Jul 9, 2012

Tak Pandai Jaga Anak?

Tiba-tiba rasa agak tertekan dgn soalan dan pertanyaan bertubi-tubi yang ditujukan kepada saya. Bukan dari sesiapa pun, dari ahli keluarga sendiri. Makcik2 di sebelah mak saya. Kebetulan weekend baru ni balik kampung, ada hal keluarga sikit. Di antara cakap2 mereka:

"Kenapa Aleesya kurus je, tak gemuk2?"

"Aleesya lama batuk, tak baik2, tinggal kat kampung je biar Tok Ma jaga."

"Kesiannya hantar nursery, tak de org jaga, kalau duk kat rumah ada orang jaga."

"Kalau kat nursery, dia mengantuk tak leh tidur selagi tak sampai masa tidur."

"Dah amik ubat batuk yang cairkan kahak? Batuk tak hilang lagi ni, pergila klinik sekali lagi"



Hello...sebelum ni rasanya tak de la stress sangat, entah kenapa kali ni baru terasa sangat. Mungkin sebab banyak kali orang duk cakap kot. Tambahan saya sorang, suami tak balik sama, jadi diorang ni suka2 la nak  hentam saya?

Blurr...

Yang pasti dan penting, Aleesya tetap aktif dan cergas. Sekarang berat Aleesya lebih daripada berat Aisyatul (sepupunya). Dah 9.++ kg. Biar pun tak gemuk janji dia aktif, sihat dan makan pun byk, poo-poo banyak jugak =) Kalau dari lahir memang selalu orang bandingkan anak saya dan anak adik saya, inilah yg mmg kami bincang dulu, duk compare 2 babies in the house.

Nak puaskan hati, saya ajak mak teman pergi juga klinik sekali lagi. Nah! Paed cakap as long as dia active then should be no problem. Lung ok. Tak de demam. Sekarang dengan keadaan cuaca musim panas, dan Aleesya selalu travel tu yang batuk lambat nak hilang. Ubat lain lagi saya minta, ubat batuk+selsema (alergi).

Kenapa la diorang ni asyik cakap2 pada saya ye. Nak minta saya tinggalkan Aleesya kat kampung ke, diorang nak jaga ke. Saya ni tak reti jaga anak ke? ;(

Semua orang mahu berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Setakat ni saya agak puas hati hantar Aleesya kat taska tu, dia boleh bergaul dgn kawan-kawan. Tak  takut @ malu nak bergaul dgn orang. Dah pandai gaya baca doa, tunjuk body parts, baca abjad dan nombor. Walaupun pada umur sebegini memang agak mencabar jugak bila dia dah pandai memberontak dan merajuk, hehe..

buah hati mama
aleesya yang mesra dgn semua orang. tak sabar nak tunggu kawan baru

3 comments:

  1. sabar di.. tp mmg org sekeliling suke compare compare... menyebabkan kite rase down..
    be strong di.. aku pon selalu kene coz ali kurus jugak kan.. padahal makan byk..
    derang kene consider factor metabolisme.. maybe aleesya jenis metabolisme tinggi sbb tu badan die maintain aje... buat dek je di org kate ape...
    yg penting kite tau kite buat terbaik untuk anak kite.. and kite jage sendiri anak kite..

    ReplyDelete
  2. beb!
    anak aku yang no 2 pon kurus. sgt hokey! sampai nmpk tulang belikat die.
    selagi dia sehat and aktif kita tak payah risau.
    orang takkan berhenti bercakap.
    jgn amek pusing and jgn langsung tak amek pusing.
    kan??
    yg penting kita kene slalu berserah kat Allah sebab Allah je yg boleh pelihara anak kita 24jam!
    semoga Aleesya bertambah demokkss!!
    hahaha~

    ReplyDelete
  3. betul la tu..janji anak kita sihat kan. mulut org mmg tak leh nak tutup =) moga aleesya sentiasa (di bawah lindunganNya)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...