Nov 25, 2010

Injection

Hari ini  check up kt HPJ, saya ke sana dihantar oleh kawan kerana suami out station, sedey huhuhu..xpela, demi tugas untuk negara =p terpaksa mintak tolong pn fetty hantar kerana parking di HPJ sangat susah utk dpt parkir kereta.

Tiba2, nama dipanggil, aish cepat la pulak hari ni, walaupun saya tgk no agak lambat lagi. Sambil dok belek majalah Pa&Ma yang dibawa, walaupun saya tersilap date appoinment yg sepatutnya 2 hari lepas, yerla byk sgt appointment ngan KKP dan HPJ setiap minggu, ntah camane leh tersilap tgk. Sister yg jaga kt kaunter cam bising jugak la, tp nak wat camane kan, im sorry nurse, heh!

Alhamdulillah, hari ni dapat doc perempuan. Harapnya last check up tu je yg dpt doc laki. Check seperti biasa, kali ni saya br tahu setiap kali saya ke sana, doktor menggunakan mesin scan  yg lain, yg dipanggil doppler. Entah apa bezanya, mungkin lebih details untuk periksa kandungan kot =) para doc siap chop2 nak guna mesin tu, kekurangan mesin scan doppler rupanya. Doc check seperti biasa, ukur air ketuban, dgr denyutan jantung dan paru2 baby saya. Beliau kata sukar sikit hari ini tetapi baby sgt aktif. Doc itu refer pd pakar dan beliau ckp kena masukkan ubat untuk matangkan paru2 baby. Nanti kalau baby makin besar dan sukar bergerak sudah tak boleh nak masuk ubat lagi dan ubat itu dimasukkan dengan cara inject pd bontot saya, 12jam sekali, 2 kali kena inject. Hurm??....dan doc itu juga bgtahu injection ini sakit sedikit la...alamak, dah cuak..! heh

So, doc request ubat dan saya pegi ambil kat kaunter farmasi dan pada jam 10.30am satu injection pd bontot kanan. Rasanya amat sakit sekali, dah la sorang2, lps siap je saya call Fetty mintak pick up me kt  lobby dan saya cuba berjalan perlahan2 keluar daripada hospital itu. Nassib baik doc bg MC, siap keluar air mata lagi tu menahan sakit. 

Lps fetty hantar kat rumah, saya pg melepaskan tension kt spa k.za, dalam sakit2 bontot tu jln jugak *dah mmg jenis tak leh dok diam neh* Dia ada janji nk kasi free facial treatment pada saya. Dan juga belanja lunch ayamas, yeay! thanx kakak comey =) sape2 nak g spa @ pilih mak andaman untuk majlis perkahwinan boleh cuba khidmat sanggul de peterana ini. Search kt fb pun ada.

OTW pulang rumah, singgah SR jap beli cake, rasa mau makan cake la pulak kan, heh.

10.30pm lagi skali ku hulurkan bontot kiri untuk diinject. Takkan nak bagi bontot sama kan lagi tmbh sakit sebelah bhagian jer. Owh sorang sister yg kasi injection pada saya kt wad bersalin tu cam garang jer. Tanya untuk dapatkan MC bg esok hari bleh dia tak layan, nasib ada sorang lg yg ok, at least sejuk la hati ni ditambah ngan sakit bontot tu lagi. First time masuk kt wad bersalin, HPJ, mlm lak tu, ditemani oleh fetty n husband. Dah rasa cam nk masuk utk bersalin jerk. 

Thanx a lots to fetty n husband. Kalau dia tak de, boleh je nk drive alone ke HPJ, tp time nk balik tu amik masa skitla kot kena kasi sakit tu kurang skit then baru leh drive. Sakit yg siang pun x hilang lagi. Sok g ofis lambat skit la.

4 botol ubat yg dimasukkan dalam badan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...