Jun 18, 2012

Weekend and Father's Day at Perlis

Hujung minggu baru ni kami pulang ke Perlis. sudah tiga minggu berturut-turut bulan ni memang tak berhujung minggu di rumah lagi. nenek suami saya dah dua minggu dimasukkan ke hospital (HTF). Tok dah lama sakit, tapi kali ni paling lama ditahan di wad. 

Kami bertolak pagi, sampai petang di Kangar. Terpaksa bermalam di sana sebab suami ada kerja yg perlu diselesaikan. Check in kat Putra Palace dan pegi melawat Tok kat HTF. Oleh kerana Tok duduk kat wad kelas 1, pelawat boleh dtg 24jam. Time kitorang sampai si kembar ada jaga Tok yg sedang tidur.

Lps tgk Tok, saya ajak suami dinner kt Medan Ikan Bakar kat Kuala Perlis. Mama belanja sempena Father's Day. Ini adalah kali kedua saya ke sana. Yg pasti, kedai Lynda Ikan Bakar juga yg dituju. Kedai tu paling sedap dan harga boleh tahan murah jugak. Nasib baik kami sampai awal, sebelum org ramai. Kedai Lynda adalah di hujung skali. Then balik hotel, layan cerekarama. First time Aleesya layan drama sama, entah apa mimpi dia tengok drama malam tu, mungkin sebab drama tu ada "kakak" kot, drama sempena Hari Bapa lakonan Zamarul Hisyam. Time kitorang makan kat Kuala Perlis dia dah tidur, mengantuk sangat sebab siang tak tidur pun dalam kereta. Sampai bilik, saya letak dia atas katil elok je dia terjaga dan ikut kami sama layan tv sampai 12.00am.


Ahad pagi, agak bermalas-malasan nak bgn pagi dan sarapan kt hotel. Nasib tak baik kali ni ntah kenapa, air tak de pulak kat hotel tu. Elok je saya tengah mandi, air kt bilik air tu makin slow. Suami terpaksa mandi kt tandas di lobi. Bila tanya receptionist, dia cakap diorang sedang pam air untuk bekalan.

Saya dan suami memang agak panas hati, sampaikan suami siap cakap kt Foursquare, memalukan warga Perlis je, hikhik. Sebelum check-out saya dah pesan awal-awal supaya komplen dan intak diskaun tapi apakan daya, suami ku hatinya baik, haha. Mak pulak yang hangin!.

Kami ke HTF lagi skali, makcik suami saya yg ambil turn jaga Tok hari tu. Rupanya Tok ni dah hypo (hypoglycemia) - kandungan gula dalam darah rendah, menyebabkan dia letih dan tidur je. Langsung tak nak buka mata. Nasib baik makcik tu adalah nurse, jadi dia tahu lah camane nak handle Tok. Dibaginya Tok air gula, then barulah Tok boleh buka mata. Tok pun dalam keadaan separuh sedar. Alhamdulillah dia masih ingat dan cam cucu dia tu, tp bila pandang saya dia tenung lama dan tak cam. Saya tengok suami sedih je tgk keadaan Tok dia makin teruk, ye lah dari kecik tinggal dengan Tok.

Kemudian kami terus gerak pulang, sempat singgah umah FIL kat Bukit Kayu Hitam. Cuti kali ni tak sempat makan cendol Fatin dan laksa perlis la, huhu. Tak pe, next time balik sana lagi harus pekena my favourites.

Ini lah kerja dia dalam kereta ow balik Perlis

Bilik hotel. Spoiled!

Dinner at Lynda Ikan Bakar

Suka nak pakai spek terbalik tau!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...