Feb 7, 2012

Satu Hari Di Cameron Highland

Cuti panjang bersambung-sambung Maulidur Rasul dan Thaipusam 5 hari, adalah rugi kalau tidak digunakan dgn sebaiknya. Nak pulang ke kampung, encik suami bekerja di hari sabtu. Tiba-tiba idea gila datang, terlintas di hati nak ajak dia pg bercuti ke Cameron Highland. Last minute plan itu diapprove oleh hubby, so apa lagi, pg ahad (tak de la pg sangat pun) terus shot ke sana, harapnya orang tak seramai time school holiday hotel pun x book, harap dgn walk-in semoga ada hotel utk kami =)

Bertolak dari Putrajaya sblm jam 11pg, kami exit Tapah, (encik suami tak suka jalan yg bengkang bengkok dan sempit itu). Ku sangkakan panas hingga ke ptg, sampai je kt Ringlet dah jammed. Uish, mmg tak kena masa lah ni, Tanah Rata pun jammed. Kereta berderet-deret, kedai makan pun penuh. Kami berhenti lunch di Tanah Rata, *marrybrown je yg sesuai*. Then sambung jln lagi, kono nak try Equatorial di Brinchang. Sampai di kawasan pasar malam, dah sangkut lagi. Mmg tak de maknanya nak berhenti kalau mcm tu, parking tak de, konon nak pg tgk hotel dulu lah.

Bila sampai di hotel, nasib tidak menyebelahi kami, hotel dah penuh. Takkan nak patah balik kt Tanah Rata kot, tak sanggup weh kerana mmg kitorang tgk kereta sepanjang-panjang jalan dok queue, hehe.

Hubby buat keputusan agar terus turun Ipoh, lalu Simpang Pulai. Sempat jugak singgah beli buah tangan dari Cameron, dan merasai kemanisan buah strawberry dan jagung Cameron, hehe. Sempat juga singgah di Bharat tea plantation. Bharat jugak la punca kesesakan lalu lintas di sana. Suami cakap, pengaruh cerita Ombak Rindu lah ni, hahahah..

So terus ke Ipoh dan bermalam di sana. Keesokannya pulang ke Putrajaya. Itulah percutian singkat satu hari di Cameron Highland. Harus pergi lagi lain hari, dan semestinya di hari biasa @ hujung minggu yang dijangkakan kurang orang, hehe.

OTW naik atas, kat waterfall, (lata kijang kot namanya) dah penuh org

Keta bersusun-susun nak naik atas ;(
Lunch di Marrybrown, Tanah Rata

Family pic at tea plantation!

yummy strawberries!

Mama and Aleesya at tea house

she loves strawberry

hobi baru, suka main telefon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...