Mar 15, 2012

Ujian DariNya

Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala Dia menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menganggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, Allah tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Seperti mana yang Allah telah jealskan pada ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi, Dia menyediakan jalan keluar dan memberikan khabar gembira buat hamba-hambaNya yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNya akan dapat menyaksikan bahawa Allah sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNya itu kekal sabar.

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...