Nov 1, 2012

Bersukan

Rasanya lama sangat saya tak bersukan. Rasanya semenjak mengandungkan Aleesya, sampai dia lahir dan sekarang umurnya dah hampir 2 tahun. Bersukan yg saya maksudkan adalah bersukkn yg berat2, kalau jogging/aerobik tu ada je buat time ada program.
 
Mungkin sebab sy bersalin c-sec, lg lah kena jaga kan. Orang cakap paling kurang setahun dua tu kena pantang lagi buat kerja berat tp kadang2 kita ni lupa dan terpaksa buat sesuatu tu, kena buat juga.
 
Ptg semalam, rakan2 ofis ada anjurkan pertandingan boling di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square. Mak ni malas la join pd awalnya sebab fikir nak balik amik Aleesya, if papanya ada kerja kan. Nasib baik hubby tak de kerja semalam, tambahan dgn pujukan rakan ofis dan satu team tu tak cukup org, saya join la jugak. Team kami dapat no 3 dr keseluruhan 6 group, yeay!!
 
Main 3 games, bila masuk game ke3 mula la rasa lenguh jari *ada ke lenguh jari? ;)*...then kat bawah perut ada rasa sakit sikit. Barulah teringat yg awak tu dulu bersalin c-sec, terus lps tu kurang semangat nak main.
 
Dah lama tak pergi massage satu badan, asyik delayed je. Skrg hanya sempat massage kaki n basic massage je time pergi buat facial. Owh, i need a massager. Walaupun my hub mmg pandai massage, saya tetap suka pergi dekat org yg mmg expert bab2 massage ni. Kalau dulu pergi kt spa atau pun buat dgn makcik/bibik dr Indonesia/Thai yg expert.
 
Balik mlm td, rasa penat dan tidur awal. Bgn pagi, owh rasa lenguh2 badan la pulak. Cam br lepas lari 100m je :) tu la lama sangat tak ber exercise kot. Hopefully cepat2 baik dan hilang lenguh2 ni.
 
Saya nak bersukan lagi. Rindu nak main badminton dan futsal. Juga work out di gym, *walaupun tepi rumah ni je ada gym tu** :p Setakat layan Aleesya main kat playground tu boleh la..sambil jalan2 round kawasan rumah ni.
 
Pg tadi Aleesya memujuk2 sampai nangis mama ajak pergi "taman", sekarang kan asyik hujan je ptg2 so tak boleh nak bawa dia pergi taman. Ptg tadi balik awal then mama bawa Aleesya pergi Alamanda, mama terasa nak makan yg manis2..setiap kali teringin nak makan yg manis mesti teringat cakes & aiskrim je. Saya order durian cheese cake dan prawn cheese pasta.. makan sekarang memang selalu berebut dengan Aleesya. Rasanya anakku ni menurun dari mama dia suka makan yg manis2 dan bercheese :) lps dinner, bawak dia pergi main kat "taman", hurm..main sampai puas..payah pulak nak ajak dia balik hehe....

layan..sape yg bergegar skrg?...haha
Our team. Tempat ketiga, yeay!
 
nyum nyum
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...