Nov 15, 2010

Tips Mudah Untuk Bersalin

Thanx to intan bagi  tips2 untuk dibaca dan diingati sebelum bersalin. Insya Allah akan dipraktikkan mana-mana yang masih belum dibuat. Harapnya semuanya mudah semasa bersalin nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut..masa menghembus lebih panjang..

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..tahan nafas, dekatkan dagu ke dada dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.

2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yg ni baik juga untuk suami..sbb skrang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt mengurangkan risiko.

Amalan melalui pembacaan dan pengalaman kawan2..

1. Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekali apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

2. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk kerana dikuatiri akan menjadi lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran. Minum byk ais di hujung kehamilan boleh membuatkan baby besar..nnt xlarat nk push..xtahu la betol ke x..huhu..

3. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan kita mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia. huhu..time cenggini boleh la fokus..takut time sakit abis semua petua dan ilmu ilang..mintak dijauhkan la..huhu..

3. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dalam2 melalui hidung dan lepas melalui mulut.

4. Banyakkan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.” dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”  ayat ni amalkan selalu..even belum sakit lg pun..

PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran..maknanya meneran bila ada contraction sahaja..kalo xda contraction jgn teran..sbb nnt penat je..bby xkuar pun..

3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali...Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran...

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa).. Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)..ingat ye para suami..

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, tahan nafas dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

5 comments:

  1. tq for info..adus, jenuh gak nie..nk kena praktis..praktis make perfect...

    ReplyDelete
  2. sy tgh 2cm ni..takutnye....insyaallah try yg tbaik nt...

    ReplyDelete
  3. Semoga jdy panduan untuk sy yg dah msuk 32 minggu ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...