Mar 14, 2012

Kali Kedua

Ya Allah, apalah ujian yang kau berikan kepadaku...

Dear hubby, im really sorry.*harus akan diganti dgn yang baru*

Siang tadi di ofis, ntah macam mana ada orang boleh lepas masuk dalam ofis time kitorang keluar minum. Dan sekali lagi barang saya dicuri, kalau dulu 2 external hard disk, kali ini iPad pemberian mr hubby. Saya merasakan sangat2 bersalah. Now, masih blur dan tak percaya dgn kehilangan itu, semua benda tak boleh buat, esok nak outstation tp semua tak packing lagi.

Patutla pagi tadi saya sangat2 mengantuk, sebab tu ajak kawan pergi minum sekejap nak bagi hilangkan mengantuk itu. Nampaknya perompak yang mencuri di pejabat menggunakan kaedah berpakaian pejabat (siap ber'tie'), masuk ofis dan rembat apa sahaja yg mempunyai nilai. Peringatan buat semua, sila berhati-hati walau dimana jua.

**Ofis saya tak ada cctv, pihak audit pernah menegur tentang keselamatan di ofis kami, pihak pengurusan pula memberi jawapan yang kami sendiri tidak faham. Siapa yang harus dipersalahkan? Ya, saya cuai kerana meninggalkan barang peribadi di ruang meja bekerja sepanjang waktu bekerja, tapi bagaimana orang luar boleh sesenang hati masuk ke ruang pejabat kami?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...