Nov 11, 2012

Aleesya's First Movie

Dalam usia 1 tahun 11 bulan baru mama berani bawak Aleesya pergi tgk wayang. Sebelum2 ni pun memang teringin nak bawak dia tapi sebab masa tak de. Kalau mama free, papa pulak yang takde. Last saya & hubby tengok movie pun cerita Ombak Rindu, tu pun sebab hubby yang beriya nak tengok cerita tu sebab promosi dan pengaruh di FB/Twitter dll. My hub bukan peminat filem Melayu, drama etc
 
Oleh kerana cuti hujung minggu yang tiada kerja, yeay! Mama mcm biasa, suka plan pergi mana2/apa2 aktiviti. Plan nak pergi hari Sabtu (10.11.12) terpaksa ditunda pada hari ini. Movie yang sesuai sekarang adalah AjiBoy, movie lain2 tak sesuai kot. Kartun pun takde. Nasib baik ada show di GSC Alamanda.
 
Jam 4.30pm kami keluar rumah, sempat ambil tiket movie jam 5.00pm. Mula-mula masuk hall, Aleesya diam je...tgk muka dia cam sedikit cuak, mesti duk fikir mana lah mama nak bawak ni, hehe.. May b sebab gelap dan iklan sebelum movie start kebanyakan adalah cerita Inggeris. Dengan sound system yang kuat, Aleesya dah mula merengek nak keluar siap tunjuk pintu lagi. Papa relax je makan pop corn. Mama jugak yang kena tenangkan dia.
 
Bila movie start, elok pulak dia diam. Fokus je siap baring atas riba mama. Lama2 baru berani nak gerak kaki, tukar posisi dan sebut abang..uncle..dsb character dlm Ajiboy.
 
Alhamdulillah semua berjalan dengan ok, Aleesya baik je sampai habis cerita. Cerita Ajiboy pun ok, relax dan tak berat..shoot lak kat A Famosa Resort, macam tau2 je nak pergi ke sana. Tp tak tahu lagi jadi ke tak, dah boleh tgk/imagine apa2 yang ada kat dalam tu :)
 
Lepas tgk movie, singgah makan kat Garden Cafe. First time try kat situ. Selama ni lalu n tengok je sebab deco2 dia sangat cantik tp tak pernah lak rasa nak cuba. Makanan ok, walaupun mahal sikit biasalah kena dgn tema dan deco nya. Menu ada Western & Asian Food, dan eat free for kids.


 
 
 
 
 
 Love,
 
Cik Puan Dianna


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...