Dec 25, 2011

Aleesya 1st Birthday Party



Alhamdulillah, berjaya juga birthday party utk aleesya. Walaupun ramai kwn2 mama n papa yg tak leh datang, ye la buat time cuti chrismas kan. At least, family dapat berkumpul ramai2. Mama, abah n adik2 saya lagi 4 org tu dpt sama berkumpul. Last kami kumpul semua raya puasa lah, lamanya. Aleesya juga dpt jumpa sepupunya, aishatul.

Skjp je masa berlalu, dah setahun anak mama. Teringat lagi time dalam pantang, aleesya dan aisyatul mmg cam twin. Kalau nangis2, sama2 nangis, tido sama2, jaga sama2. Tp aisyatul menang utk jaga smp awal pagi, kesian umi awak. Paling lewat aleesya tidur malam adalah pukul 1pg je. Alhamdulillah, senang nak jaga aleesya semasa dlm pantang. May be sbb time nak keluar dah susah, so bila keluar dia baik je sama mcm mama mengandungkan aleesya, tak de alahan dan mengidam nak makan pelik2. Mama sempat juga siapkan assignment dan skt 2010 tanpa gangguan dari aleesya :)

Hopefully aleesya cepat2 jalan ye. Dah setahun, masih menapak lagi. Cakap dah banyak, gigi dah 5 batang. Membesarlah kamu dgn sihat. Sorry darling, mama tak dapat nak exclusive bf aleesya, walaupun terpaksa topup with fm mama akan cuba untuk bf aleesya sehingga 2 tahun.

Dec 6, 2011

Happy 1st Birthday My Sweetheart

Pejam celik sekejap je masa berlalu, sudah setahun my baby aleesya membesar. Masih teringat lagi pd ketika ini, hampir jam 12 mlm doktor terpaksa memecahkan air ketuban aleesya kerana risaukan keselamatannya. Doktor mahukan saya cuba bersalin normal, ruang waktu selama 12 jam diperuntukkan dan saya tahu dgn kesakitan yg bukannya kuat itu dan kandungan masih 36w amat sukar untuk jalan terbuka. Hampir 12 jam bertarung, akhirnya 12.16tgh barulah aleesya keluar melalui pembedahan (eccms).

Happy birthday sayang, semoga hidupmu terus di bawah lindunganNya sehingga akhir hayatmu. Jadilah seorang anak yg solehah, tinggi budi bahasamu dan cerdik akalmu. Mama and papa love you so much, muahX xoxo!

Nov 11, 2011

11.11.11

Tiada yg menarik pd tarikh yg menarik ini. Hari jumaat, bekerja spt biasa. Yg menarik perhatian? Pg2 pegi HQ serah diri pd big bos, hahaah (skrg big bosses xleh dibuat main2 tau). Bukan sebab apa pun, ada hal kerja sikit. Dan hasilnya mmg tak diluluskan pun, huhu. Dah mmg silap kami pun.

Ptg masuk ofis siapkan pape yg patut hasil dr mengadap bis bos itu. Mlm kluar ngan family, pg Alamanda shj. Plan asal nk dinner kt Kajang tak jd. Usaha nak biarkan Aleesya tidur lambat mmg tak jadi lah, cian dia mata dah layu. Masuk aje keta, bf dia n terus tutup mata.

Itu shj kisah saya pada hari ini, sekian.

*hahaha, skema ayat*

Oct 16, 2011

Enjoy the weekend!!

Ho yeah! Rasanya sudah lama tak berhujung minggu di rumah. Slps raya yg penuh dgn undangan open house, then convo, outstation (me+hubby).

Semalam pegi redeem utk studio photoshoot untuk aleesya. Ptg plan nak pg big bad wolf book sales tp hari hujan, so lagi enak 3 beranak ini sambung tidur sahaja di rumah, walaupun sekejap aje hehe. Mlm hubby layan bola kt luar, me only tonton tv n aleesya haruslah tidur awal, hehe.

Hari ini pgi maeps tgk2 buku ug berkenan di hati. Haruslah buku aleesya yg byk, dgn harga yg sgt murah. Saya ni tak brp suka novel, jadi duit hanya dibazirkan utk bbrp buah buku resipi, saje je nak tambah koleksi. Biasanya resipi saya online sajo hehe.

Then jln2 ushar tmpt2 menarik, dan tidak dilupakan menjengah Tutti Frutti yg baru dibuka di putrajaya. Haruslah pegi, smlm n hari ini ada diskaun 50%, nyummy! Mkn smp lebam..hahaha.

Seronok kan kalau hari minggu selalu macam ni, haha
 

seb baik tak bape jauh, jln sikit la
mari pulang, saya sudah lapar la papa.
register for new student =)

suka duduk dalam ribuan buku
Beratur panjang nak masuk dewan

for mama n papa
aleesya punya

yummy..! muka sedih xleh mkn TF

Oct 14, 2011

Supermak is come back

Ahlhamdulillah, supermak sudah recover dr demam. Mlm td skjp2 terjaga, keadaan tidak selesa. Bgn pg, alhamdulillah sudah sihat dan boleh bekerja seperti biasa. Hanya telan panadol n minum air soya shj last nite, tak de selera nak makan.

Aleesya pun behave je dok dlm car seat pg td. Dah lama dia tak dok dlm car seat cos mama n papa pg keje sama2 skrang. (mu hubby sudah transfer keje kt kl, yeai)

Slps appoinment, pulang ofis dan rasa hati utk menghabiskan lunch hour di luar. My partner-jln2 xde kt ofis, so kluar sorang ajo to the garden. Confirmla susah dpt parking di hari jumaat, lunch time pulak tu. Nasib baik im supermak! Parking sblm exit, elok2 tepi tu. Harus ada yg marah, tp ada aku kesah? Cos yg lain pun park keta merata2, haha.

Sessi redeem voucher macchiato n italian potatoes, so this is my lunch meal..nyummy!

Oct 13, 2011

Supermak is not feeling well

Semalam seharian menghabiskan masa bersama keluarga di puncak genting, my hubby ada course di sana. Smp umah ngam2 org azan maghrib. Sblm tidur badan dah rasa lain, sengal2 urat kaki, huhu.

Bgn pg, rasa dah tak larat. Tp kena gagahkan diri jugak. Nanti siapa nak siapkan bubur aleesya.

Sampai ofis, makin tak larat, telan panadol ler. Risau jgk takut jangkit pada aleesya since im still bf her. Now melepek di surau, nak pump pun tak brp nak larat ni.

Hopefully ptg nanti akan baik, hubby ada kerja kt perak, tinggal me with aleesya sajo. Jua berharap si renik ni baik2 ajer.

baru sampai kt awana genting

Sep 10, 2011

9bulan 4hari

Finally, my bestie is come back.

Info:

Awal atau lambat datang bulan (period) seseorg ibu lps bersalin bergantung kpd tahap hormon badan seseorang itu. Bila hormon dah stabil selepas melahirkan anak, maka period akan dtg semula spt sedia kala. Ada yg dl pantang period dah dtg, ada yg smp 2 ahun period tak dtg dan ada yg terus mengandung next baby tanpa sempat period dtg.

Adakah pengeluaran susu akan berkurangan, cos my bf dtg on wkend hanya df to aleesya, this coming monday kita tgk productionnya jer, huhu.

Mujur juga sempat puasa penuh lagi thn ni, puasa sunat utk minggu dpn terpaksa ditangguhkan, hehehe *alasan kukuh, boleh pg open house/office lagi*

P/s: patutla selera makan melampau2 semalam dan hari ini.

Aug 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H & Salam Kemerdekaan ke54

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin daripada kami sekeluarga


Dan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


P/S: tahun ini beraya di terengganu lagi, meriahlah rumah tok ma n tok ki dgn kehadiran 2 cucu baru. Minggu lepas kami sempat pulang ke perlis jap, menziarahi tok n ayah mertuaku di sana.

Aug 25, 2011

Free style

Sekarang, my lil girl sudah mempunyai hobi baru, pelbagai style dan pesen dibuat sewaktu bf, huhuhu. Terlentang, tertonggeng sume asa, adeh sakit la mama syg..sgt cute dowh hehehe

Aug 9, 2011

Puasa Day 9

Saya teringat-ingat dan terliur ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
image googled
BUBUR LAMBUK TERENGGANU


p/s: sabar sabar =p


Jul 16, 2011

Aleesya With Aunty Farah

Mama n papa ada kerja on saturday, aleesya kena tinggal ngan aunty farah. baik je dia =)

Ptg, mama n aleesya anta papa kt kl sentral, seb baik aleesya behave je all the way from kl-putrajaya. smp rumah, lps mandi n dinner, aleesya tidur awal setelah seharian main2 ngan aunty farah dan kwn2 baru kt umah aunty.


we are gonna miss papa..


 

Jun 30, 2011

Doa Ibu Menyusukan bayi

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast dan  doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Juga amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah. InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas.

Jun 6, 2011

Happy 6 Month Old, My Darling

Aleesya 6 bulan, mama bawak pegi check up n injection. Hanya mama n aleesya sahaja, papa keje lah sayang. Alhamdulillah, aleesya tak buat perangai, time inject pun menjerit sikit je time nurse cucuk, good girl lah anak mama ni =) Berat pun dah naik 500g lagi, satu pencapaian yg baik. BS pun ckp aleesya semakin bambam. Bulan dpn kena pegi check up jugak lg, nurse monitor n nak tgk pertambahan berat badan aleesya.

Mama dah try bagi makan bubur sikit hari sabtu dan ahad (hari cuti lah nak bergumbira bersama dia, papa ada keje). Kiranya aleesya start makan 2 hari sblm 6 bulan la, kalau nak bg betul2 hari ke 6 bulan, mama work la syg, xdapek nak bg makan aleesya sendiri =) Nampak seronok anak mama makan. Nanti boleh cuba menu lain lagi ye sayang.


Jun 2, 2011

Cara-cara Menyediakan Bubur Nasi dan Puree

Copy paste resipi utk baby from KIM. Senang sebagai rujukan.

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah... - saya lebih suka stim, khasiat sayur/buah tak hilang
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot (blend dgn blender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (bg ikan mase baby umur 8 bulan)

    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
  •  
2. Bila sayur/buah dah lembut, blendkan asing2. Cuma tambahkan sedikit air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Nasi banyak karbohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Beras perang disarankan kerana tak ade kanji, baby pun senang nak poo-poo. Boleh campur kurma or kismis, bg rasa. Tp jgn cmpur dengan madu cos madu tidak elok bagi baby umur bwh 12 bulan.

4.Masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan, boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.

CARA BUAT PUREE NASI / BERAS PERANG / OAT:

1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2. Then, bila perut baby dah boleh terima solid food, campur dengan vege (list di atas untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk 4 hari -seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima @ sebarang alergi) - guna 4 days rule, tp saya guna 3 days shj =)

3. Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dalam slow cooker sekali dgn beras..masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke.

6. Nak simpan dalam freezer simpan dlm bekas kecil2 , and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe

---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)

---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...

---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...

Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln  
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..
  •  

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


CUBALAH ALL MOMMIES... SEDAP TAU...!!!

Baik Buruk Pacifier

Ada orang cakap kalau bagi baby puting nanti gigi jongang. Mak saya kata dulu2 time anak2nya kecil pun dibagi puting tak de pun yang jongang, hahahah...

Dari awal saya plan tak nak bagi baby aleesya puting, mmg takut giginya jongang besar2 nanti, nauzubillah mintak dijauhkan. Tp tak tahan kalau dia asyik nak bertempek ngan mama jer sampai tak leh buat keje rumah yang lain, nak2 kalau sebelum tidur malam. kalau dilepasnya nangis la blk, so jln penyelesaiannya diberi puting. Nanti bila dia dah lena akan tertanggal sendiri =)
Kalau tinggal kat BS pun kena ada puting jugak, bagi dia lena tidur dan tak nak nyusahkan BS.

Aleesya pun bukan nak sangat puting tu, pada awal2 time dia masih dalam pantang cuba gak bagi puting avent yg free beli newborn set tu, sampai sudah dia tak mahu, may b puting yg color transparent tu agak keras then bagi puting nuk yang agak lembut baru dia boleh sikit2, tu pun siap termuntah dan tolak2 lagi dgn lidahnya. Sekarang, kadang2 siap digigit2 pemegang puting, bukannya hisap puting betul2 pun, gatal gusi agaknya. Dan kami berharap aleesya tak bergantung dengan puting sampai besar.
Artikel daripada seorang doktor berkenaan pacifier

aleesya dan putingnya

Jun 1, 2011

Are You Ready For Solid Food?

Tak lama lagi Aleesya dah masuk enam bulan, mama is eksaited nak bagi dia makan solid food. Insya Allah mama akan cuba buat yang terbaik utnuk sediakan sendiri makanan untuk Aleesya bawa bekal ke rumah pengasuh.



Lagi, lagi info.
Here are a few 'signs' that may indicate your baby is reacy for solid foods.
  • Loss of tongue-thrust reflex - This allows baby to drink and swallow liquids with ease; with the tongue-thrust reflex still present, baby may simply drink in liquid purees or push the food back out. According to Dr. Jim Sears, in the first four months the tongue thrust reflex protects the infant against choking. When any unusual substance is placed on the tongue, it automatically protrudes outward rather than back. Between four and six months this reflex gradually diminishes, and that glob of cereal actually may have a chance of making it from the tongue to the tummy!
  • Ability to let you know she is full from a "meal" with signs such as turning away from the bottle or breast. This is important so that baby is able to self-regulate the amount of food being eaten. This helps stop baby from accidentally overeating as parents may continue to feed baby thinking that she is still hungry. 
  • Ability to sit up and hold head up unassisted 
  • Interest in your food (I tend to disagree with this one as when a baby reaches the age of 4-6 months, he is interested in putting everything in his mouth.) 
  • Doubling of birth weight 
  • Frequently waking in the middle of the night when a solid sleeping pattern had been established. This may not be the best indicator that your baby is ready for solids. Please keep in mind that a growth spurt will occur between 3-4 months of age, 6-7 months of age and also 9-10 months of age. Your baby may also be waking due to an illness or teething.

May 21, 2011

Persediaan Solid Food Untuk Bayi

Copy paste daripada Internet

  1. Makanan pelengkap yang baik haruslah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi terutamanya makanan yang kaya dengan zat seperti protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Ini boleh dilakukan dengan merujuk kepada Piramid Panduan Makanan Malaysia yang menerangkan kepentingan serta keseimbangan kumpulan makanan dalam corak pemakanan harian. Makanan seperti daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu harus diberi dengan kerap.
  2. Sumber makanan daripada haiwan seperti daging, ayam, ikan dan telur harus diberi setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan daripada memberi putih telur kepada bayi untuk mengelakkan kemungkinan terjadinya reaksi alahan.
  3. Susu dan produk tenusu merupakan sumber makanan yang kaya dengan kalsium serta membekalkan nutrien – nutrien penting lain untuk tahun pertama selepas lahir.
  4. Tambahkan pelbagai buah-buahan ke dalam diet harian bayi terutamanya buah dan sayur yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C.

Kesediaan bayi untuk mengambil makanan pelengkap

Apabila bayi menjangkau umur 6 bulan ke atas, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  1. Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri.
  2. Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi.
  3. Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut.
  4. Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut.
  5. Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut.
  6. Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu.
Walau bagaimanapun, jika bayi yang berumur 4 – 6 bulan tidak mengalami pertambahan berat badan selepas semua usaha memperbaiki cara penyusuan telah dilakukan, makanan pelengkap haruslah diperkenalkan.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi awal, iaitu sebelum berumur 6 bulan

  1. Bayi mungkin tidak mahu meneruskan penyusuan atau minum susu kerana kenyang.
  2. Kerosakan fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan akibat fungsi organ yang tidak matang.
  3. Berisiko terhadap sebarang jangkitan, alahan dan cirit – birit.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi lewat daripada umur 6 bulan

  1. Bayi susah atau lambat menyesuaikan diri terhadap makanan baru.
  2. Proses tumbesaran mungkin terganggu.
  3. Boleh menyebabkan kekurangan nutrien.

Bagaimana menyediakan makanan pelengkap untuk bayi?

  1. Makanan pelengkap disediakan dengan pelbagai cara mengikut umur bayi. Setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan dan kemampuan yang berbeza – beza.
  2. Sediakan makanan yang berbeza dari segi teksturnya mengikut umur:
      • Bayi yang berumur 6 – 8 bulan harus diberi makanan yang berbentuk puri, dilenyek dan makanan separa pepejal.
      • Bayi 9 – 11 bulan harus diberi makanan yang dipotong halus. Apabila bayi mampu mengawal pergerakan jari-jemarinya sendiri, makanan jejari (ketulan kecil makanan yang boleh dipegang dengan mudah) seperti biskut lembut dan buah, boleh diberikan.
      • Pada umur 12 bulan, makanan yang dimakan oleh keluarga boleh diberikan.
  3. Gunakan perkakasan yang berasingan untuk penyediaan makanan bayi (contoh: pengisar, penapis). Ini kerana peralatan yang biasa digunakan mungkin tercemar dengan karat dan makanan dewasa yang tidak sesuai untuk bayi. Jika membeli perkakasan berasingan adalah tidak praktikal, pastikan semua perkakasan telah dicuci dan dikeringkan sebelum digunakan untuk penyediaan makanan bayi.
  4. Kebersihan diri, perkakas dapur serta makanan harus dipastikan pada setiap peringkat penyediaan makanan dan sewaktu menyuap bayi.
  5. Tangan penjaga hendaklah dicuci dengan bersih sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi juga perlu dicuci dengan bersih sebelum makan.

Bagaimana menyediakan puri buah-buahan/sayuran ?

  1. Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
  2. Kupas, buang empulur / biji dan potong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
  3. Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
  4. Kisar, lenyek atau parut buah/sayur.
  5. Campurkan dengan susu atau susu ibu untuk menjadikannya lembut dan cair.

Bagaimana untuk melenyek ?

  1. Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
  2. Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
  3. Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
  4. Letakkan buah / sayur di dalam mangkuk dan lenyekkan dengan menggunakan alat pelenyek dapur.
    (jika tiada alat pelenyek, gunakan garfu sebagai ganti)
Nota : Tambahkan pelbagai jenis buah-buahan ke dalam diet bayi. Buah-buahan dan sayuran lain yang boleh dijadikan puri atau dilenyek adalah seperti:
  • Buah-buahan – Epal, pir, betik, pisang, tembikai susu, mangga, tembikai.
  • Sayuran – Ubi kentang, ubi keledek, lobak merah, kacang pis, bunga kubis, labu, kacang buncis.

Bagaimana membuat jus buah ?

  1. Bersihkan buah menggunakan air bersih yang mengalir.
  2. Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
  3. Buah yang mempunyai kulit yang boleh dimakan (contoh epal) tidak perlu dikupas, kerana bahagian kulit mengandungi nutrien berkhasiat.
  4. Tambahkan lebih kurang 30ml (1/2 cawan) air dan potongan buah ke dalam mesin pengisar.
  5. Jika mengisar buah yang lembut (contoh tembikai), tidak perlu ditambahkan air.
  6. Tapis jus menggunakan penapis (tekan hampas buah dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus).
  7. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.

Bagaimana membuat jus sayur-sayuran ?

  1. Basuh sayur menggunakan air bersih yang mengalir dan letak ke dalam bekas yang bersih.
  2. Tambah 150 ml (2/3 cawan) air dan rebus lebih kurang tiga minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
  3. Tapis jus menggunakan alat tapisan (tekan sayur yang telah direbus dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus)
  4. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.

Bagaimana menyediakan stok (untuk digunakan dalam resipi masakan)

  1. Buang lemak, kulit dan darah beku pada tulang ayam. Basuh sebersih-bersihnya. Rebus tulang ayam di dalam 1 liter (4 cawan) air. Setelah mendidih, perlahankan api dan didihkan untuk 30 minit. Asingkan dan sejukkan stok di dalam peti sejuk untuk semalaman.
  2. Buang lapisan lemak yang terdapat pada permukaan stok yang  telah disejukkan. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dan dibekukan untuk sebulan.

May 5, 2011

Air Masak Untuk Bayi

Ini?




Atau ini?





Say NO NO NO...

Hanya memberi susu ibu atau susu formula sudah mencukup kepada bayi sehingga bayi berusia enam bulan.


Copy paste dr Internet
Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum air. Minum air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.
Pakar perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.
"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.
Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan. Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.
Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.
Elakkan daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi. Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.
 
Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.
Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."
Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.
"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.
 
Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.
 
Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.
Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

Apr 23, 2011

Tahun Bekerja

Every year, on my very special day iaitu my birthday adalah hari cuti umum bagi diri sendiri. Means, setiap kali my birthday, saya akan ambil cuti (kalau jatuh on weekdays), kira reward utk diri sendiri yang tidak akan bekerja pada 22 April, hehe.

Tp pd thn ini, dalam sejarah diri sendiri kerana terpaksa bekerja (berkursus dgn lebih tepat lg) pd tarikh itu. Mmg tak dapar dielakkan, awal2 lg mmg dah plan utk cuti tp keje dtg last minute n tak boleh tolak, huhu. Kena pergi Kuala Selangor 22-24 April. Nasib baik suami dan anak tersayang ikut sekali. Hanya celebrate birthday bersama yang tersayang kat ikan bakar Jeram, kebetulan program di area sana.

Apr 15, 2011

Saturday is Coming

yeai!....

esok sabtu aleesya boleh jumpa papa. mesti papa terkejut tgk aleesya bertambah besar,hehe.. dan kami boleh pulang ke rumah menghabiskan hujung minggu bersama-sama. Lama nya tinggalkan rumah.


Apr 8, 2011

Power Pumping


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Credit to fb #KIM.



p/s: saya pun ada buat pp di mlm hari, tapi tak selalu lah *ngantuk+direct bf aleesya then co-sleeping terus ngan dia =)* mmg akan menunjukkan hasil walaupun tak sgt semeriah ibu2 lain yg boleh dpt 10-20oz per session.

Semua Ibu Mahu Berikan Yang Terbaik Buat Anaknya

Kejam kah mama?

Seminggu kat rumah suja, 4 hari masih mampu tampung ebm aleesya tp hari ni sudah tak cukup. Kebetulan bibik pun blk kg hari ni, nasib baik tok ma datang weekend nak tgk aleesya dan jadi bs jap. Thanx ma ;)

Hari ni mama bekalkan 2 botol shj ebm, tok ma pun top up susu similac pada aleesya. Sorry ye sayang. May b mama penat ulang alik sg buloh-kl dan jadual masa mengepam yang sudah tak menentu, malam2 pun mama tak larat nak bgn sayang. Hasilnya sangat merudum, huhu. Mama jenis yang kurang susu kot, walaupun dah amik supplement dan makan/minum milk booster, hasilnya tetap tak semeriah ibu2 lain yang boleh dapat 2 botol penuh sekali sesi. Walaubagaimanapun mama tetap akan berusaha untuk memberikan yg terbaik buat sayang mama.

Hopefully syg boleh minum susu similac, kalau sebelum ni susu snow aleesya banyak muntah, ari tu bs try bagi skali similac kt aleesya tak de muntah. Anak mama kena kuat. Tak sabar nak tunggu pulang ke rumah dan kembali seperti biasa. Mama nak power pumping dan byk pump bg up balik susu aleesya.

ya Allah, permudahkan lah urusan hambamu ini.

Apr 6, 2011

Four Month

Aleesya sudah empat bulan, sepatutnya mama bawa pegi check up ari ni tp sbb papa tak de n dok kt rumah suja, so mama dah call KKP mtk tunda lagi dua minggu (tunggu papa pulang).


Copy paste pasal proses tumbesaran baby di usia 4 bulan. 

Feeding less frequently

As your baby reaches four months, his stomach has grown bigger so he doesn't need to feed so often -- just four or five times a day. But he'll still gain weight -- his need to feed just tapers off as he gets older, becoming more like that of older children and adults.


Now his attention will start to gravitate toward other people and things during mealtimes, and though it's exciting to see him aware of and responsive to new things, feedings can get difficult. If your baby is easily distracted, try feeding him somewhere quiet for a while.

A new talent for rolling over

When placed on his stomach, your baby will lift his head and shoulders high, using his arms for support. This mini push-up helps him strengthen his muscles and get a better view of what's going on. He may even amaze you (and himself!) by rolling over from his back to his front, or vice versa. You can encourage this through play: wiggle a toy next to the side he customarily rolls to in case he's interested enough to try again. Applaud his efforts and smile; he may need your reassurance since new actions can be frightening.

Time for solid foods?

For the first four to six months of life your baby gets all the nutrients he needs from breastmilk or formula milk. Still, parents are often eager to start their babies on solid foods. Talk to your doctor before trying yours on solids.


You can begin feeding your baby some solids (meaning mushy foods such as pureed baby food or baby cereal) now that his digestive tract is more developed and his tongue-thrust reflex is starting to fade, but many doctors encourage parents to wait until their baby is six months old. Not rushing onto solids can cut down on allergic reactions and ensures that breastmilk and formula won't get crowded out of your baby's diet.

Reaching out and mouthing objects

Your baby is now able to reach out and grab an object, even though he often misses his mark on the first try. Once he wraps his hands around something, he'll study it for a moment and then try to put it in his mouth. You may also notice a lot more dribbling now. Some babies can start teething as early as four months, but the first tooth usually doesn't surface until five to six months.


Encourage your baby to explore and play with a variety of objects. For instance, a clean cloth nappy will occupy your baby for a few minutes. Watch him suck on it, hold it, and discover what happens when he scrunches it up. Give him a light rattle and watch him delight in the sound it makes when he shakes it. An activity centre or cradle gym is a good choice for this stage, as your baby begins to discover the cause and effect of moving a lever and hearing a bell ring, for instance.

Able to play alone now

By now, your baby can play with his hands and feet for a few minutes at a time. A miracle! Suddenly you realise it's strangely quiet in the bedroom so you look in, only to discover that your baby, who so far has needed your attention for most of every waking moment, is amusing himself. Now maybe you can start reading the paper again.

Beginning to understand the role of language

Researchers believe that by four months, your baby understands all the basic sounds that make up his native language. Between four and six months, he develops the ability to make some vocal sounds, such as "ma-ma" or "da-da." He doesn't yet connect that sound with a parent, though.


By now, he's also able to participate in back-and-forth imitation games -- you say "boo," and he'll try to say it back. You can promote your child's sense of communication through imitating his faces and sounds -- "mirroring" him. Because you react when he makes noises and tries to say something, your baby learns the importance of language and starts to understand cause and effect. He'll begin to realise that what he says makes a difference.

Appreciation for a full range of colours

Babies see colour from birth, but they have difficulty distinguishing similar tones such as red and orange. As a result they often prefer black and white or high-contrast colours. Between your baby's second and fourth months, colour differences become clearer, and your baby starts to distinguish similar shades. Your baby will probably begin to show a preference for bright primary colours now. Some great eye-catchers include primary-coloured mobiles (hung out of his reach), bright posters and visually striking board books.

Getting more selective about people

By four months, your baby may respond to your presence, your voice and even your facial expressions by kicking and waving his arms.


About now, your child, who to this point probably bestowed smiles on everyone he met, is beginning to be choosy about the company he keeps. In large groups or with unfamiliar people he may need time to get comfortable. Allow for transition time with strangers or when leaving your baby with a babysitter. You may also notice that when he's safely in your arms he's interested in interacting with other people -- especially noisy, boisterous older children.

Is my baby developing normally?

Remember, each baby is unique and meets social milestones at his own pace. These are simply guidelines to what your baby has the potential to accomplish -- if not right now, then shortly.


And if your baby was born prematurely, you'll probably find that he'll need time before he can do the same things as other children his age. Don't worry. Most doctors assess a premature child's development from the time he should have been born and evaluate his skills accordingly.

Apr 4, 2011

Dua Minggu Tanpamu

aleesya dan mama kena tinggal, papa out station 4 2 weeks...family suh dok kat umah my aunty (suja) ajer, owh penatla nti mama berulang alik kl-sg buloh, janji aleesya dpt penjagaan yg terbaik n tak pyh kena ulang alik jgk berdua dgn mama..

we are gonna miss papa =)

c u on 17th, muahX

Mar 24, 2011

Aleesya Pun Nak Belajar

Kelmarin Aleesya ikut saya datang ofis, BS nya ada keje jap. Nasib baik dia tak buat hal, baik je dok tengok mama buat keje. Dalam pukul 10pg BS dia dtg ambil Aleesya kt ofis.

Hari ni Aleesya ikut mama dan papa datang kelas. Kelas kami bukan di akademi seperti kebiasaan, kali ni diadakan di nilai (kem klia). Nasib baik kelas satu hari je, sem last ni satu subject je lagi + project paper. Kami gerak dlm tengahari, kelas petang, Aleesya mama tinggalkan kejap, ada org jaga. Seronok Aleesya dok kt bilik puan pengetua n bilik tamu. Thanx puan pengetua n staffs. Kelas malam, papa n mama bertukar2 jaga Aleesya dan masuk kelas. Kawan mama siap suh bwk je Aleesya masuk kelas, xpe lecturer tak marah, Ye ke? hehe...teringat kat cerita adik ke apa yg dulu2 bawak baby masuk kolej.

Malam, kelas abis dlm kul 10++, kami terus pulang ke rumah. Alhamdulillah, Aleesya tak byk kerenah. Dia faham mama n papa dia nak belajar lagi =)

Mar 22, 2011

Pelupa

Semasa dalam pantang sudah menyedari satu dua perkara saya mudah lupa di antaranya, lupa dh mkn ubat ke belum, byk sgt ubat yg nak dimakan, hehe...lagi, lupa barang itu barang ini letak di mana. Cth: lupa baju aleesya letak kat mana, rasanya saya sudah masukkan bajunya bersama2 pampers yg hendak dibuang ke dalam tong sampah. Erk? Lupa kt mana saya letak kad pengenalan, bila dicari rupanya telah diletakkan di dalam pumping bag, setelah digunakan semasa nak check-in kat airport ari tu. Lupa mana letak kad touch n go juga lupa dimana saya letakkan kunci kereta, aiyoh..!

Lupa nak buat itu dan ini. Yang paling besar dan terkini last week. Boleh pulak lupa bawak laptop dtg ofis, patutla hari tu beg rasa ringan jer. Kesudahannya guna pc ofis. Uish, mmg ibu yang melahirkan anak ni akan kehilangan salah satu urat berkenaan ingatan kah? hahaha....harus kena makan byk kismis ni untuk menguatkan lagi ingatkan saya.

Mar 20, 2011

air longan

Ramai yg cakap air longan/mata kucing boleh membanyakkan susu ibu. Kalau nk senang, beli je air tin f&n seasons perasa longan & kurma merah. Tapi tak elok minum byk2 sbb minuman tin ni mengandungi perasa dan gula yg berlebihan so baik kita buat sendiri air longan di rumah.

Cara menyediakannya juga mudah, senang seperti abc aje =)

Beli longan kering dan kurma merah kat kedai cina jual herba (sheng shei), Giant/Tesco/Carrefour. Dia ada kt bahagian buah2 kering dan kekacang. Ada dah jual siap2 dalam peket kecil ikut gram. Kalau tak letak kurma merah pun tak pe.

Cara nak sediakannya: mula2 basuh longan dan kurma tersebut bersih2 kemudian rebuskan bersama air di atas dapur. Letakkan gula batu dan gula pasir secukupnya, boleh juga kalau nak letak gula merah. Rebus sampai mendidih dan kembang. Angkat, sejukkan dan boleh diminum.

Mudah kan? so apa tunggu lagi, mari kita buat sendiri di rumah. Longan bagus untuk sejukkan badan juga.  Khasiat lain boleh kebahkan demam, menambah nafsu makan & mencegah anemia. Buah longan mengandung zat besi, magnesium, fosfor, potassium, vitamin A dan C, tiamin, kalsium, serat, protein.

 

Mar 18, 2011

Penyusuan Hak Bayi

Sekadar perkongsian bersama


1) Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya : " Penyusuan merupakan hak seorang bayi seperti mana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya. "

2) Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Surah Al-Baqarah 2 : 233
Maksudnya : “…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut
cara yang sepatutnya…” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

3) Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.

4) Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-radha'ah.

5) Al-Radha'ah ( الر ضاعة ) merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan  menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu.

6) Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:
  • a. Bayi;
  • b. Ibu yang menyusu; dan
  • c. Kaedah penyusuan.
7) Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
Surah Al-Baqarah 2 : 233
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

8) Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.

9) Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.

10) Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.

HUKUM PERTALIAN DISEBABKAN PENYUSUAN

11) Isu-isu syariah utama yang sering dikaitkan dengan hukum penyusuan adalah seperti berikut:
  • a. Tanggungjawab memberi nafkah oleh seseorang bapa;
  • b. Tanggungjawab seseorang ibu menyusukan bayi;
  • c. Hubungan pertalian yang diharamkan berkahwin;
  • d. Penubuhan bank susu.
12) Walau bagaimanapun, skop perbincangan difokuskan kepada hubungan pertalian kekeluargaan kesan daripada hukum penyusuan. Hukum pertalian ini menatijahkan bayi tersebut tidak boleh berkahwin dengan ibu yang menyusuinya serta ahli keluarga tertentu daripada ibu tersebut. Pihak-pihak yang diharamkan berkahwin dengannya akan diterangkan pada perkara 18.

13) Untuk mencapai tahap pertalian kekeluargaan antara bayi dan wanita yang menyusukannya, terdapat beberapa syarat berdasarkan kepada tiga aspek berikut perlu dipenuhi:
  • a. Bayi;
  • b. Wanita yang menyusukan; dan
  • c. Kaedah penyusuan.
14) Syarat yang berkaitan dengan bayi adalah seperti berikut:
  • a. Umur bayi tidak melebihi dua tahun;
  • b. Tidak disyaratkan bayi tersebut beragama Islam memandangkan tiada nas yang melarang seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam. Namun begitu, perlu ditekankan penyusuan tidak mengubah agama seseorang. Syeikh Attiyyah Saqar menjelaskan bayi akan kekal dalam agamanya dan begitulah sebaliknya. 
  • c. Tidak disyaratkan juga identiti ibu bapa bayi tersebut diketahui. Bagi bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka lebih mudah diuruskan. Ayat 233 daripada surah al-Baqarah telah menyebutkan, jika ibu kandung tidak mampu menyusukan bayinya, dia boleh mengupah orang lain untuk menyusukannya. Daripada umumnya lafaz yang digunakan dalam al-Quran, ia menunjukkan tiada halangan untuk menyusukan bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka walaupun mereka adalah anak-anak yang terbiar.

15) Syarat yang berkaitan dengan ibu yang menyusukan adalah seperti berikut:
  • a. Seorang wanita anak adam. Tidak terkesan hukum pertalian kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak adam, seseorang lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli.
  • b. Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan.
  • c. Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin atau tidak, atau telah menopaus atau belum.
  • d. Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sifat ihsan.Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini. 
  • e. Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.

16) Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:
  • a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.
  • b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.
  • c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.
17) Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
Maksudnya :  " Diharamkan (perkhawinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan. "

18) Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan:
  • a. Wanita yang menyusukannya;
  • b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  • c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  • d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  • e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  • f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  • g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  • h. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.

Mar 16, 2011

100 hari

lil aleesya dah boleh sebut "ma..."

Mar 14, 2011

PETUA MEMBANYAKKAN SUSU BADAN:

Info diperoleh dari kawan KIM, FB, intan..

Petua untuk memperbanyakkan susu ibu:

1) Makanan:

Lobak putih
Ikan (semua jenis ikan ikan yu)
Ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pegaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta

2) Minuman:

air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan buahan (betik/honeydew)
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba

3) supplement yang boleh diambil:

omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

4)  Urutan:

- sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas ke bahagian puting....kanan dan juga kiri
- cuci dengan berus gigi puting takut tersumbat liang2 di puting susu 
- kalau sblm mengepam, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)

5) Masa pengepaman:

- cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali - mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby hisap boleh membanya kkan pengeluaran susu juga
- bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
- minum air suam sebelum dan selepas mengepam
- jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering, jgn minum teh/nescafe

6) Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)

7) Cara-cara Lain:

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast menggunakan sikat
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) doa
12) tawakkal

**walau bagaimanapun milk booster ni terpulang kpd ibu2 itu sendiri, lain org lain jugak milk booster nya..list di atas adalah di antara yg boleh membanyakkan susu ibu, so mari kita try n error dan dapatlah hasilnya hehhe

Mar 8, 2011

Perkembangan Bayi Tiga Bulan

tak sabar nak tengok perkembangan lil aleesya di usia tiga bulan:

1. Menegakkan kepalanya dengan stabil 

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

2. Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

3. Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibu bapa yang dahulunya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

4. Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

5. Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menyanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).

6. Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya untuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

7. Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

8. Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk “menerima”, serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

9. Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Mar 6, 2011

Lil Aleesya 3 Months

Hari ni genap aleesya tiga bulan, siang td celebrate birthday ke 3 bulan, sama dgn birthday mak teh yg ke 25. Kebetulan mak teh ada di kl, terus jumpa di rumah suja cos saya dan suami terpaksa meninggalkan aleesya di rumah suja kerana saya ada kursus 3 hari di melaka. Sepatutnya esok kena bawa lil aleesya pergi klinik ambil injection untuk tiga bulan, tp kena tunggu saya abis kerja dulu lah.

Ini adalah kali kedua mama tinggalkan aleesya,kali ni tinggal kt umah suja bersama bibiknya. 7 mac adalah hari pertama saya kembali bekerja setelah bercuti 90 hari dan saya kena mengikuti kursus di melaka pada 7 - 9 mac,  plan nak mintak excuse tp tak best pulak baru masuk keje dah nk mintak excuse, kang apa lak orang kata. Walaupun saya breasfeeding, itu tak bermakna baby saya tak dapat nak menyusu badan, saya kan dah buat stok selama bercuti so inilah masanya nak gunakan stok ebm tersebut. (tapi masih ada gak sedikit kerisauan if stok ebm saya tak cukup buat si kecil aleesya)

Selepas hantar aleesya, kami pulang ke rumah jap hantar suami dan saya meneruskan perjalanan ke melaka. Alhamdulillah, tak sesat, hehe..kali kedua saya sampai di sini, first time dtg time my birthday last year, ikut suami yg ada kerja kt tempat ni juga. Masa tu juga saya baru nak disahkan mengandung, masih ingat payahnya nak cari makanan yang  best kat sini (awal preggy,saya cerewet dlm memilih makanan dan masakan). Tempat tinggal dan makanan yg disedikan hanya so so sahaja, mmg tak best! Nama tempat je yg menarik huh! Program hanya pagi hingga petang sahaja, bukan macam kursus lain yg sampai malam, so mlm free alhamdulillah waktu untuk berehat. Tak de nak g jalan mana kot, kat sini pun bukan ada apa pun. Lambatnya rabu....

mama miss aleesya, n also papa =)

happy bitrhday to izzaty
lil aleesya dah nak tidur
mama, lil aleesya n cikgu (kwn mak teh)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...