Nov 29, 2010

Nescafe 3 in 1


Copy paste untuk dikongsi bersama-sama.

Kawan saya (dah arwah)......
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....


Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.  

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.  

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.  

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 

6. Tapak tangannya semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in 1. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini akan merosakkan jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)  

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer  

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi 

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.  

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine  

6. Elakkan memakan burger, nuggget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya  

7. Elakkan mandi selepas makan 

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.  

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 

11.Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahualam.

sharing is caring

p/s: semasa saya mengikuti satu program mengurangkan tekanan, penceramah turut menceritakan pasal keburukan creamer terutama dalam minuman 3 in 1 ini. Memang betul seperti apa yang ditulis di atas. Oleh itu, kena cuba bancuh sendiri minuman di rumah dan kurangkan menggunakan 3 in 1 walaupun ia memudahkan =)

Nov 28, 2010

Mummy and Baby Checklist

Semua barang sudah stand by dalam kereta semenjak balik kg cuti raya haji ari tu lagi..

Now baru nk post kat blog, senang untuk reference di masa akan datang @ rujukan kpd sesiapa shj. Sebelum ni dah banyak yang di survey dulu kt internet, web dan blog..macam2 yang perlu dan tidak perlu. Ini adalah keperluan yang saya senaraikan untuk di bawa ke hospital:

a) For baby
  • baby clothing
  • mittens & booties 
  • receiving blanket
  • napkin (utk bedung)
  • barut
  • pampers (size nb)
  • hat
  • minyak telon
  • wipes / wet tissue
  • towel 
  • toilettries
  • feeding bottle (hospital kerajaan dilarang sama sekali membawa botol susu)
b) For mama
  • buku pemeriksaan doktor (stand by) - govmt hosp & govmt svnt
  • baju butang dpn / t-shirt
  • kain batik
  • maternity pad
  • stocking
  • nursing bra 
  • bra pad
  • panties / disposable panties
  • toilettries / comb / slipper
  • towel
  • minyak urut
  • biskut / kurma / air
  • termos air panas
  • air / minyak selusuh
  • sweater
  • telekung
  • surah Yasin / tafsir al-Quran
  • camera
  • charger hp
  • plastic bag - utk baju kotor
  • magazines / books

Nov 27, 2010

Parenting Expo

ini kali kedua saya ke expo yg menjual brgn bayi di midV. kali ni g ngn aida, ngulo waktu lunch hour cos klu g weekend lg ramai org.

so hasil rembatan pd kali ini adalah...

Nov 25, 2010

Injection

Hari ini  check up kt HPJ, saya ke sana dihantar oleh kawan kerana suami out station, sedey huhuhu..xpela, demi tugas untuk negara =p terpaksa mintak tolong pn fetty hantar kerana parking di HPJ sangat susah utk dpt parkir kereta.

Tiba2, nama dipanggil, aish cepat la pulak hari ni, walaupun saya tgk no agak lambat lagi. Sambil dok belek majalah Pa&Ma yang dibawa, walaupun saya tersilap date appoinment yg sepatutnya 2 hari lepas, yerla byk sgt appointment ngan KKP dan HPJ setiap minggu, ntah camane leh tersilap tgk. Sister yg jaga kt kaunter cam bising jugak la, tp nak wat camane kan, im sorry nurse, heh!

Alhamdulillah, hari ni dapat doc perempuan. Harapnya last check up tu je yg dpt doc laki. Check seperti biasa, kali ni saya br tahu setiap kali saya ke sana, doktor menggunakan mesin scan  yg lain, yg dipanggil doppler. Entah apa bezanya, mungkin lebih details untuk periksa kandungan kot =) para doc siap chop2 nak guna mesin tu, kekurangan mesin scan doppler rupanya. Doc check seperti biasa, ukur air ketuban, dgr denyutan jantung dan paru2 baby saya. Beliau kata sukar sikit hari ini tetapi baby sgt aktif. Doc itu refer pd pakar dan beliau ckp kena masukkan ubat untuk matangkan paru2 baby. Nanti kalau baby makin besar dan sukar bergerak sudah tak boleh nak masuk ubat lagi dan ubat itu dimasukkan dengan cara inject pd bontot saya, 12jam sekali, 2 kali kena inject. Hurm??....dan doc itu juga bgtahu injection ini sakit sedikit la...alamak, dah cuak..! heh

So, doc request ubat dan saya pegi ambil kat kaunter farmasi dan pada jam 10.30am satu injection pd bontot kanan. Rasanya amat sakit sekali, dah la sorang2, lps siap je saya call Fetty mintak pick up me kt  lobby dan saya cuba berjalan perlahan2 keluar daripada hospital itu. Nassib baik doc bg MC, siap keluar air mata lagi tu menahan sakit. 

Lps fetty hantar kat rumah, saya pg melepaskan tension kt spa k.za, dalam sakit2 bontot tu jln jugak *dah mmg jenis tak leh dok diam neh* Dia ada janji nk kasi free facial treatment pada saya. Dan juga belanja lunch ayamas, yeay! thanx kakak comey =) sape2 nak g spa @ pilih mak andaman untuk majlis perkahwinan boleh cuba khidmat sanggul de peterana ini. Search kt fb pun ada.

OTW pulang rumah, singgah SR jap beli cake, rasa mau makan cake la pulak kan, heh.

10.30pm lagi skali ku hulurkan bontot kiri untuk diinject. Takkan nak bagi bontot sama kan lagi tmbh sakit sebelah bhagian jer. Owh sorang sister yg kasi injection pada saya kt wad bersalin tu cam garang jer. Tanya untuk dapatkan MC bg esok hari bleh dia tak layan, nasib ada sorang lg yg ok, at least sejuk la hati ni ditambah ngan sakit bontot tu lagi. First time masuk kt wad bersalin, HPJ, mlm lak tu, ditemani oleh fetty n husband. Dah rasa cam nk masuk utk bersalin jerk. 

Thanx a lots to fetty n husband. Kalau dia tak de, boleh je nk drive alone ke HPJ, tp time nk balik tu amik masa skitla kot kena kasi sakit tu kurang skit then baru leh drive. Sakit yg siang pun x hilang lagi. Sok g ofis lambat skit la.

4 botol ubat yg dimasukkan dalam badan

Nov 17, 2010

Happy Birthday Sayang


 

Ada orang celebrate birthday sekali ngan raya haji tahun ni. Alhamdulillah birthday tahun ni jatuh pada hari raya korban, jadi tuan empunya diri betul2 kena menghayati erti pengorbanan itu =)


Kalau perasan pada bilangan lilin adalah usia beliau pada tahun ini =)

Tp budak2 kecil yang dapat meniup lilin, birthday boy dok layan tv jer. Acara meniup lilin dan makan cake dibuat pada waktu malam, ye la siang sebok berhari raya *cam raya puasa lak*

Raya Haji di Terengganu disambut secara sederhana. Tahun ni adalah kali pertama kami meraikannya sebagai suami isteri. Plan asal raya haji sepatutnya disambut di sebelah suami tp apakan daya, nasib menyebelahi saya. Ini disebabkan semasa cuti raya haji juga ada kenduri kahwin di Perlis, jadi kami pulang ke Terengganu dahulu, yeah!

Pagi raya, usai solat sunat Aidiladha, kami ke rumah emak saudara, ada buat korban seekor lembu di situ. Adik saya korban satu bhgn, saya dah buat korban last year. Punyalah lama tunggu pak imam datang nk sembelih lembu, dalam 2 jam jugak la kot menunggu. Sarapan pagi ada juadah nasi dagang dan pulut kuning, wah seronok..

Then balik rumah, pembahagian daging dibuat oleh mak dan masak2 utk makan tengahari. Perut dah lapar, menu untuk makan tengahari adalah sup tulang, daging masak merah dan daging bakar.

bday present for this year, will be arriving next month

Salam Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam, sama2 kita menghayati pengorbanan nabi Allah Ibrahim as dan Nabi Ismail as.

Nov 15, 2010

Tips Mudah Untuk Bersalin

Thanx to intan bagi  tips2 untuk dibaca dan diingati sebelum bersalin. Insya Allah akan dipraktikkan mana-mana yang masih belum dibuat. Harapnya semuanya mudah semasa bersalin nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut..masa menghembus lebih panjang..

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..tahan nafas, dekatkan dagu ke dada dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.

2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yg ni baik juga untuk suami..sbb skrang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt mengurangkan risiko.

Amalan melalui pembacaan dan pengalaman kawan2..

1. Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekali apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

2. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk kerana dikuatiri akan menjadi lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran. Minum byk ais di hujung kehamilan boleh membuatkan baby besar..nnt xlarat nk push..xtahu la betol ke x..huhu..

3. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan kita mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia. huhu..time cenggini boleh la fokus..takut time sakit abis semua petua dan ilmu ilang..mintak dijauhkan la..huhu..

3. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dalam2 melalui hidung dan lepas melalui mulut.

4. Banyakkan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.” dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”  ayat ni amalkan selalu..even belum sakit lg pun..

PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran..maknanya meneran bila ada contraction sahaja..kalo xda contraction jgn teran..sbb nnt penat je..bby xkuar pun..

3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali...Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran...

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa).. Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)..ingat ye para suami..

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, tahan nafas dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Nov 12, 2010

Awas Penggemar Coca Cola


Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke, Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? 

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, (bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. 
 
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul!  

Betapa  cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..




p/s: saya memang sgt jarang minum coke, klu minum minuman berkarbonat pun selain coke & pepsi, tu pun jarang2. Makan kt fast food spt KFC n McD akan cuba tukar kpd air lain. Tidak suka dgn gasnya yg sangat kuat, akan menyebabkan sendawa sepanjang hari, gas keluar ikut hidung hahahaha...


Nov 8, 2010

Our New Neighbourhood

We are currently move out from our house at kajang....

Now sudah masuk rumah baru, kejiranan baru, kawasan baru...semuanya baru buat saya. Nak kena hafal jln2 area sini lagi, semuanya selepas bersalin la. Mak buyung dah tak larat. Angkat barang pun husband buat sorang2, sian lak. Nasib baik ada cousinnya yg tolong. Thanx enchek hubby =)

wah, banyaknya barang nak kena kemas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...