Jan 10, 2011

Berpantang 44 Hari ke 40?

My sister sudah abis pantang 40 hari. Hari tu dia tanya jugak mak kena pantang 40@44 hari dan dia memandai jer pilih nak sampai 40 hari. Saya lak suka2 cakap kena pantang 100 hari la weh, hahaha...

Tentu ramai di antara kita yang tidak tahu dan tidak pasti mengapa tradisi berpantang selama 44 hari selepas bersalin diamalkan masyarakat Melayu.  Sebenarnya ada rahsia di sebalik angka 44 dari sudut ilmu dan tradisi Melayu.

Menurut  buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakbah,2007:196), Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44. Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin.
Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.
Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.
Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib. Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.
Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.
p/s: tak sabar nak tunggu hari ke 45, saya akan abiskan berpantang kali ni 44 hari, tetapi bagi hal2 yg tertentu akan cuba berpantang 100 hari (minum ais, mkn pedas, bergoreng dsb). Yerla, kata bersalin czer so harus berhati2, tak tahu kat dalam tu macam mana kan. Lgpun bolehlah sambil2 menguruskan badan balik, hehe..

2 comments:

  1. Salam Diana...

    Kalau dari pembacaaan akak tentang pantang ini, isteri nabi dan sahabat-sahabat Nabi berpantang 44 hari dan mereka amalkan minum susu kambing yg banyak khasiat dan bykkan susu juga tapi akak rasa benda ni semua terpulag kpd kita, kita yang tahu bagaimana tahap kesihatan kita, kan?

    Untuk pengetahuan Diana, newborn selalunya akan menyusu setiap 2 jam sekali atau mengikut demand dia. Demand bayi akan berubah-ubah jadi jangan risau kalau bayi kerap 'mengempeng'. Diana harus tahu pengambilan suplemen adalah untuk memperbaiki taraf kesihatan kita dan bukan semata2 kita hendak perbanyakkan susu. Susu akan banyak apabila kekerapan direct feeding ataupun mengepam. Kurang rangsangan makan kurang penghasilan. Seterusnya bila ibu sustained, sihat, ceria, tenang makan penghasilan susu selancar mood si ibu. Kuantiti akan datang kemudian, jangan risau. Di samping itu ia akan memperkayakan lagi nutrisi susu kita di samping amalkan pemakanan seimbang.

    Boleh pam selepas menyusukan bayi walaupun kita mungkin perolehi 1oz. Untuk permulaan mmg ibu sukar nak menyesuaikan diri tapi lama-kelamaan nanti ibu akan biasa. Kerapkan mengepam waktu malam kerana waktu itu susu kita lebih lemak. Mengepam selepas menyusu adalah untuk rangsang lagi aliran susu, jangan risau Insyaallah Diana boleh buat stok nanti. Good luck!

    ReplyDelete
  2. kak.. sy dah follow n link blog akk.. leh kongsi about ibu2 ni.. nnt akk buat jgak yer... maceh..
    rizaros.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...