Mar 25, 2012

Miss My Baby n Hubby

Mlm td smp termimpi2 pd aleesya. Mana tak nya, smlm dpt byk mms gmbr aleesya dr makteh n tokmi. Baik je aleesya kena tinggal, tp bila tunjuk gambar mama mula mencebik dan menangis. Anak mama pun rindukan mama, kan?

Hari ni mama pulang ye, sayang. Nanti kita jumpa papa. Miss both of you lots.


Mar 15, 2012

Ujian DariNya

Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala Dia menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menganggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, Allah tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Seperti mana yang Allah telah jealskan pada ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi, Dia menyediakan jalan keluar dan memberikan khabar gembira buat hamba-hambaNya yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNya akan dapat menyaksikan bahawa Allah sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNya itu kekal sabar.

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Mar 14, 2012

Kali Kedua

Ya Allah, apalah ujian yang kau berikan kepadaku...

Dear hubby, im really sorry.*harus akan diganti dgn yang baru*

Siang tadi di ofis, ntah macam mana ada orang boleh lepas masuk dalam ofis time kitorang keluar minum. Dan sekali lagi barang saya dicuri, kalau dulu 2 external hard disk, kali ini iPad pemberian mr hubby. Saya merasakan sangat2 bersalah. Now, masih blur dan tak percaya dgn kehilangan itu, semua benda tak boleh buat, esok nak outstation tp semua tak packing lagi.

Patutla pagi tadi saya sangat2 mengantuk, sebab tu ajak kawan pergi minum sekejap nak bagi hilangkan mengantuk itu. Nampaknya perompak yang mencuri di pejabat menggunakan kaedah berpakaian pejabat (siap ber'tie'), masuk ofis dan rembat apa sahaja yg mempunyai nilai. Peringatan buat semua, sila berhati-hati walau dimana jua.

**Ofis saya tak ada cctv, pihak audit pernah menegur tentang keselamatan di ofis kami, pihak pengurusan pula memberi jawapan yang kami sendiri tidak faham. Siapa yang harus dipersalahkan? Ya, saya cuai kerana meninggalkan barang peribadi di ruang meja bekerja sepanjang waktu bekerja, tapi bagaimana orang luar boleh sesenang hati masuk ke ruang pejabat kami?

Mar 6, 2012

Aleesya 15 Bulan

Skjp aje dah 15 bulan usia aleesya. Sepatutnya hari ni ada check up, punyalah mama balik awal nak bw aleesya pg klinik. Nasib baik sempat check buku rekod aleesya. Rupa2 nya mama set appoinment dgn kkpj pada akhir bulan, haha.

Aleesya dah pandai:
- sebut mama, papa, bird, cat, ipin (upin ipin), amik (ambil), milk
- dah pandai sujud bila kita sebut Allahu akbar. Dia pun sebut sama sambil terus sujud ke lantai *comey kan*
- dah pandai duduk tmpt tu je bila kita tinggalkan dia skjp dan memintanya duduk diam2
- dah boleh terima arahan, kalau kita suruh pg ambil buku dan baca, ambil barang2 yg kita tunjukkan.


*happy birthday to mak teh aka pengantin baru. Lps ni boleh celebrate birthday & anniversary skali lah, p/s: pak teh bagi hadiah apa, mesti very special kan? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...