Mar 24, 2011

Aleesya Pun Nak Belajar

Kelmarin Aleesya ikut saya datang ofis, BS nya ada keje jap. Nasib baik dia tak buat hal, baik je dok tengok mama buat keje. Dalam pukul 10pg BS dia dtg ambil Aleesya kt ofis.

Hari ni Aleesya ikut mama dan papa datang kelas. Kelas kami bukan di akademi seperti kebiasaan, kali ni diadakan di nilai (kem klia). Nasib baik kelas satu hari je, sem last ni satu subject je lagi + project paper. Kami gerak dlm tengahari, kelas petang, Aleesya mama tinggalkan kejap, ada org jaga. Seronok Aleesya dok kt bilik puan pengetua n bilik tamu. Thanx puan pengetua n staffs. Kelas malam, papa n mama bertukar2 jaga Aleesya dan masuk kelas. Kawan mama siap suh bwk je Aleesya masuk kelas, xpe lecturer tak marah, Ye ke? hehe...teringat kat cerita adik ke apa yg dulu2 bawak baby masuk kolej.

Malam, kelas abis dlm kul 10++, kami terus pulang ke rumah. Alhamdulillah, Aleesya tak byk kerenah. Dia faham mama n papa dia nak belajar lagi =)

Mar 22, 2011

Pelupa

Semasa dalam pantang sudah menyedari satu dua perkara saya mudah lupa di antaranya, lupa dh mkn ubat ke belum, byk sgt ubat yg nak dimakan, hehe...lagi, lupa barang itu barang ini letak di mana. Cth: lupa baju aleesya letak kat mana, rasanya saya sudah masukkan bajunya bersama2 pampers yg hendak dibuang ke dalam tong sampah. Erk? Lupa kt mana saya letak kad pengenalan, bila dicari rupanya telah diletakkan di dalam pumping bag, setelah digunakan semasa nak check-in kat airport ari tu. Lupa mana letak kad touch n go juga lupa dimana saya letakkan kunci kereta, aiyoh..!

Lupa nak buat itu dan ini. Yang paling besar dan terkini last week. Boleh pulak lupa bawak laptop dtg ofis, patutla hari tu beg rasa ringan jer. Kesudahannya guna pc ofis. Uish, mmg ibu yang melahirkan anak ni akan kehilangan salah satu urat berkenaan ingatan kah? hahaha....harus kena makan byk kismis ni untuk menguatkan lagi ingatkan saya.

Mar 20, 2011

air longan

Ramai yg cakap air longan/mata kucing boleh membanyakkan susu ibu. Kalau nk senang, beli je air tin f&n seasons perasa longan & kurma merah. Tapi tak elok minum byk2 sbb minuman tin ni mengandungi perasa dan gula yg berlebihan so baik kita buat sendiri air longan di rumah.

Cara menyediakannya juga mudah, senang seperti abc aje =)

Beli longan kering dan kurma merah kat kedai cina jual herba (sheng shei), Giant/Tesco/Carrefour. Dia ada kt bahagian buah2 kering dan kekacang. Ada dah jual siap2 dalam peket kecil ikut gram. Kalau tak letak kurma merah pun tak pe.

Cara nak sediakannya: mula2 basuh longan dan kurma tersebut bersih2 kemudian rebuskan bersama air di atas dapur. Letakkan gula batu dan gula pasir secukupnya, boleh juga kalau nak letak gula merah. Rebus sampai mendidih dan kembang. Angkat, sejukkan dan boleh diminum.

Mudah kan? so apa tunggu lagi, mari kita buat sendiri di rumah. Longan bagus untuk sejukkan badan juga.  Khasiat lain boleh kebahkan demam, menambah nafsu makan & mencegah anemia. Buah longan mengandung zat besi, magnesium, fosfor, potassium, vitamin A dan C, tiamin, kalsium, serat, protein.

 

Mar 18, 2011

Penyusuan Hak Bayi

Sekadar perkongsian bersama


1) Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya : " Penyusuan merupakan hak seorang bayi seperti mana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya. "

2) Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Surah Al-Baqarah 2 : 233
Maksudnya : “…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut
cara yang sepatutnya…” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

3) Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.

4) Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-radha'ah.

5) Al-Radha'ah ( الر ضاعة ) merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan  menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu.

6) Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:
  • a. Bayi;
  • b. Ibu yang menyusu; dan
  • c. Kaedah penyusuan.
7) Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
Surah Al-Baqarah 2 : 233
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

8) Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.

9) Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.

10) Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.

HUKUM PERTALIAN DISEBABKAN PENYUSUAN

11) Isu-isu syariah utama yang sering dikaitkan dengan hukum penyusuan adalah seperti berikut:
  • a. Tanggungjawab memberi nafkah oleh seseorang bapa;
  • b. Tanggungjawab seseorang ibu menyusukan bayi;
  • c. Hubungan pertalian yang diharamkan berkahwin;
  • d. Penubuhan bank susu.
12) Walau bagaimanapun, skop perbincangan difokuskan kepada hubungan pertalian kekeluargaan kesan daripada hukum penyusuan. Hukum pertalian ini menatijahkan bayi tersebut tidak boleh berkahwin dengan ibu yang menyusuinya serta ahli keluarga tertentu daripada ibu tersebut. Pihak-pihak yang diharamkan berkahwin dengannya akan diterangkan pada perkara 18.

13) Untuk mencapai tahap pertalian kekeluargaan antara bayi dan wanita yang menyusukannya, terdapat beberapa syarat berdasarkan kepada tiga aspek berikut perlu dipenuhi:
  • a. Bayi;
  • b. Wanita yang menyusukan; dan
  • c. Kaedah penyusuan.
14) Syarat yang berkaitan dengan bayi adalah seperti berikut:
  • a. Umur bayi tidak melebihi dua tahun;
  • b. Tidak disyaratkan bayi tersebut beragama Islam memandangkan tiada nas yang melarang seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam. Namun begitu, perlu ditekankan penyusuan tidak mengubah agama seseorang. Syeikh Attiyyah Saqar menjelaskan bayi akan kekal dalam agamanya dan begitulah sebaliknya. 
  • c. Tidak disyaratkan juga identiti ibu bapa bayi tersebut diketahui. Bagi bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka lebih mudah diuruskan. Ayat 233 daripada surah al-Baqarah telah menyebutkan, jika ibu kandung tidak mampu menyusukan bayinya, dia boleh mengupah orang lain untuk menyusukannya. Daripada umumnya lafaz yang digunakan dalam al-Quran, ia menunjukkan tiada halangan untuk menyusukan bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka walaupun mereka adalah anak-anak yang terbiar.

15) Syarat yang berkaitan dengan ibu yang menyusukan adalah seperti berikut:
  • a. Seorang wanita anak adam. Tidak terkesan hukum pertalian kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak adam, seseorang lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli.
  • b. Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan.
  • c. Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin atau tidak, atau telah menopaus atau belum.
  • d. Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sifat ihsan.Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini. 
  • e. Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.

16) Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:
  • a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.
  • b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.
  • c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.
17) Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
Maksudnya :  " Diharamkan (perkhawinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan. "

18) Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan:
  • a. Wanita yang menyusukannya;
  • b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  • c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  • d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  • e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  • f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  • g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  • h. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.

Mar 16, 2011

100 hari

lil aleesya dah boleh sebut "ma..."

Mar 14, 2011

PETUA MEMBANYAKKAN SUSU BADAN:

Info diperoleh dari kawan KIM, FB, intan..

Petua untuk memperbanyakkan susu ibu:

1) Makanan:

Lobak putih
Ikan (semua jenis ikan ikan yu)
Ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pegaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta

2) Minuman:

air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan buahan (betik/honeydew)
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba

3) supplement yang boleh diambil:

omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

4)  Urutan:

- sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas ke bahagian puting....kanan dan juga kiri
- cuci dengan berus gigi puting takut tersumbat liang2 di puting susu 
- kalau sblm mengepam, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)

5) Masa pengepaman:

- cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali - mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby hisap boleh membanya kkan pengeluaran susu juga
- bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
- minum air suam sebelum dan selepas mengepam
- jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering, jgn minum teh/nescafe

6) Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)

7) Cara-cara Lain:

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast menggunakan sikat
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) doa
12) tawakkal

**walau bagaimanapun milk booster ni terpulang kpd ibu2 itu sendiri, lain org lain jugak milk booster nya..list di atas adalah di antara yg boleh membanyakkan susu ibu, so mari kita try n error dan dapatlah hasilnya hehhe

Mar 8, 2011

Perkembangan Bayi Tiga Bulan

tak sabar nak tengok perkembangan lil aleesya di usia tiga bulan:

1. Menegakkan kepalanya dengan stabil 

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

2. Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

3. Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibu bapa yang dahulunya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

4. Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

5. Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menyanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).

6. Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya untuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

7. Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

8. Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk “menerima”, serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

9. Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Mar 6, 2011

Lil Aleesya 3 Months

Hari ni genap aleesya tiga bulan, siang td celebrate birthday ke 3 bulan, sama dgn birthday mak teh yg ke 25. Kebetulan mak teh ada di kl, terus jumpa di rumah suja cos saya dan suami terpaksa meninggalkan aleesya di rumah suja kerana saya ada kursus 3 hari di melaka. Sepatutnya esok kena bawa lil aleesya pergi klinik ambil injection untuk tiga bulan, tp kena tunggu saya abis kerja dulu lah.

Ini adalah kali kedua mama tinggalkan aleesya,kali ni tinggal kt umah suja bersama bibiknya. 7 mac adalah hari pertama saya kembali bekerja setelah bercuti 90 hari dan saya kena mengikuti kursus di melaka pada 7 - 9 mac,  plan nak mintak excuse tp tak best pulak baru masuk keje dah nk mintak excuse, kang apa lak orang kata. Walaupun saya breasfeeding, itu tak bermakna baby saya tak dapat nak menyusu badan, saya kan dah buat stok selama bercuti so inilah masanya nak gunakan stok ebm tersebut. (tapi masih ada gak sedikit kerisauan if stok ebm saya tak cukup buat si kecil aleesya)

Selepas hantar aleesya, kami pulang ke rumah jap hantar suami dan saya meneruskan perjalanan ke melaka. Alhamdulillah, tak sesat, hehe..kali kedua saya sampai di sini, first time dtg time my birthday last year, ikut suami yg ada kerja kt tempat ni juga. Masa tu juga saya baru nak disahkan mengandung, masih ingat payahnya nak cari makanan yang  best kat sini (awal preggy,saya cerewet dlm memilih makanan dan masakan). Tempat tinggal dan makanan yg disedikan hanya so so sahaja, mmg tak best! Nama tempat je yg menarik huh! Program hanya pagi hingga petang sahaja, bukan macam kursus lain yg sampai malam, so mlm free alhamdulillah waktu untuk berehat. Tak de nak g jalan mana kot, kat sini pun bukan ada apa pun. Lambatnya rabu....

mama miss aleesya, n also papa =)

happy bitrhday to izzaty
lil aleesya dah nak tidur
mama, lil aleesya n cikgu (kwn mak teh)

Mar 5, 2011

My Comel Tidur Contest


Mama telah join satu contest my comel tidur anjuran littlebutterangel.

Peserta dikehendaki menghantar gambar pose tercomel baby sedang tidur. 

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:


~Terbuka kepada semua blogger yang mempunyai alamat di Malaysia.
~Penyertaan adalah terbuka kepada anak-anak dari newborn hingga 4tahun.
~Pemenang akan diumumkan didalam blog ini dan dikhendaki menghantar alamat bagi urusan penghantaran hadiah selewat-lewatnya 1 minggu selepas keputusan diumumkan.
~Sekiranya pemenang gagal untuk menghantar alamat selepas tempoh yang diberikan, hadiah tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
~Penganjur berhak meminda syarat-syarat pertandingan tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Semua peserta dianggap telah bersetuju dengan syarat ini.
~ Tarikh akhir penyertaan adalah pada 13 Mac, 2011@ 11.59pm.



Ini adalah pic my lil girl, Aleesya yang dipilih untuk menyertai contest ini, actually byk sgt pic dia time tidur yang saya suka snap, yg ni paling comel dlm byk2 yg comel, hihi.



Nama ibu: NorDiana bt Rozali
Nama baby: Aleesya Adrianna bt Azrinizam
Umur: 3 bulan



so mommies yang lain pun boleh join contest ni yer, jom cepat2 ke littlebutterangel

Lil Aleesya dan Growth Spurt

Growth Spurt atau dipanggil juga Beralih Bulan terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun. Biasanya berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan (berbeza mengikut baby).

Growth spurt akan berterusan sehingga baby menjadi toddler dan seterusnya teenagers. (orang kata time tu ibu asyik lapar dan asyik nak makan jer)

Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang-kadang sehingga seminggu. Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa dan kalau orang tua ibu2 dan makcik2 nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang2 minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula. Big No No sebelum bayi berusia 6 bulan. 

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, baby anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat, membebel, berbual dan tersenyum)

Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk si kecil. Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya (konsep supply and demand di situ)

Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang dan faham.

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).

Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..

 
My lil girl rasanya cam setiap kali nak beralih bulan kot asyik nak bertempek bermanja dgn mama. Ni nak masuk 3 bulan pun dia buat hal lagi. Kalau sebelum ni kat kg ada yg tolong tgkkan dan pegang untuk main-main dgn aleesya. Memang rasa letih je bila tak leh  nak wt keje lain, n cik B dah rasa kosong cos asyik ada demand jer dr baby.

Sebelum ini saya turut mengalami keadaan itu juga apabila mak dan makcik cakap susu saya tak cukup tapi saya hanya mampu diam dan cakap baby nak beralih bulan dan semakin besar, tu yg nak minum banyak..alhamdulillah ada jugak yang memahami.

dah nak masuk 3 bulan anak mama ni =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...