Jun 11, 2012

Dia Menangis Sesungguh Hati

Wah, tajuk post gempak kali ni..hahaha...

Hari ni saya cuti, malas nak hadap jammed di hari isnin yg haruslah memeningkan. Sekolah baru buka kan..sambil settlekan urusan2 peribadi. Ptg bw aleesya check up n injection utk 18bulan.

Mula2 masuk jumpa nurse, aleesya happy aje. Timbang berat 9.5kg, last dia timbang kt KK sewaktu umur setahun adalah 7.5kg, time bw check eczema kt an-nur 8kg. Wah, makin berat anak mama, patutla tangan mama cepat lenguh n cramp dukung sayang.


Tiba masa nak inject, aleesya duk diam je. 2 nurse dan mama pangku aleesya, dia tgk je jarum yg nurse nak inject kt peha dia tu. Dan, sebaik je jarum dicucuk, uwaaa....! Aleesya nangis agak kuat, tak pernahla dia meraung cam tu sebelum ni, haha. Mama cuak2 pun maintain je la. Keluar bilik nurse n tunggu kat farmasi nak ambil ubat pun aleesya masih lagi meraung2, sakit sangat kot. Ye la, sebelum ni kena inject time dia tak reti lagi,hanya merengek biasa je sekejap. Kali ni sampai keluar dr klinik baru la dia diam, hanya merengek2 je. Masuk kereta mama bagi susu pun nangis lagi. Biasanya kalau di umpan dgn handphone@tab dia akan leka tp kali ni semua dia tolak, so mama terpaksalah bawak kereta sambil pangku aleesya. owh sila jgn tiru aksi ini.


Sampai kat rumah, keluar kereta aje elok aje,sebab boleh jalan kan..masuk rumah sambung merengek balik. Jenuh mama melayan kerenah manja anak mama ni. Makan n mandi then merengek lagi. Sampai dua2 tertidur. Sedar aje dh pkl 7 lebih, mama buka puasa makan bubur durian aje, lebihan makan durian semalam tghari td buat bubur durian. Seb baik secukup rasa, walaupun time masak tak rasa pun kan :-)

Tunggu papa pulang pun agak lewat then keluar dinner. Mood aleesya pun tak ok lg.

Hopefully anak mama tak demam esok kesan dr injection td. Luv u darling :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. aleesya nangis teruk ke di...
    ali nnt bulan depan gitu jugok la napok nye..

    ReplyDelete
  2. Aah b, sgt kuat. Sbb aleesya ni jenis yg x nangis. Kena gigit kt school pun merengek je, mana tcher nak perasan. Firstime dia nangis kuat cm ni, n rasanya manja yg lebih,sebab berdua ngn mama je, hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...