Jul 28, 2012

Cerita Puasa - Minggu Pertama

Ramadhan tahun ini bermula dengan hari Sabtu, mungkin yang ramai balik kampung berbuka bersama keluarga. Tahun ni saya berpuasa bersama suami serta adik lelaki saya yang praktikal tinggal di rumah saya buat sementara. So kena lah rajin memasak, kalau sebelum ni berdua senang-senang berbuka kat luar @ tapau aje.

Hari pertama dan kedua kami berbuka di rumah sahaja, saya masak lauk-lauk simple dan sempat buat puding caramel. Yang tak seronok nya, kalau saya masak kuih-muih atau apa sahaja dessert, mesti saya yang kena habiskan semuanya ataupun akhirnya masuk tong sampah. Suami kurang makan yang manis-manis, beliau hanya mahukan nasi untuk berbuka dan sahur. Lauk simple pun tak pe. Satu lauk pun tak pe, saya je yang makan nasi nak lengkap semua dengan sayur, tp akhirnya saya yang makan sorang2 lauk tu. Erm, tak jadilah diet kalau makan nasi hari2 =)

Hari-hari biasa saya ataupun adik akan beli lauk di Bazaar. Suami saya banyak berbuka puasa di luar bersama program anjuran pejabatnya. Menu yang biasa dibeli adalah ayam percik. Harga pun boleh tahan mahalla. Ada kat tempat RM4-RM7 seketul. Menu tu la yg adik dan suami saya makan sama ada berbuka ataupun sahur. Tahun ni selera saya di Bazaar tak semeriah tahun sebelum-sebelum ni. Pergi Bazaar tak tahu nak beli apa, teringat kat suami dan adik nak makan apa je. Kalau dulu, mesti beli murtabak, kuih2 manis, air, lauk2 dsbnya. Mungkin sebab letih kot.

Ada juga kalau time dah prepare nak masak apa pada petang hari, suami ajak berbuka kat luar, erm..tak masak la lagi. Lagipun kerenah Aleesya yang makin lasak betul-betul menguji saya juga di dapur. Ada time saya sedang menyiang ikan, dia cari saya di dapur dan minta didukung. So, camana mama nak masak? Dah umpan untuk main sama-sama kat dapur pun tak jadi. Sekejap buka almari, sekejap nak buka peti ais, sekejap nak air dll. Aleesya ni lebih manja dengan mama berbanding papa.

Biasanya lps berbuka puasa, mandi dan solat semua, Aleesya akan minta saya susu dan tidurkan dia. Kadangkala dgn saya sama-sama tidur. So moreh/supper memang jarang sgt la nak makan. Time berbuka pun makan sikit jer, sebab sebok duk melayan Aleesya yang berbuka bersama. Solat terawih pun kebanyakannya dibuat selepas Aleesya tidur, kalau dia ada memang dia tak kasi can kat mama nak solat. Dia tarik telekung mama dan nangis sepuas hati. Macam-macam kerenah anak mama.

Walau apapun, saya akan cuba memperbanyakkan amalan-amalan di bulan Ramadhan ini. Sekali setahun je dapat jumpa, jadi haruslah dikejar segala kebaikan dan ganjarannya yang berlipat kali ganda daripada bulan-bulan lain. Insya Allah.

puding caramel

buka puasa @ black canyon


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...