Oct 24, 2010

The Little One


Nampak tak macam muka siapa?

Ramai yang cakap macam muka ayahnya sahaja lorr...*jeles jap*

Hari ni ada appoinment dgn Jezzlyn kat Wellagain Healthcare S/B untuk scan 3D/4D. Haruslah mak membuat survey lagi untuk lihat baby dalam perut ni kan, ari tu kt Vision College baby tak aktif dan tak nampak langsung muka apabila tangan dan kakinya tutup muka. Nasib ada rezeki untuk appoinment hari ni, walhal dah 31 weeks. So next appoinment kat Vision College pada 32 weeks boleh dibatalkan.

Sebelum pergi ke klinik saya dan suami doa dan cakap dengan baby agar dapat tunjuk muka dan buat pose untuk kami lihat beliau dalam perut mummynya nanti. Sampai je dalam pukul 2ptg, terus masuk dan register. Bila scan, baby mengadap bawah jugak tp Jezzlyn ni cuba juga untuk lihat baby. Dia siap minta kami pergi lunch dulu dan minum susu supaya baby gerak lebih aktif dan lagi mudah nak tengok rupanya.  Kami lunch di Ayam Penyet Ria, sederet klinik tu je.

Lps lunch, sambung masuk bilik n scan lagi...Baby banyak gerak tapi lindung dengan tali pusat dia la, mungkin sebab saiz dah besar dan ruang dalam rahim tu pun dah semakin sempit bagi baby kot. Kami dapat lihat pipi, dahi, hidung, mata dan mulut baby.  Tangan dan kaki pun comel je, nmpk montel, hehehe...Satu cd mengandungi gambar dan video diberi kepada kami sebelum pulang, dan dikenakan caj RM90 sahaja. Puas hati cos masa yang lama dan layanan dari Jezzlyn pun baik. Dia pun naik sama borak dgn baby supaya banyak bergerak, baby ni malu katanya..cos its girl kot =)

Lama jugak tu, sampai pukul 4 lebih dlm bilik stonography. Keluar je tgk ada  sepasang suami isteri sedang menunggu, untuk scan baby jugak kot. Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah di Sunway Pyramid. Owh, semestinya menjengah ke butik baby...mak sudah jatuh chenta dgn pakaian baby girl..haruslah kan, bila tahu jantina baby girl. Tapi tak de la nak beli baju2 pink lagi kan, baju baby dah ada..tunggu dulu lah yang lain tu, hehe..

Oct 20, 2010

Oligohydramnios

Info yang diperoleh berkaitan dengan air ketuban. For sharing together.


Air ketuban atau cecair amnion berasal daripada air kencing bayi itu sendiri. Air ini akan diminum atau  ditelan oleh bayi. Air kencing yang dalam perut bayi itu itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang, seterusnya mengalir masuk ke pundi kencing sebelum keluar sebagai air kencing. Itulah pusingan air ketuban di dalam rahim ibu mengandung.

 Terdapat dua jenis masalah berkaitan dengan air ketuban iaitu 

1. Oligohydramnios - air ketuban didapati kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Kemungkinan berlaku sekiranya:
    • selaput ketuban pecah dan air keluar walaupun belum ada tanda-tanda untuk bersalin
    • bayi mengalami masalah tumbesaran atau (intra-uterine growth restriction)
    • bayi mengalami masalah buah pinggang (renal agenesis)
    • kandungan berada di luar rahim (abdominal pregnancy)
2.  Polyhydramnios - air ketuban berlebihan. Penyebabnya adalah:
    •  kandungan kembar dua, tiga dan seterusnya
    • bayi atau uri yang lebih besar, lebih-lebih lagi jika ibu menghadapi kencing manis
    • bayi yang dikandung mengalami masalah spina bifida, anencephaly (dilahirkan tanpa tempurung kepala), esophageal atresia (bayi yang tidak boleh menelan masuk air ketuban) dan bayi kerdil (achondroplasia).
Ibu hamil yang mengalami masalah ini akan merasa kurang selesa kerana kendungan besar dan berat. Ibu sukar bernafas, bayi boleh lahir sebagai bayi pra-matang.


p/s: Masalah yang saya hadapi adalah oligohydramnios, tak tahu punca apa dan bagaimana nak tambah air ketuban. Bukan masalah kurang minum air dan sebagainya. Doc dah siap check kalau2 ada licking tp xde  la  pulak kan. Alhamdulillah baby dalam kandungan saya juga normal dan sihat.  Semoga tiada masalah sehingga waktu untuk melahirkannya, amin.

-29w-

Oct 19, 2010

Medical Leave, for the first time

Semenjak bekerja di sini, hari ini dalam sejarah saya mendapat MC daripada HPJ, first time ye. Adakah sebelum ini saya tak pernah sakit? owh ada jugak sakit tp pergi klinik swasta, tak dapat MC pun, pegi check up kt Klinik Kesihatan dapat time sleep jer, paling tak pun terus ambil cuti jerk. Kalau kat ofis lama dulu, bila sakit sikit manjang jer naik clinic kt atas jumpa doc, then sangat senang nak dapat MC, yerla kena bayo RM5 tu, hihi..

Hari ini pegi check-up kt KKP seperti biasa. Orang adalah sangat ramai,  belum pun pukul 8 dpn  makmal dah penuh org tunggu nak amik darah n check HB, dem!  Aircond pun tdah tak terasa, peluh2 jantan mula keluar, nasib baik ada paper leh wt kipas, heh.

Result blood test tak dapat lagi, bapak lama tunggu dah 2 bulan. Saya beritahu doc pasal pegi scan baru ni, yang air ketuban saya sedikit, so doc check, air ketuban saya AFI 8, kurang sedikit dr border line, 9. Then doc terus mintak refer kt HPJ, kena pegi hari ni jugak..ha? skrang dah dekat pukul 10pg, sepatutnya suami saya attend meeting dah dia pulak lambat. Kesian dia pun kena tunggu saya check up, ye la bukan selalu dia tunggu tu, selalu anta dan jemput je huhu.

So kami pun terus ke HPJ, bawa reference letter dr doc di KKP. First time saya menjejak langkah ke HPJ, dr luar tgk, banyaknya kereta parking smp ke tepi jalan. Apa tak de parking ke kt sini? Teruknya...;( suami drop by saya je n dia pegi ofis jumpa bos jap. Saya pun terus pegi ke kaunter pendaftaran dan buat pape yg patut. Perut lapar ni, suami tapau nasi lemak kerang ada dalam kereta, konon nak makan lps check up kt KKP. Sementara tunggu no dipanggil di kaunter O&G, saya pun ke kafe minum n mkn waffle jerk. Then singgah kedai runcit, ada magazine, beli je la wt hilang rasa boring menunggu yang lama. HP pulak dah nyawa2 ikan *stand by nk call husband jer* , yer la kt KKP tadi dah online lama smp batt nk abis.

Akhirnya no saya dipanggil, masuk jupe doc. Nasib baik doctor tu baik n lembut je, dia check tanya ada licking ke dsb, saya rasa tak de tp tak tahu la kalau2 time tak sedar kan..then doc tu check n confirm air ketuban tak de licking...scan baby dan 2 kali dia kira AFI=9. Doc tu confirmkan dgn pakar pun sama jugak. Gerakan baby, plasenta, saiz dan berat baby ok je, so tak de masalah. Tp kena dtg balik utk follow up lagi 2 minggu, last pesanan kalau baby tak de movement terus ke dewan bersalin..erk, saya tanya utk terus bersalin ke? Aah, doc tu jawab...erm, debar jap...baby tak nak keluar lagi kan? hopefully masih ada ruang untuk baby bergerak dgn baik dan lahir pada masa yang ditetapkan, amin..

Sebelum kluar doc bagi MC untuk hari ini..yippie, ingatkan kot2 nak bagi time sleep mahu saya ignore jer kan...saya pun dah ngantuk dan lapar bangat. Kluar tunggu untuk amik ubat di kaunter farmasi pulak. Selesai semua, tgk2 jam dah pukul 2 ptg, batt HP pun dah out..nasib baik ada public phone, saya call husband untuk datang amik, pegi lunch n balilk umah.

Oct 16, 2010

JB, dyla N suzai wedding

CONGRATULATIONS TO DYLA N SUZAI aka DOBON

Oleh kerana enchik suami tiada di rumah, saya hanya menumpang kamal n intan untuk ke majlis perkahwinan dyla di jb siang tadi. Haruslah pegi kan, lagipun tak de apa nak buat di rumah sorang2, kursus pegawai pun tak pegi.

Bertolak pg, sampai sedang elok pkl 1, makan dan tunggu pengantin, sessi bergambar dan terus pulang, tak de singgah mana2. 2 3 org shbt dr HQ hadir sama, yang tak pg kursus lah tu, hehe...

Majlis dyla diadakan di dewan, agak meriah juga dengan persembahan, makanan sgt sedap, ada kambing bakar, *siap tolong makankan untuk encik suami* hehe..saya tak sempat nak merasa laksa johor ekoran sudah kenyang makan nasi beriyani dan kuih muih =) insya allah kalau berkesempatan nak g wedding belah suzai lak 30hb, mau menikmati suasana kenduri di kampung..sapa mau tumpangkan saya? hehehe..

so da piccas.....

dyla yg chanteek..
antara yg hadir bergambar bersama pengantin
2 moms-to-be =)


Oct 15, 2010

Girl or Boy

Macamana nak tahu @ agak jantina baby yang dikandung...Tak tahu la betul atau tidak, just to share here, me copy paste.

It's a girl if:
  • You had morning sickness early in pregnancy
  • Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute
  • You are carrying the weight in your hips and rear
  • Your left breast is larger than your right breast
  • Your hair develops red highlights
  • You are carrying high
  • Your belly looks like a watermelon
  • You are craving sweets
  • You are craving fruit
  • You crave orange juice 
  • You don't look quite as good as normal during pregnancy
  • You are moodier than usual during pregnancy
  • Your face breaks out more than usual
  • You refuse to eat the heel of a loaf of bread
  • Your breasts have really blossomed!
  • Your pillow faces south when you sleep
  • Your urine is a dull yellow color
  • You hang your wedding ring over your belly and it moves from side to side
  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an odd number

It's a boy if:
  • You didn't experience morning sickness in early pregnancy
  • Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute
  • You are carrying the extra weight out front
  • Your belly looks like a basketball
  • Your areolas have darkened considerably
  • You are carrying low
  • You are craving salty or sour foods
  • You are craving protein -- meats and cheese
  • Your feet are colder than they were before pregnancy
  • The hair on your legs has grown faster during pregnancy
  • Your hands are very dry
  • Your pillow faces north when you sleep
  • Dad-to-be is gaining weight, right along with you
  • Pregnancy has you looking better than ever
  • Your urine is bright yellow in color
  • Your nose is spreading
  • You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles
  • You are having headaches
  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number
***bagi diri saya adalah yg digelapkan di atas...5 girl, 3 boy..mcm2 la, di awal preggy dulu, craving yg manis jerk..tp byk buah2an n juice xleh nk minum..time 2nd trimester craving yg masam2 lak...xde morning sickness apa2 pun....di awalnya ramalan ramai mengatakan baby boy, skrang rasa cam gegirl la pulak, tgk pada bentuk perut yg membujur dan melebar jerk =)

Oct 14, 2010

Scan 3D/4D

first scan at KKP
 mummy and daddy sangat excited untuk melihat baby di dalam perut mummy. asalnya appoinment scan pd 2 minggu lepas tp sbb kami out station pada tarikh tersebut, maka ditunda pada hari ini. *agak lewat tu nak scan minggu 29* Seawal mengandung saya sudah survey di Internet, akhirnya kami memilih Vision College untuk buat scan 3D/4D, murah dan berbaloi.

nak pegi sana juga tak susah, first time lalu situ dah jumpa mengikut map yang dimuat turun daripada laman web. Sampai je kat sana, kami terus masuk untuk scan bersama staf wanita melayu, dan ramai staf cina di situ. Mula2, staf tu ckp baby tuutp muka dgn tangan, puas digerak2 n usap perut saya nak bagi baby gerak dan alihkan tangannya, tp tetap tak gerak..staf tu suruh saya ngiring, sama jugak. baby tetap tak gerak.

kemudian, dia suruh saya keluar dan jalan2 dulu, kot2 baby gerak jap lagi. adoi, baby ni malu2 ke mmg nak wat surprise pada kami? saya dan suami siap keluar beli roti dan air minuman kat kedai depan. Then masuk balik. kali ni staf lain, tp wanita melayu jugak. More friendly dari yg 1st td. Erm, check punya check, tu dia...siap kaki skali tutup muka..dan telah disahkan baby sedang tido...walla...baby, enak sungguh kamu tidur di dalam sana, kami kacau pun tak mau bangun. Sempat tgk muka sikit je, sipi2 tang pipi, mata dan hidung, tu pun tak berapa clear sangat. nak tgk jantina apatah lagi....time awal td je, dia buka sikit, kali ni tutup terus, peha bertemu peha...tp staf tu ckp cam nmpk "burger", heheh..tak leh nk confirm lagi. 

akhirnya, kami dah xleh nak buat apa, kedua-dua kaki dan tangan baby tetap di mukanya, staf tu pun surrender. dia suruh dtg lagi 2 minggu, utk kali ni tak dikenakan caj apa2, cos kandungan tak sampai 30 minggu dan gambar baby tak clear, satu copy pose yg paling elok disimpan dulu in case necx appoinment pun tak nmpk..staf tu ckp air ketuban saya sedikit, may b sebab tu jugak baby tak leh nak bergerak dgn aktif, kepala pun kat atas lagi. next antenatal check up harus ditanya kepada doktor *risau jugak ni*

mcm ni la lebih kurang gaya our little baby, tp langsung muka tak nampak, peha nye aje mak aih..cukup makan =)


*image from this page*

Oct 10, 2010

Holiday, while Working?


Lps je exam, hubby ajak ikut dia, kena out station...menenangkan fikiran lps exam, ye ke? sambil bekerja? ikut ke tak ikut? kalau tak ikut, wkend ni akan sengsorang di rumah..so saya membuat keputusan utk ikut ajer, sambil leh cuti2 kan..borang cuti diisi utk hari jumaat dan kami terus gerak ke utara. Kali ni 3 persinggahan,  sempat pekena nasi kandar pokok ceri dan merasa mee udang banjir di SP, sangat puas dapat makan mee udang, yer la bukan selalu mkn kan..udangnya sgtlah byk, lebih dari 10 ekor, pergh..!! sempat juga singgah ke village mall, tmpt ok, orang x la ramai sgt. plan nk tgk wayang, cos cinema cam br buka jer, tp hubby takut ada keje lak..saya sempat beli new wedges, heheh..*preggy lady ada hati nk pakai wedges lagi*, ala murah je n bukan yg tinggi pun, sesaje suka beli n mmg boleh pakai lagi tu time preggy ni, hehe...

enjoy da piccas...


fokus kepada "ZON TANPA WAYAR"



28th weeks =)

Oct 7, 2010

Exam Sudah Abis, Merdeka Sekejap

Yes! setelah bertungkus lumus menyiapkan assignment dan study for exam, akhirnya berlalu sudah..*walaupun ada lagi satu asgmnt yg harus dihantar* semua orang seronok menjawab paper Research Method hari ini, =)

So mlm nya, kita enjoy!..kami menonton Teater Muzikal Tun Mahathir. Alhamdulillah, rezeki mommy nak tgk, ari tu nak beli tiket semua dah sold out, bila dipanjangkan tayangannya, maka dapatlah kami menontonnya...semua rakyat Malaysia harus menonton teater mantan PM aka Bapa Pemodenan Malaysia.

Abis show, singgah supper@dinner kt Pelita dahulu sebelum pulang ke akademi, esok sahajalah pulang ke rumah..owh, esok ada appoinment antenal di KKP.




 

Oct 3, 2010

Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat

Ma dan abah telah mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat di rumah di kg, sempena bakal kelahiran dua orang cucu mereka di bulan novemver dan disember ini. buat mjls keluarga kecil2lan je, panggil orang masjid sikit. kebetulan saya dan suami ada kerja kat besut, sempat bermalam di rumah sblm bertolak pulang ke ibu kota. majlis dibuat pada mlm td, ya&lie tak leh balik sebab nanti diorang nk balik lagi, mertua ya nak g haji. lps kenduri mlmnya, penat kemas rumah, kali ni ma & team *termasuk adik dan jiran* masak sendiri dan saya & suami kena tolong kemas la, penat dorang buat persediaan utk mjls kami itu. ma masak  nasi putih, lauk kari ikan, ayam goreng, kuih muih dan buah2an...owh abis kari ikan satu periuk...=)

utk pulang ke ibu kota, saya dibekalkan dengan sebotol air solat hajat untuk diminum dan dipermudahkan segalanya, amin.

alamak, tak study lagi, assignment pun tak siap lagi, xm semakin hampir...

chow..


27th week,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...