Oct 22, 2012

Makan-makan Special di Perlis

Setiap kali balik Perlis, mesti mencari beberapa makanan yg best boleh didapati di sana.
 
Di antaranya Air Cendol n Laksa Perlis di Fatin Corner. (Baru ni tgk diorang dah tukar nama Fatinnaz Corner). Kat tmpt lain pun ada jugak sebenarnya, tp Fatin Corner tu yg paling best n dah lama kedai tu. Siap boleh delivery lagi. Lokasi adalah bersebelahan dengan Putra Palace Hotel di Kangar. 
 
Laksa di Fatin Corner pun boleh tahan sedapnya, tp bagi saya lagi sedap laksa yang makcik suami saya buat. Ingat lagi first time makan time wedding kitorang, dia yang buat untuk tetamu makan. Laksa di Kuala Perlis jugak sedap.
 
Tu tak termasuk ikan bakar dekat medan selera ikan bakar berhampiran jeti Kuala Perlis. Kedai yang paling sedap dah lupa no berapa, kedai yg hujung rasanya. Nama kedai Lynda Ikan Bakar. Bos n anak buah dia ada yang "mak-mak gitu"...siap make up lipstik bagai. Mujur makanan sedap.
 
Mihun sup yang tidak boleh miss jika pergi ke Arked Niaga Padang Besar, kedai makan tu kat tingkat atas. Baru ni tak sempat nak makan sebab pergi ke Padang Besar dah lewat petang, kedai dah tutup. Melepas....hehe
 
Mihun tomyam Siam pun sedap. Original from Siam. Kalau pergi Padang Besar jgn lupa beli paste tomyam Siam =)
 
Lagi yang terkenal di Perlis adalah mempelam harum manis, tp orang sana cakap harga harum manis dah makin mahal. RM15 sekilogram. Bila musim buah mempelam boleh la beli kot.

 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...