Jul 20, 2012

Tantrum

Kebelakangan ni memang perangai Aleesya menjadi2. Sekarang Aleesya dah 1 tahun 7 bulan. Kalau time ok, ok lah. Tapi kalau time dia tak ok, jenuh mama/papa layan kerenah manjanya tu.

Kadang-kadang bangun pagi nangis2 nak minta dukung.
Kadang-kadang nak pergi school pun nak mama ribakan dia. Biasanya ok je dia duduk kat seat sebelah pemandu tu.
Kadang-kadang dia terjaga tengah malam, bukan nak susu tapi nak mama dukung bawa keluar dr bilik tidur.
Kadang-kadang kat luar minta mama dukung, ngan papa jarang-jarang. Biasa suka je dia jalan-jalan.
Kadang-kadang time mama nak masak memang dia suka nak mama dukung jugak.
Kadang-kadang kacau mama sedang solat, ditarik-tariknya telekung mama.

Sekarang dah pandai baling handphone/tab mama bila tak berkenan, OMG!
Dah pandai campak botol susu dan barang-barang lain bila tak berkenan.
Dah pandai jerit, baring dan guling-guling atas karpet/tilam bila nak kan sesuatu.
Mama tetap sabar dgn perangai Aleesya yg sedang dalam proses membesar ni. Walaupun ada tu tak tahu dan tak faham apa yang Aleesya nak sebenarnya, tapi mama tetap tenangkan Aleesya. Kalau dulu tidur malam mama lena sampai pagi, sekarang mama dah mula rasa mengantuk di ofis sebab setiap malam Aleesya akan jaga dan buat emosi yang pelik. Kadang-kadang sampai mama tertunggu-tunggu apa pula emosi yang seterusnya. =)

Nasib baik ada terbaca artikel online berkenaan toddlers tantrum. Tantrum adalah emosi yang diluahkan oleh anak-anak kecil, mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dan mengendalikan perasaan tersebut. Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan hilang dengan sendirinya apabila anak berumur tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari.

kat restoran pun nak mama dukung? dpt jagung baru diam jap haha
Anak berusia 1.5 tahun sehingga 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protes. Jika anak-anak kita berkelakuan sedemikian, ianya bukan bermaksud dia sudah menjadi degil tetapi dia sedang belajar untuk ekspresi diri dia disebabkan dia berasa kecewa atau letih akn sesuatu.


Cara untuk membantu anak kita menjadi tenang adalah:
  • pegang dia dgn kuat dan mesra (seperti gambar di atas)
  • bisikan bahawa kita sayang dan faham keadaannya
  • baca ayat al-Quran dan A'uzubillahi minasyaitanir rajim, agar syaitan tidak mengambil kesempatan kepada kita dan anak kita
  • tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan kita juga perlu tenang
  • jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menyebabkan anak itu menjadi pengecut atau suka memberontak.
Sumber: fb Prof Dr Rozieta Shaary


Semoga Aleesya menjadi anak yang baik dan solehah. Dah pandai berdikari, so dah boleh jadi kakak la kan? haha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...