usai solat sunat Aidiladha, kami ke rumah emak saudara, ada buat korban seekor lembu di situ. Adik saya korban satu bhgn, saya dah buat korban last year. Punyalah lama tunggu pak imam datang nk sembelih lembu, dalam 2 jam jugak la kot menunggu. Sarapan pagi ada juadah nasi dagang dan pulut kuning, wah seronok..

Then balik rumah, pembahagian daging dibuat oleh mak dan masak2 utk makan tengahari. Perut dah lapar, menu untuk makan tengahari adalah sup tulang, daging masak merah dan daging bakar.

bday present for this year, will be arriving next month

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...