Nov 19, 2012

Agar-agar Roti



Bahan-bahan
  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sepeket agar-agar tali
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • 31/2 cawan air
  • Esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  1. Masak 3 cwn air, agar2 dan gula di dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, sedikit esen vanila dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Tuang ke dalam loyang dna simpan ke dalam peti sejuk. Enak dmakan ketika sejuk!
**kalau guna pewarna coklat/merah, adunan dibahagikan 2. Satu adunan berwarna, satu adunan asal. Adunan dituang berselang seli supaya agar-agar kelihatan seperti agar-agar marble. (nama asal: Agar-agar Roti Marble) =)
 

Abaikan warna yang tak berapa nak menarik. Satu sebab pewarna tak de dan satu lagi sebab menggunakan roti wholemeal, bukan roti putih biasa. Inilah jadinya kalau beli roti dan tak de orang nak habiskan bila kat rumah. Agar-agar pun tak laku, kesudahannya rezeki kawan-kawan di ofis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...