Apr 27, 2012

Jom Ke Sarawak

Sambutan hari lahir pada tahun ini lain daripada sebelum2 ini, cuti-cuti hari jadi di Sarawak :)


 Kebetulan encik suami pulak yang ada kerja di Sarawak pada masa itu, jadi beliau telah merancang untuk membawa saya dan Aleesya bersama-sama. Lagipun dah lama saya cakap ngan dia nak pegi Sarawak, tak pernah sampai lagi di Sarawak, hehe..

Flight kami ke Kuching pagi Isnin. Sampai di sana, kawan kami aka pemandu pelancong ambil dan bawa ke Hotel Samudra yang telah ditempah oleh pihak penganjur. Letak beg je, then pergi lunch kat Rumah Hijau. Saya suka design Rumah Hijau, banglo lama diubah suai jadi restoran. Menu kami tengahari itu adalah nasi ayam penyet. Kemudian jalan2 sekitar Kuching, sempat ke Lundu then balik ke hotel pada malamnya slps makan mi kolok, sik nyaman. Rezeki nak makan lobster tak dapat kali ni,  tp udang yg ada tu pun dah cukup besar, goreng kosong aje sodap! Pengalaman pertama juga naik feri nak ke Lundu.


First time aleesya naik ERL

At Samudra Hotel
Selasa pagi dah kena pergi Santubong, suami saya ada course di sana. Saya dan Aleesya lepak kat bilik hotel, sangat besar biliknya, tp kami tak bermalam di sana sebab tak de apa pun kat Santubong tu, perkampungan budaya ada kat sana tp tak sempat nak pergi.

At Damai Beach, Santubong

One Santubong Hotel

Petang itu kami kembali ke Kuching dan bermalam di Harbour View Hotel, dekat dgn waterfront. Aktivitinya: pergi ke kampung Boyan di seberang untuk dinner, kena naik sampan. First time Aleesya naik sampan, nangis2 dia, cian anak mama takut ye :) Makan di sana pun sedap, ikan terubuk goreng dan nasi goreng tsunami. Nama menu pelik2, ada air milo gempa bumi dan macam2 lagi. Singgah kat kedai kek lapis Mira dan Dayang Salhah juga. Pulang n rest di hotel.

At Waterfront

Muka nak nangis, takut nak naik sampan
Rabu pagi, selepas breakfast di hotel kawan saya ambil dan bawa makan Mi sapi/Mi kolok di Boyan. Sangat sedap, ikut hati nak tambah tp dah kenyang. Tu pun breakfast sikit je kat hotel, makanan kt hotel tak berapa best ;( Selepas check-out, jalan2 lagi beli buah tangan dan kek lapis, tidak lupa ikan terubuk masin. Banyaknya kedai kek lapis di Sarawak ye. Saya dah rasa dan dapat bezakan di antara kek lapis yg agak murah dan mahal, dari segi tekstur dan rasanya. Saya suka dgn kek lapis De Wannies, walaupun agak mahal tp ada rasa nya :)

Banyak kek lapis diborong

Family potrait, aleesya dah tidur
Percutian yang sangat menarik dan enjoy, kerja-kerja di pejabat lupa jap =) Thank you very much to my husband, ini erupakan hadiah harijadi yang paling best. Next year nak request ke tempat lain la pulak ye, hehe.








 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...