Dec 28, 2010

Sudah Pandai Sendawa

baby aleesya sudah boleh sendawa, sblm ni kalau lps menyusu dok tepuk2 blkg dia tak sendawa jugak, dan kemudian akhirnya akan muntah susu / jeluok *dialek terengganu* yg akan meninggalkan bau kurang enak pada bajunya.. 

baby aleesya dah berjaya bersin tp masih slow lagi..kami suka dgr dia bersin, penuh sopan santun anak dara mama ni, mak kata baru belajar nak bersin..=) bersin lak mesti nak 2 atau 3 kali..ikut bapak ni..

senyum sudah pandai semenjak lahir tp byk dlm dunianya sendiri...

cuma 2 hari ni dia tak pandai balik nak melekap semasa bf, ntah apa masalahnya..sblm ni melekap elok jer..aduh, sesekali rasa sakit n ngilu kt b mama la sayang. hopefully nanti baby kembali ok dan boleh melekap dgn lebih baik yer sayang..

Dec 27, 2010

YOUR URL STORY CONTEST

hah? 
Tetiba lak kena tag utk masuk contest..actually this is my first time join mana2 contest kat blog ni. sbbnya  penyakit M memang melanda diri n tak de pun org tag saya *nmpk sgt i tak glemer kan, =)* sbb dulu tak aktif sgt pun tulis blog ni, ikut suka hati nak update dan post bila2 walaupun byk kat draft.

Buka blog malam ni, singgah sekejap di beberapa blog rakan2, tetiba saya melihat nama di tag oleh mama maisarah, jadi saya gagahkan diri jugak untuk join da contest, ala lgpun tak susah dan kebetulan sedang free sekarang. baiklah puan nurul, saya terima =)


Owner blog contest, iaitu merazati nak kita ceritakan pasal url blog kita. Saya menggunakan nama ddianne.blogspot kalau perasan nama tu dah dekat2 dengan nama sendiri, diana tetapi lebih kurang cam nama inggeris gitu, haha...

dianne tu ada sentimental value zaman sekolah2 dulu di mana nama ahli kumpulan kami, sume nak trademark guna nama komersial ala2 mat salleh gitu, ahaks...nama kawan2 yang lain dah lupa tp rasanya ada nama twinnie, talq, dsb...so diana convert mudah jer jadi dianne..dan untuk blog ini saya tambah lagi satu D di hadapan dan hasilnya jadilah ddianne.blogspot.com

Pernah terfikir untuk tukar nama blog tp bila difikir2kan tak payahla, biar je ddianne itu kekal di situ..hehe

Ok merazati, kalau ada rezeki saya menang, yerla ini kali pertama join contest kat blog.

Dan dua orang yang saya nak tag adalah puan cik bee dan cik yanie

Dec 25, 2010

Hadiah Daripada Santa Claus

mlm td, msg kat enchek suami..kami tunggukan hadiah daripada santa claus sampai kat rumah...hahha, sbb time tu dia dok layan mr bean kt tv3 di langkawi tinggalkan isteri dan anak tersayang kan...

bgn pagi2, mama tgk ada seekor nyamuk dlm kelambu aleesya yg telah kembung perutnya dgn darah..omaigod! anak mak dah jadi mangsa kerakusan si nyamuk itu...terus mama tepuk dan bunuh nyamuk durjana itu, muahahahha...

itulah agaknya hadiah daripada santa claus si nyamuk jahat, huhuu....

MERRY CHRISMAS, hohoho

tengahari tadi nurse datang rumah lagi, hari ke19..berat aleesya makin naik, hari ni dah 3.2kg..alhamdulillah..patutla time menyusu dia rasa makin berat, hehe


cian anak mama kena empat das sengatan

Dec 22, 2010

Dah Ada Peminat

buka aje fb tgk ada msg dr one of my fren, ana kat my wall:

diana, aku ada mslh besar, dan mengharapkan pengertian mu. Mustaqim jd obses ngn gmbr bby Aleesya Adrianna. tamau tutup laptop nk tgok bb. nk kiss bby. bby lain tanak plak dia. last2, aku print gmbr aleesya adrianna, bru dia nk gerak dri laptop. bwk gmbr bby, n tido sama gmbr!!! so, sori ek, aku dah gunakan gmbo ank mu yg cuteee sgt2 tu!

hehe,  kelakar la mustaqim ni..macam2..nanti ajak mama dtg jumpa aleesya k.

ana gtau sebelum ni tak pernah lak dia buat perangai cam gini, siap bawak tido lagi pic aleesya. patutla aleesya pun mama tgk dlm tidur dia senyum sorang2, jumpa abg mustaqim yer =)

mustaqim bawak tido pic aleesya

  
 

Dec 15, 2010

Tali Pusat Sudah Tanggal

Kebiasaannya pagi2 tok ma akan tukarkan pampers cucu2nya sebelum pg keje, pagi ni pun mcm biasa..masa nak tukar pampers aleesya kami tgk tali pusat nya belum tanggal lagi. *masing2 tak berani selagi tali pusat baby belum tanggal, tok ma je buat2 berani mandikan cucu2nya*

Hari ni juga hari ketiga saya mengurut badan *kecuali bahagian perut*..kakak yg datang mengurut tu siap bagi petua kalau tali pusat baby sukar nak tanggal petuanya adalah dengan menggunakan kain lampin baby itu, di mana bakar sedikit di bahagian hujung/bucu kain lampin dan abunya di sapu di bahagian pusat baby yang belum tanggal tu. Insya allah akan tanggal. Beliau mendapat petua daripada orang2 lama sewaktu cucunya yang lambat tanggal pusat, hari ke-40 baru tanggal, wah sangat lama tali pusat tu bertahan yer =)

Sebelum tengahari nurse sampai, hari ke 10 datang untuk timbang baby. tp nurse tu ckp hari ni hari ke-9, cos  baby lahir 6hb tghari, apa2 lah =) Apabila nurse nak bukakan pakaian aleesya untuk ditimbang, tgk2 dengan tali pusatnya sekali tertanggal, yeay! dan berat aleesya naik sikit jer menjadi 2.8kg jer...anak mama kena minum susu banyak lagi ni.

Alhamdulillah juga sehingga ke hari ini aleesya tak de kena jaundice. Ini adalah khasiat susu ibu sepenuhnya dan di hari awal2 kelahirannya saya selalu kejutkan aleesya untuk menyusukannya, yerla kalau nak ikutkan baby tidur je awal2 tu, masih merasakan suasana dalam perut ibu dan belum terbiasa dengan dunia luar.  Dan alhamdulillah susu saya pun banyak, jadi tak de masalah nak nyusukan aleesya tu. Kesian sangat kalau tgk baby yang kena jaundice kena inject n yg siap kena jemur. 'Aisyatul pun kena jaundice hari tu.
 

Dec 12, 2010

Apabila Dua Anak Dara Berjumpa

Wah, tajuk gitu...

yang sebenarnya adalah apabila dua sepupu mula diketemukan di rumah tok ma & tok abah pada petang sabtu....

aleesya berjumpa sepupunya, 'aisyatul yang tua 13 hari daripadanya...




"kakak ni lagi besar daripada saya la..."

Dec 10, 2010

Welcome Our Little Princess


ALEESYA ADRIANNA BINTI AZRINIZAM


6 DECEMBER 2010 (MONDAY)
12:16 PM
HOSPITAL PUTRAJAYA
2.74 KG  
 .
 .
 .
 .
 .
 .

Dec 8, 2010

Kronologi Kelahiran Cahaya Mata Pertama

boleh buh title cam gitu??


2 dis 2010

8.00 pg   : Weekly antenatal check-up di HPJ, hubby hantar then dia g ofis.

10.00 pg : Jumpa doc n scan, air ketuban makin kurang AVI 6, (prev AVI 9). Doc tanya mana husband, dah  rasa tak sedap hati. Doc bgtau kena admit n bersalin esok cos bahaya pada baby. Dah nk nangis, sebak dowh. Xleh tunggu lagi, n tak leh blk bersalin di Terengganu. Kami pasrah.

11.00 pg  : Pegi register wad, tp wad penuh, nama dlm waiting list no 4. Pihak hospital akan call bila ada katil kosong, alhamdulillah boleh balik rumah dan pegi ofis dulu settle hal2 lain. Siap2 call gtau mak, ptg nanti parents akan gerak dtg kl.

7.15 ptg   : Pihak hospital call, masanya sudah tiba. Bawa kelengkapan ibu dan baby ke hospital, waa...sedey..hubby ajak dinner dulu, dah tak berselera tp makan jugak takut tak de tenaga esok.

9.00 mlm   : Amik tag di bghn kecemasan dan check in kat wad bersalin. Nama dah siap di register, wad 2A, katil 17. Tukar pakaian, seb baik kaler pink, suka =) then nurse check ctg. Pakar datang bg tahu ventilator tak de yg available, baby gerak ok, ctg pun ok so tunda induce pagi lusa. Ventilator harus ada sbb baby masih 36 minggu dan saiz baby hanya dlm 2.4kg shj. Lega sikit, xkena beranak lagi esok.

* ventilator: sila google ok, ianya tak sama dgn incubator.

3 dis 2010


- tukar bilik no 1 (1 bilik 2 org)
- ctg, ok
- setiap beberapa jam nurse dtg check hb baby dan bp
- aktiviti2 lain: jln2 kat wad, tgk tv, internet (seb baik bwk laptop)
- parents dtg melawat
-siap try mintak nak discharge n nak blk kg, tp doc xbagi
- ventilator yg available terpaksa bg kat patient lain yg lebih memerlukan (high bp n baby <36w)
- malam, perut mengeras byk kali daripada biasa

4 dis 2010

- ptg, sblm habis waktu melawat: mtk tlg nurse confirmkan balik dgn doc ventilator ada@x cos my parents nak blk dulu if belum ada..sian gak dorang datang xde wat pape pun

- doc cnfm ventilator dah ada, so pagi esok kena induce dalam jam 7pg

5 dis 2010

5.00 pg : ctg - ok

7.45 pg : induce iol, dah buka 2cm. lps je masuk ubat tu, kena baring 1jam, rasa sakit cam senggugut dan perut mengeras (contraction)..time ni dah baca apa2 yg patut

8.45 pg  : ctg, bp ok (ctg setiap 1,3,5jam slps iol)

11.00 pg  : ctg - byk contraction, *3/10min kot, xphm istilah medical* doc check jln, still 2cm

1.15 ptg  : pakar buat keputusan kena wash out blk cos iol failed, jalan xbuka. what da heck???takoottt...

1.50 ptg : doc masuk drip, elakkan dehidrate

2.30 ptg : ctg lagi

6.30 ptg : doc cek jln still xde buka, 2cm gak *baby tak mo kua lagi la*

9-11 mlm : nonton tv drama anugerah skrin, sembang2 dgn patients lain (doc nk check jln 11pm)

11.45 mlm: nurse kejutkan gtau doc nk check jln (tunggu doc smp tertido kt bed), doc ckp buka@x dia tetap kena pecahkan air ketuban mlm ni jgk demi keselamatan baby dlm kandungan. jalan still tak buka, air ketuban dipecahkan, siap masukkan ubat utk buang air besar skali


6 dis 2010

12.30 pg : turun ke labour room, air ketuban mencurah2 keluar. tukar pakaian, suami smp n temankan. perut mengeras sikit. doc ckp kena tunggu 12 jam, if jalan still tak buka dan ctg baby tak ok, kena ceaser

4.00 pg  : doc check jln, 3cm

8.00 pg  : doc check jln, still same,  gtau doc mmg tak tahan dah. doc minta tunggu lagi skali nak check.

11.00 pg : gtau doc lagi, tak yah check la jln, mmg tak buka n tak tahan tp dia ckp prosedur mmg kena tunggu 12 jam n kena check 3x...owh my god!...contraction byk kali, tp jln tak buka2..ku mtk jgk doc terus ceaser

11.30 pg  : emergency ceaser, cos doc check jln mmg tak buka, doktor pakar yg dtg dan maklumkan

12.16 tgh  : baby girl selamat dilahirkan melalui pembedahan

1.30 ptg  : kembali ke wad 2A

7 dis 2010

- sempat pergi kelas penyusuan baby di bilik seminar yg bersebelahan dgn bilik no 1 aje. alhamdulillah boleh bgn dan jalan slow2

8 dis 2010

- discharge

fresh from the oven

Dec 4, 2010

Barang Nak Bawak Masuk Labour Room - Hospital Kerajaan

hari tu disenaraikan list nak bawak g hospital, yang ni list untuk bawak masuk labour room, sedia awal2 dan tunjuk pada hubby, nanti nurse mintak tak de la tercari2 dan selongkar beg baby tu =)

  • sepasang baju
  • sepasang mittens n booties
  • sekeping pampers
  • lampin / receiving blanket
  • baby oil - nak cuci baby 1 botol kecil cukup
  • maternity pad ibu - disediakan di LR
  • * camera / camera hp - hubby stand by kalau2 nak tgkp gmbr =)

Itu sahaja, mudah.

Dec 3, 2010

Bersiaran Langsung Dari Wad 2A

walla weh....bosannya, rindu mahu pulang ke rumah. msk 2 mlm tido sini sorang2.

asalnya mlm td, doc ckp kena induce pg td tp mesin vertilator tak de, so doc mtk hold dulu. in case baby x kuat bila dilahirkan, harus diletak dlm vertilator..lgpun bb gerak n jantung ok sume, so better baby dok dlm perut ibu dulu. berat baby 2.4kg shj in week 36+.

siang td dah ada alat tu, so pg sok induce. then ada kes lain lg teruk dr saya, mgu kurang 36w n ibu ada tekanan darah tinggi, so bg vertilator pd dia dulu.

kesian pd parents yg dtg dr kg dan suami saya..hopefully anakanda ku sayang ini bleh kluar sendiri, xperlu induce n tunggu vertilator la syg..kami semua tak sabar nak jumpa syg =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...