May 21, 2011

Persediaan Solid Food Untuk Bayi

Copy paste daripada Internet

  1. Makanan pelengkap yang baik haruslah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi terutamanya makanan yang kaya dengan zat seperti protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Ini boleh dilakukan dengan merujuk kepada Piramid Panduan Makanan Malaysia yang menerangkan kepentingan serta keseimbangan kumpulan makanan dalam corak pemakanan harian. Makanan seperti daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu harus diberi dengan kerap.
  2. Sumber makanan daripada haiwan seperti daging, ayam, ikan dan telur harus diberi setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan daripada memberi putih telur kepada bayi untuk mengelakkan kemungkinan terjadinya reaksi alahan.
  3. Susu dan produk tenusu merupakan sumber makanan yang kaya dengan kalsium serta membekalkan nutrien – nutrien penting lain untuk tahun pertama selepas lahir.
  4. Tambahkan pelbagai buah-buahan ke dalam diet harian bayi terutamanya buah dan sayur yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C.

Kesediaan bayi untuk mengambil makanan pelengkap

Apabila bayi menjangkau umur 6 bulan ke atas, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  1. Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri.
  2. Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi.
  3. Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut.
  4. Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut.
  5. Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut.
  6. Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu.
Walau bagaimanapun, jika bayi yang berumur 4 – 6 bulan tidak mengalami pertambahan berat badan selepas semua usaha memperbaiki cara penyusuan telah dilakukan, makanan pelengkap haruslah diperkenalkan.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi awal, iaitu sebelum berumur 6 bulan

  1. Bayi mungkin tidak mahu meneruskan penyusuan atau minum susu kerana kenyang.
  2. Kerosakan fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan akibat fungsi organ yang tidak matang.
  3. Berisiko terhadap sebarang jangkitan, alahan dan cirit – birit.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi lewat daripada umur 6 bulan

  1. Bayi susah atau lambat menyesuaikan diri terhadap makanan baru.
  2. Proses tumbesaran mungkin terganggu.
  3. Boleh menyebabkan kekurangan nutrien.

Bagaimana menyediakan makanan pelengkap untuk bayi?

  1. Makanan pelengkap disediakan dengan pelbagai cara mengikut umur bayi. Setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan dan kemampuan yang berbeza – beza.
  2. Sediakan makanan yang berbeza dari segi teksturnya mengikut umur:
      • Bayi yang berumur 6 – 8 bulan harus diberi makanan yang berbentuk puri, dilenyek dan makanan separa pepejal.
      • Bayi 9 – 11 bulan harus diberi makanan yang dipotong halus. Apabila bayi mampu mengawal pergerakan jari-jemarinya sendiri, makanan jejari (ketulan kecil makanan yang boleh dipegang dengan mudah) seperti biskut lembut dan buah, boleh diberikan.
      • Pada umur 12 bulan, makanan yang dimakan oleh keluarga boleh diberikan.
  3. Gunakan perkakasan yang berasingan untuk penyediaan makanan bayi (contoh: pengisar, penapis). Ini kerana peralatan yang biasa digunakan mungkin tercemar dengan karat dan makanan dewasa yang tidak sesuai untuk bayi. Jika membeli perkakasan berasingan adalah tidak praktikal, pastikan semua perkakasan telah dicuci dan dikeringkan sebelum digunakan untuk penyediaan makanan bayi.
  4. Kebersihan diri, perkakas dapur serta makanan harus dipastikan pada setiap peringkat penyediaan makanan dan sewaktu menyuap bayi.
  5. Tangan penjaga hendaklah dicuci dengan bersih sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi juga perlu dicuci dengan bersih sebelum makan.

Bagaimana menyediakan puri buah-buahan/sayuran ?

  1. Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
  2. Kupas, buang empulur / biji dan potong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
  3. Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
  4. Kisar, lenyek atau parut buah/sayur.
  5. Campurkan dengan susu atau susu ibu untuk menjadikannya lembut dan cair.

Bagaimana untuk melenyek ?

  1. Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
  2. Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
  3. Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
  4. Letakkan buah / sayur di dalam mangkuk dan lenyekkan dengan menggunakan alat pelenyek dapur.
    (jika tiada alat pelenyek, gunakan garfu sebagai ganti)
Nota : Tambahkan pelbagai jenis buah-buahan ke dalam diet bayi. Buah-buahan dan sayuran lain yang boleh dijadikan puri atau dilenyek adalah seperti:
  • Buah-buahan – Epal, pir, betik, pisang, tembikai susu, mangga, tembikai.
  • Sayuran – Ubi kentang, ubi keledek, lobak merah, kacang pis, bunga kubis, labu, kacang buncis.

Bagaimana membuat jus buah ?

  1. Bersihkan buah menggunakan air bersih yang mengalir.
  2. Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
  3. Buah yang mempunyai kulit yang boleh dimakan (contoh epal) tidak perlu dikupas, kerana bahagian kulit mengandungi nutrien berkhasiat.
  4. Tambahkan lebih kurang 30ml (1/2 cawan) air dan potongan buah ke dalam mesin pengisar.
  5. Jika mengisar buah yang lembut (contoh tembikai), tidak perlu ditambahkan air.
  6. Tapis jus menggunakan penapis (tekan hampas buah dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus).
  7. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.

Bagaimana membuat jus sayur-sayuran ?

  1. Basuh sayur menggunakan air bersih yang mengalir dan letak ke dalam bekas yang bersih.
  2. Tambah 150 ml (2/3 cawan) air dan rebus lebih kurang tiga minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
  3. Tapis jus menggunakan alat tapisan (tekan sayur yang telah direbus dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus)
  4. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.

Bagaimana menyediakan stok (untuk digunakan dalam resipi masakan)

  1. Buang lemak, kulit dan darah beku pada tulang ayam. Basuh sebersih-bersihnya. Rebus tulang ayam di dalam 1 liter (4 cawan) air. Setelah mendidih, perlahankan api dan didihkan untuk 30 minit. Asingkan dan sejukkan stok di dalam peti sejuk untuk semalaman.
  2. Buang lapisan lemak yang terdapat pada permukaan stok yang  telah disejukkan. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dan dibekukan untuk sebulan.

May 5, 2011

Air Masak Untuk Bayi

Ini?




Atau ini?





Say NO NO NO...

Hanya memberi susu ibu atau susu formula sudah mencukup kepada bayi sehingga bayi berusia enam bulan.


Copy paste dr Internet
Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum air. Minum air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.
Pakar perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.
"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.
Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan. Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.
Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.
Elakkan daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi. Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.
 
Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.
Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."
Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.
"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.
 
Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.
 
Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.
Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...