Dec 25, 2011

Aleesya 1st Birthday Party



Alhamdulillah, berjaya juga birthday party utk aleesya. Walaupun ramai kwn2 mama n papa yg tak leh datang, ye la buat time cuti chrismas kan. At least, family dapat berkumpul ramai2. Mama, abah n adik2 saya lagi 4 org tu dpt sama berkumpul. Last kami kumpul semua raya puasa lah, lamanya. Aleesya juga dpt jumpa sepupunya, aishatul.

Skjp je masa berlalu, dah setahun anak mama. Teringat lagi time dalam pantang, aleesya dan aisyatul mmg cam twin. Kalau nangis2, sama2 nangis, tido sama2, jaga sama2. Tp aisyatul menang utk jaga smp awal pagi, kesian umi awak. Paling lewat aleesya tidur malam adalah pukul 1pg je. Alhamdulillah, senang nak jaga aleesya semasa dlm pantang. May be sbb time nak keluar dah susah, so bila keluar dia baik je sama mcm mama mengandungkan aleesya, tak de alahan dan mengidam nak makan pelik2. Mama sempat juga siapkan assignment dan skt 2010 tanpa gangguan dari aleesya :)

Hopefully aleesya cepat2 jalan ye. Dah setahun, masih menapak lagi. Cakap dah banyak, gigi dah 5 batang. Membesarlah kamu dgn sihat. Sorry darling, mama tak dapat nak exclusive bf aleesya, walaupun terpaksa topup with fm mama akan cuba untuk bf aleesya sehingga 2 tahun.

Dec 6, 2011

Happy 1st Birthday My Sweetheart

Pejam celik sekejap je masa berlalu, sudah setahun my baby aleesya membesar. Masih teringat lagi pd ketika ini, hampir jam 12 mlm doktor terpaksa memecahkan air ketuban aleesya kerana risaukan keselamatannya. Doktor mahukan saya cuba bersalin normal, ruang waktu selama 12 jam diperuntukkan dan saya tahu dgn kesakitan yg bukannya kuat itu dan kandungan masih 36w amat sukar untuk jalan terbuka. Hampir 12 jam bertarung, akhirnya 12.16tgh barulah aleesya keluar melalui pembedahan (eccms).

Happy birthday sayang, semoga hidupmu terus di bawah lindunganNya sehingga akhir hayatmu. Jadilah seorang anak yg solehah, tinggi budi bahasamu dan cerdik akalmu. Mama and papa love you so much, muahX xoxo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...