Nov 3, 2012

Sakit

Bangun pagi tiba2 rasa badan tak leh gerak, even nak pusing dan bangun. Oh tidak. Rasanya sakit lama kembali lagi. Seingat saya kali terakhir rasa sakit sebegini semasa sedang mengandung. Bahagian belakang pinggang, atas pinggul rasa sangat sakit sampai tak leh gerak. Mujur hubby ada di rumah, dia tolong gosok dan urut2 di belakang. Katanya badan saya ni banyak angin, urat bersimpul-simpul, tu yang menyebabkan sakit.
 
Hubby pulak ada kerja luar hari ni. Sebelum dia keluar, dia dah tapaukan makanan siap2 untuk hari ini. Bila saya duduk/baring/menunduk, then nak bangun sangat sakit ok. Time nak mandikan Aleesya, hanya Allah je yang tahu sakitnya camana. Jalan pun dah macam orang preggy 9 bulan lagaknya. Kalau tak baik lagi, esok harus kena pergi clinic. Hopefully baik. Sebab hari ni dan esok hubby busy, mana sempat dia nak hantar saya pergi clinic.
 
Sempat meng-google apa sebab sakit sangat tu. Memang sebab sakit urat, saya cuma risau takut ada tulang patah/retak, mintak dijauhkan. Yela, dulu2 zaman belajar sangat aktif bersukan. Kalau main netball tu jatuh terguling tu memang biasa. Time kat asrama sekolah dulu pun, ada jugak terjatuh dalam bilik air. Punca sakit belakang pinggang di antara lain sebab tidur yang tak betul, mungkin betul sebab Aleesya masih BF, so time saya baring confirm dia akan datang mengempeng ngan mama. Tidur pun mengiring je. Angkat berat juga betul, Aleesya pun suka lagi minta saya dukung. Time bangun tengah malam dia minta susu, mahu ikut sama saya ke dapur, of course la mahu didukung. Kalau pagi2 tu, nak dukung dia lagi, bawak beg n handbag mama lagi serta beg laptop turun dari tingkat 10 tu..huhuhu..walau apa pun, mama sanggup buat apa sahaja demi untukmu sayang =)
 
Petang tadi lepas Aleesya bangun tido ajak mama pergi "taman". Hari baru lepas hujan, so bawak jugak dia jalan2 kat taman di samping mama nak exercise pinggang. Sekarang ptg asyik hujan, memangla dia memberontak tak boleh main kat taman. Nasib baik Alamanda tu dekat je, bolehla mama bawak dia main kat taman dia kt dalam Alamanda tu, hehe..
 
Semoga semuanya baik2. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.
 
First time Aleesya tgk live football match. Aksi "gol!!" nya sgt comey

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...