Sep 24, 2010

Jamuan Hari Raya

waduh2, kenyang bangat makan pada majlis hari raya anjuran ofisku dan akademi...byk nya saya dan baby makan...

menu: nasi hujan panas, mi kari, soto, lontong, lemang, ns himpit, rendang, kuih muih dan dessert..juga tidak dilupakan SR choc indulgence, nyum2...semua saya rasa sedikit, wah, perut pun dah nak meletup..ni mahu kenyang sampai esok =)

26th weeks

Sep 23, 2010

I've Got My WHOOPIE PIE


Hari ni ada appmt antenatal check-up lagi, kali ni saya hadir sendiri ke KKP, sebelum tu hantar suami kt Putrajaya Sentral, owh dia out station lagi. Nasib saya baik ada parking kt KKP, orang sangat ramai terutama ibu2 dan anak2 kecil. Hasil check-up: HB naik sikit tp masih kaler merah, berat naik tp masih ok kerana cover last check-up berat turun. Hari ini saya kena inject, utk kancing gigi.  Lama dah xkena inject ni, rasanya last kena inject time skolah2 dulu kot utk BCG n rubella.

OTW balik, singgah utk amik WHOOPIE PIE yang diorder..many thanx to SQ yang sudi terima tempahan last minute, bleh merasa whoopie pie yg sgt sedap itu. Alhamdulillah rezeki baby nak makan, *alasan*, hehhee...

So ni lah rupa whoopie pie nya.....





in a box
a whoopie pie
         now u see,                             now u don't..yummy!


And my dinner for tonite : drive-thru mc chicken + mc flurry lime sahaja, rasa nk mkn fast food jerk..dah tak tahu nak makan apa apabila suami tiada di sisi..tulun, saya sakit tekak, enchek demam sila main jauh2 yer ;(

Syurga Cinta

Terdapat tiga jenis jodoh dalam kehidupan manusia:

Jodoh pertama- jodoh syaitan, apabila perempuan dan lelaki bertemu, ada makhluk ketiga yang akan merosakkan nafsu mereka, perempuan itu akan mengandung dan akhirnya passangan itu akan bernikah kerana untuk menutup malu

Jodoh kedua-jodoh jin, lelaki jatuh hati dgn perempuan, tetapi perempuan itu tak setuju, kemudian lelaki gunakan jin/sihir agar perempuan itu bersetuju dan akhirnya mereka bernikah

Jodoh ketiga-jodoh Allah, pasangan lelaki dan perempuan bertemu dlm pandangan pertama dan akhirnya berkahwin tanpa halangan (syurga cinta)


....PETIKAN DARIPADA DRAMA EPILOG SYURGA CINTA..ari ni last episod, akhirnya cikgu siti shuhada bersatu juga dengan irham =)

 p/s:moga jodoh kami suami isteri kekal selamanya, amin..

Sep 16, 2010

Cerita Raya Lagi

Sebelum bercerita tentang hari raya ku,

SELAMAT HARI MALAYSIA YG KE 47, semoga Malaysia terus aman dan tenteram daripada ancaman yang tidak diingini.

Hari raya kedua dan ketiga baru beraya ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Ada juga yang datang beraya ke rumah, tp tidak semeriah raya2 sebelum ini. Malam lak masih lagi dengan tahlil arwah atuk. Raya keempat dah gerak ke Perlis. OTW ke sana singgah di besut dulu, beraya di rumah bos. Saya teruja untuk blk kampung raya kali ini *xpenah blk kg selain TGG kan* oleh kerana daripada Besut pun dah melepasi tengahari, jalan raya agak sesak dengan kereta orang yang mahu ke utara. Suami menjumpai jalan baru *short-cut katanya* - keluar highway gurun then kami meneruskan perjalanan ke perlis. Singgah dinner dahulu di kangar sebelum sampai umah nenek dalam jam 10mlm.

Tapi tak merasa suasana raya pun kat sana, keesokan harinya suami dan SIL ajak p padang besaq, aish raya dah abis pun nak p shopping lagi? Saya nak beraya dan mengenali budaya beraya di perlis. Mungkin tak de rezeki kali ni @ raya di sana orang sambut hingga raya ke 3/4 je kot. Makan mihun sup di padang besaq dan umah wa *pakcik suami*.

Raya ke enam dah bergerak pulang, singgah di rumah FIL di bukit kayu hitam, tp tidak dilupakan pekena laksa n cendol di fatin corner dulu yer. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke penang, umah BIL. Hajatnya mahu bermalam di sana, tiba2 lak suami dapat panggilan telefon untuk bersiap sedia kena out station esok hari...huhuhu, kesian kt encik driver, baru nak relax melepaskan penat dah kena gerak balik kl pulak. Char kuew tiaw penang pun tak sempat nk merasa, next time pegi penang harus cari ni. Suami out station, saya kena tinggal sorang2 di rumah la yer. Weekend akan menjadi lebih panjang dan boring dengan ketiadaan suami. Tiba2 terdetik idea untuk kembali pulang ke TGG, survey tiket MAS, AA n FF....dan...ding!

AA masih ada available tiket LCCT-TGG 16 sept, so apa lagi...haruslah dibeli, nak blk kl tak de masalah. adik2, sepupu dan rakan2 mesti ramai yg nak balik sabtu/ahad...smp umah di kajang dah lewat malam, kemas2 umah dan barang nk gerak esok pulak. Kesian suami penat memandu dan mengantuk. Keesokan harinya suami hantar saya ke LCCT, flight beliau ptg. harinya, berpisah lagi kami sementara..bye suami!

Sampai di TGG airport, parents dtg amik. Saya yg kelaparan, hanya breakfast roti canai lambat restoran byk tutup beraya lagi ikut serta mereka g kenduri kawin dulu, barulah kenyang pekena nasi minyak org kawin, hehe...blk umah, apa lagi...qada` zzzzzzz

 

Sep 10, 2010

Satu Hari di Hari Raya

Kebiasaan bagi penduduk kampung kami, selesai solat sunat aidilfitri mesti akan menziarahi pusara yang terletak bersebelahan dengan kubur. Kami sekeluarga juga turut akan menziarahi pusara nenek arwah (sebelah mak) yang telah lama meninggal. Selepas itu baru menziarahi kubur arwah nenek dan atuk sebelah abah pula.

Pada tahun ini, ketika umat Islam sibuk bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga berada di rumah atok (belah mak) membaca surah yassin.  Atok pergi mengadap Ilahi semasa azan subuh berkumandang...insan terpilih untuk berjumpa denganNya di pagi yang mulia tambahan pula hari raya kali ni jatuh pada hari Jumaat. Arwah telah lama sakit tua (umur 86). 2 hari sebelum tibanya hari raya, saya dan suami sempat menziarahi beliau. Memang sgt uzur nak dibandingkan dengan kali terakhir kami pulang menziarahi beliau, masa tu beliau masih boleh cakap walaupun perlahan. Kali ni sgt kurus, hanya boleh minum air je, tu pun tersekat2 sewaktu nak telan. 2 3 kali mak mendapat panggilan telefon yg mengatakan keadaan beliau agak teruk dan nazak sblm tiba hari raya. Beliau sedar dengan kedatangan kami, tp mungkin agak penat dan tidak mampu untuk bergerak dan beercakap lagi, nak buka mata pun tak larat, hanya gerakkan kami dan tangan. Alhamdulillah semasa kami nak pulang dan beritahu beliau, beliau memberi response pada kami dan membuka mata. Saya siap lambai "bye-bye chek, mahu pulang dulu" (*gelaran kpd atuk)

Kali ini adalah pengalaman baru bagi kami sekeluarga, hari raya pertama hanya menghabiskan masa di rumah makcik (arwah atuk ditempatkan di situ sementara utk dikebumikan). Hanya sempat pegi kubur arwah nenek dan atuk je sekejap pagi tu. Oleh kerana hari raya pertama itu jatuh pada hari Jumaat, arwah dimandikan dan dikafankan selepas solat Jumaat seterusnya dikebumikan selepas solat asar.

Raya kali ini agak kurang meriah bagi kami sekeluarga, saya dan suami juga tidak sempat memakai baju sedondon berwarna putih. Sesi bergambar sekeluarga juga tiada. Malam pula sibuk dengan tahlil arwah, 3 malam di rumah makcik dan 4 malam di masjid.

dina n haiqal main bunga api slp tahlil
me wif sister n cousin
hubby n wifey, 1st pic hari raya kali ini

Sep 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

minal aidil wal faizin daripada diana, azrinizam dan baby

Sep 5, 2010

Main Masak-masak

oleh kerana enchek suami ku tiada di sisi wkend ini, saya mengambil kesempatan utk merendek di rumah my aunty...hheeh...buleh buat biskut raya bersama-sama dgnnya dan request nak makan apa...nasib baik saya ini tidak mengidam, jadi apa yg ada boleh je makan.

so untuk buka puasa ari ini saya telah menyediakan puding caramel, mau makan sampai puas. kalau nak beli kat bazar tu rm1.50/pcs, tu belum tentu sedap, lemak berkrim seperti yang dimasak sendiri...dan hasilnya.....



baru masak, dlm loyang
erm, dah ready utk dimakan, nyum2...

dan, kami juga telah membuat biskut raya, nama biskut ini adalah biskut hazel putra@FAMOUS AMOS COOKIES  sebabnya bila bakar semerbak bau cam famous amos dan rasanya juga begitu, cuma ia nipis sikitla berbanding famous amos...
ok, i've took some piccas of them via my bb..so harap maaf di atas kualiti yg kurang elok itu.
slps adunan dicampur
dah masuk oven


taraa...ready to eat...!
urm, bila bawak balik puding caramel ke umah, rupanya enchek suami tak makan sangat dessert yg berunsurkan telur ni, laa...baru tahu, *huhuhu, teruknya si isteri ni tak tahu pun sblm ni* jadinya kenalah saya yang menghabiskan kesemuanya, leh simpan dlm peti sejuk untuk dimakan esok hari lagi..


dan lagi satu tidak dilupakan, hari ni birthday my mom..

HAPPY BIRTHDAY MOM, LOVE U ALWAYS..

siang2 da sms wish bday kt dia, hanya ada puding caramel je leh bg, hehe..abah dah beli cake utk mom kt kg...


Sep 3, 2010

Red Work...perut sudah menyanyi

blm pun separuh hari perut sudah berbunyi, waduh2..inilah akibatnya tak sahur pagi tadi. sabar ye baby, bukan  mommy sengaja tak nak bangun tp ntah camane 2 2 boleh terbabas, dah sedar bila jam bunyi pukul 5, ntah camane leh smbg tido dan sedar2 pukul 5.40, minum air n makan kurma je sebijik, hb pun sempat telan ubat antibiotik nya. then boleh pulak sambung tido dan kembali sedar jam 7...alamak dah lewat nak pg keje...

ni la penangan penat menyiapkan 2 assignment, 2 malam tido tak cukup dan sempat shopping di jln tar n sogo. buka puasa semalam pun bukan makan yang berat sgt pun, kami bersama2 shbt MR yang lain berbuka di RedWok Restaurant, korean sizzling steambot buffet only for rm30/head....makan nasi sikit, spagetti, salad, yang lain steamboat n sizzling. ramai jugak orang kat situ, makanan pun sedap2, next time nak cuba ala carte pulak...dekat je ngan umah, xpe =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...