Jan 31, 2011

BF After C-sec

Tips untuk bf anak jika bersalin secara czer..
  1. Get the baby into a good position. You may need help from a nurse or family member if you are still groggy or numb. Position the baby so he doesn't put pressure on the incision, either by tucking him under your arm like a watermelon or by lying on your side with his tummy facing yours. Use a nursing pilow or a few regular pillows to support him. Place your closest arm along his back and support his head and neck with your hand. Be prepared to use your arm to pull him close onto the nipple. ~~nurse HPJ dan ibu sangat membantu, thank you =)
  2. Make sure the baby's latch is good. A good latch will prevent many other problems, including sore nipples. With the opposite hand, tickle his lips so he opens his mouth wide for your nipple (this is a reflex). At that instant of his mouth opening, pull him directly onto the nipple by drawing your arm toward your body. This may take a few tries; you want to get as much of the breast tissue behind the nipple as possible into his mouth. That area, called the areola, houses a reservoir where milk drains out of the ducts and pools. Baby needs to compress this area, not the actual nipple.~~mula2 mmg sakit, terasa perit smp ke bghn perut. nipple siap luka tp lama2 it will be ok. cepat mengecutkan rahim
  3. Let the baby nurse as long as he wants, as often as he wants. Switch sides occasionally to increase milk production. If possible, eat your meals and drink your beverages while the baby is nursing so you don't delay your meals. Get help from family if you are too sore or weak to sit up for meals.~~awal2 bagus bykkan bf baby utk elakkan kuning
  4. Be sure to request pain medication and any comfort measures before you are in too much pain. Don't be a martyr! Pain relief can be a very good thing in the first few days after a C-section.~~hospital akan bagi ubat tahan sakit.
  5. Come home from the hospital. Have your family set up an area for baby care near a comfortable place for you. A straight-backed chair with pillows for support and a footstool to elevate your feet will help you get into position. Do diaper changes and clothing changes near your resting/nursing spot so as to conserve energy. A bassinet and basket of diaper supplies nearby make life easier.~~saya tak tidur atas katil yg mana tilamnya sangat empuk, hehehe.
  6. Have plenty of beverages and healthy snacks available close by. Eating well and staying hydrated will help you recover faster. Take any medications and vitamins recommended or prescribed by your doctor. Eat plenty of fruits and vegetables to prevent constipation.~~mesti minum air masak, sebelum dan selepas bf. Makan juga tak boleh miss.
  7. Rest as much as possible and take naps when the baby is asleep. You may even find that you can get a little sleep while the baby nurses, if you are sitting up and have family nearby to watch him closely. Do not sleep with the baby if you are heavily sedated from pan medication, however.~~kalau tak mengantuk, time baby tidur mama akan layan internet =)
  8. Stay clean and comfortable. Have several clean, loose-fitting shirts available for wardrobe changes. Stretchy, loose-fitting shirts and sleep or night nursing bras will make you more comfortable.~~uniform:tshirt dan kain batik yg selalu nak tertanggal ikatan, bila pakai long pant mak bising2, hehe..
  9. Avoid severe engorgement when your milk comes in by allowing baby to nurse for as often and as long as he wants. He will probably enjoy your milk immensely and need little encouragement!~~direct bf jer
  10. Treat any breast engorgement by nursing, then placing cool compresses on the just-nursed breast. You can use moist, refrigerated towels or cold packs - just don't leave them on for more than ten minutes at a time, and don't put anything frozen directly on your skin.~~ada org cakap boleh guna kobis, tp saya tak pernah cuba
  11. Avoid sore nipples by changing out nursing pads frequently. Moisture against the nipple can cause very bad things to happen! Change any wet clothing, including bras, as soon as possible.~~disposable breast pad sangat membantu
  12. Keep yourself entertained while you are recovering. It is good for your mental health to do "grown-up" things! Talk to your friends on the phone, check your email on your laptop, surf the net, read your favorite book or a new one!~~internet sangat membantu, especially KIM, susuibu.com dll
  13. Let others help you as much as they offer. Enlist your family and friends' help! They are eager to help you as much as they can. Let someone else change diapers, fix your meals, refill your water pitcher, and wash the laundry whenever possible!~~mesti ada yang menjaga kita semasa berpantang, thanx to my family
  14. Finally, if you feel very sad or angry, call your doctor. He or she will be glad to talk with you about postpartum depression, which is very common. It can be doubly hard after a C-section because of the pain and tiredness, and there are anti-depressant medications that are safe for breastfeeding. Don't be afraid to ask! Lots of other women have gone through the same thing.~~mesti cari seseorang juga untuk meluahkan perasaan, nak2 kalau berjauhan dgn suami, waduh!
  15. Enjoy your baby and take time to go out in the sunshine, go for a car ride, go out for ice cream, whatever makes you feel good and human again. Take a nursing blanket or light towel with you to cover up with if you think nursing in public might feel too exposing. You're entitled to breastfeed wherever you want, so go out! If you have orders not to drive, enlist family members or friends to drive you around a few times a week until you're all recovered. It will happen before you know it!~~selagi tak sampai 40hari mesti tak leh keluar jalan2, melainkan bawak baby pergi 1month check up,huhu

First Anniversary

happy first anniversary mama n papa. semoga bertambah happy dan bahagia dengan kehadiran aleesya..

hug & muahX from aleesya =)

Jan 29, 2011

Kenduri Aqiqah dan Kesyukuran

Kenduri aqiqah aleesya adrianna dan 'aisyatul jannah beserta kenduri kesyukuran sempena tok abah yang bersara pada januari tahun ini. Dua ekor kambing telah dikorbankan. Ramainya orang datang, the babies dah jadi cam pengantin lak, tak menang tangan kena layan tetamu. 

Pada malamnya, ha, kedua2 babies tidur awal =)








Jan 25, 2011

Dunstant Baby Language

Macam mana nak faham apa yang bayi anda cakap dan inginkan? *erk, baby hanya tau merengek n nangis je la* . Terjumpa info ini semasa dok surf kt internet.


Satu sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami dan mentafsir makna tangisan bayi. Sistem ini meliputi 5 jenis “bunyi” rutin yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, mengantuk, ingin sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut.

“Bunyi-bunyi” ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya, apabila bayi merasa lapar, iaitu apabila paras glukosa dalam badannya menurun, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili keperluan lapar akan terhasil.

Kajian selama lebih 10 tahun yang dilakukan oleh Priscilla Dunstan terhadap lebih 1000 orang bayi dengan lebih 30 jenis kerakyatan, latar belakang, keturunan dan bahasa ibunda mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yang sama!. Ternyata bunyi ini bersifat universal dan kajian ini dipatenkan sebagai - THE DUNSTAN BABY LANGUAGE.

Bagaimana Dunstan Words dihasilkan?
Menangis adalah bentuk komunikasi asas (primary) bayi (malahan, satu-satunya cara bayi baru lahir "berkomunikasi"). Asasnya, penting untuk MENDENGAR TAHAP PRE-CRY BAYI SEBELUM TANGISAN MELALAK (HISTERICAL CRY) DIHASILKAN KERANA PRE-STAGE VOCAL YANG TERKANDUNG DALAM TAHAP PRE-CRY AKAN TENGGELAM DALAM JERITAN BAYI dan apabila tiba di tahap ini, menyukarkan ibu bapa memahami kehendak bayi apatah lagi untuk menenangkannya. Try & Error itu perkara biasa. Dapatkan DVD untuk membantu mendengar contoh-contoh lima jenis tangisan berulang kali!


Bunyi 1:
Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!


Bunyi 2: Mengantuk

Terhasil dari refleks menguap (yawning)

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.

Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?


Bunyi 3: Ingin Sendawa

Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata

Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.


Bunyi 4: Kembung Perut

Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan

Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.

Bunyi 5: Tak Selesa

Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan (wriggle) badan dengan aktif.

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atau tercungap-cungap.

Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.


Tip menguasai Dunstan Words dengan cepat:

a) Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan bahasa tubuh, ekspresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleksi - seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.

b) Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage)
Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.

c) Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi
Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".

d) Tukar Posisi Bayi
Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.

e) Berlatih Mendengar Berulang Kali
Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.

p/s: dah cuba dengar dan praktik dgn my lil girl..jadi jugak...tp ada jugak bunyi2an yg lain..hehehe. Baby language ni hanya utk baby bawah 6bulan shj, kalau dah besar tu ada baby sign yg lain. nanti boleh goggled =)


Jan 18, 2011

Exclusive Pumping

copy paste from fb

Bagaimana bagi ibu yang bekerja ataupun exclusively pumping?


Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul  +  Pemakanan yang teratur dan seimbang  +   Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  + Supplement + Keyakinan dan semangat yang berterusan + Gembira serta berfikiran positif = Menghasilkan susu dengan jayanya.

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
Ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku. Konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah...biar sedikit tetapi perlu berterusan. Teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong. Adakah jenis pam mempengaruhi penghasilan susu? Ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik. Ini kerana pam yang selesa tidak akan membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susuibu dengan mood yang tenang dan gembira. Pam tidak semestinya berharga mahal ...memadai memberi keselesaan pada si ibu.

Pemakanan yang teratur dan seimbang.
Sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang. Bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal. Daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang. Ada ibu2 yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.


Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari 
Pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik. Namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas. Badan ibu akan mudah kekeringan (dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukan. Berapa banyak air yang perlu diminum? Bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.

Supplement
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.
Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.


Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

Gembira serta berfikiran positif 
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka.  B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.


Akhir kata; berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu. Abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan. Jangan mengalah...lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya.

44 Hari, yeay!

hari ni sudah 44 hari berpantang, so esok merdeka!..erk, sbenarnya hari ni sudah merdeka kot? hihihi..ada lagi yang harus tunggu hingga hari ke 100 untuk merdeka sepenuhnya...say no to ice, kurangkan makan berminyak yer wahai puan diana

Jan 14, 2011

Day 40

Another 4 days utk memerdekakan diri...hehehe 

Encik suami yang pulang asyik dok sebut prosperity burger jer. Beriya siap nak belanja lagi. Sebelum ni ada juga tanya mak kalau boleh makan prosperity burger, yer la ada black pepper je kan. Ayam boleh, daging confirm guna daging import so bila suami pulang dia yang beriya ajak p makan mcD.

Petang tadi buat pertama kalinya mama dan aleesya keluar jalan2 kt kedai baby dan sempat singgah drive thru mcD beli prosperity burger. Suami drive keta, adik n mak ikut skali. Sampai kat umah dah maghrib, kesian baby aleesya, smp umah terus mandikan dia. Tak pernah mandi lewat2 cos bimbang dia kesejukan. Dan nikmatnya apabila dapat makan prosperity *ceh, nikmat kunun*.

image googled

Jan 10, 2011

Berpantang 44 Hari ke 40?

My sister sudah abis pantang 40 hari. Hari tu dia tanya jugak mak kena pantang 40@44 hari dan dia memandai jer pilih nak sampai 40 hari. Saya lak suka2 cakap kena pantang 100 hari la weh, hahaha...

Tentu ramai di antara kita yang tidak tahu dan tidak pasti mengapa tradisi berpantang selama 44 hari selepas bersalin diamalkan masyarakat Melayu.  Sebenarnya ada rahsia di sebalik angka 44 dari sudut ilmu dan tradisi Melayu.

Menurut  buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakbah,2007:196), Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44. Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin.
Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.
Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.
Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib. Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.
Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.
p/s: tak sabar nak tunggu hari ke 45, saya akan abiskan berpantang kali ni 44 hari, tetapi bagi hal2 yg tertentu akan cuba berpantang 100 hari (minum ais, mkn pedas, bergoreng dsb). Yerla, kata bersalin czer so harus berhati2, tak tahu kat dalam tu macam mana kan. Lgpun bolehlah sambil2 menguruskan badan balik, hehe..

Jan 9, 2011

One Month Injection

hari ni baby aleesya kena pg klinik amik injection hep B kedua, selepas sebulan kelahiran. kami ke klinik dengan tok ma n mak teh tengahari tadi.

alhamdulillah aleesya sihat, walaupun smlm mama rasa badan aleesya agak panas sedikit, tp xde demam pun. berat aleesya 3.5kg, nampaknya tak sampai 1kg berat aleesya naik selepas sebulan. lilitan kepala bertambah 1cm, iaitu 35 cm dan panjang 54cm. berat mama lak dah turun 12kg, last timbang time check up sblm admit dan hari ni baru timbang balik..ngeri gak masa mula2 naik atas penimbang tu. harus kena turunkan lagi utk dptkan berat yg diidam2kan, skrang walaupun dah ok tp tetap nmpk berisi lol..!

sebelum injection, mama susukan aleesya dulu sampai kenyang. time kena inject aleesya nangis sekejap jer. time tu nurse sedang check mama kt dm bilik. tok ma kata kuat kaki aleesya dok tolak meronta2, kuat yer anak mama ni =)

otw pulang dari klinik, aleesya dah tidur dlm kereta..kepenatan ke sayang? hehe...i lebiu lah cayang

aleesya sblm pg klinik

Jan 5, 2011

Day 30

selamat ulangbulan yg pertama anakku =)

hari ni dah sebulan usia aleesya adrianna, sekejap je rasa kan..mama ada 14 hari lagi untuk berpantang major, dan 70 hari berpantang minor..erk, ada ek cam gitu? hehehe...dan 60 hari lagi cuti sebelum kembali bekerja, owh no! *tanak ckp psl keje boley?*

9hb ni aleesya kena pg klinik utk injection 1 bulan, hope anak mama tak byk ragam nanti.

day 30

Jan 1, 2011

Happy New Year 2011


HAPPY NEW YEAR 2011 TO ALL!

di tahun baru ini, hari ni first time kluar rumah dalam masa berpantang *tak termasuk time blk dr putrajaya-terengganu*  

bukan g mana pun, g klinik je sekejap utk check tmpt czer cos 2 ari ni ada sikit tmpt berdarah kembali, pg klinik amik ubat cucu n antibiotik, dan doktor bagi ubat utk baik luka dalam sekali. menunggu punya la lama, aleesya n tok ma ikut skali cos takut dia nak minum susu nanti kang susah lak. tok ma pegang aleesya all da ways dan semasa tunggu mama kat klinik, papa leh dok relax la sambil layan hindustan kt klinik tu, hehe. aleesya lak baik jer tak nangis pun. good girl lah! =)

aleesya kt pusat perubatan intan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...