Apr 30, 2012

Selamat Pengantin Baru Wan & Farah

Lama sangat rasanya tak pergi wedding kawan2. Walaupun ada program pada hujung minggu lepas, masih sempat menghadiri majlis akad nikah syazwan & Farah. Wan aka Padu adalah pengapit kami yang lepas, kawan my husband. Bila dia kawin wajiblah datang kan.

Selamat pengantin baru buat wan & farah, moga kekal ke akhir hayat. Farah, i suka dgn baju n pelamin u lah, simple n nice :) Cepat2 dapat baby tau, tak de lah boring duk umah, hehe..







Apr 27, 2012

Jom Ke Sarawak

Sambutan hari lahir pada tahun ini lain daripada sebelum2 ini, cuti-cuti hari jadi di Sarawak :)


 Kebetulan encik suami pulak yang ada kerja di Sarawak pada masa itu, jadi beliau telah merancang untuk membawa saya dan Aleesya bersama-sama. Lagipun dah lama saya cakap ngan dia nak pegi Sarawak, tak pernah sampai lagi di Sarawak, hehe..

Flight kami ke Kuching pagi Isnin. Sampai di sana, kawan kami aka pemandu pelancong ambil dan bawa ke Hotel Samudra yang telah ditempah oleh pihak penganjur. Letak beg je, then pergi lunch kat Rumah Hijau. Saya suka design Rumah Hijau, banglo lama diubah suai jadi restoran. Menu kami tengahari itu adalah nasi ayam penyet. Kemudian jalan2 sekitar Kuching, sempat ke Lundu then balik ke hotel pada malamnya slps makan mi kolok, sik nyaman. Rezeki nak makan lobster tak dapat kali ni,  tp udang yg ada tu pun dah cukup besar, goreng kosong aje sodap! Pengalaman pertama juga naik feri nak ke Lundu.


First time aleesya naik ERL

At Samudra Hotel
Selasa pagi dah kena pergi Santubong, suami saya ada course di sana. Saya dan Aleesya lepak kat bilik hotel, sangat besar biliknya, tp kami tak bermalam di sana sebab tak de apa pun kat Santubong tu, perkampungan budaya ada kat sana tp tak sempat nak pergi.

At Damai Beach, Santubong

One Santubong Hotel

Petang itu kami kembali ke Kuching dan bermalam di Harbour View Hotel, dekat dgn waterfront. Aktivitinya: pergi ke kampung Boyan di seberang untuk dinner, kena naik sampan. First time Aleesya naik sampan, nangis2 dia, cian anak mama takut ye :) Makan di sana pun sedap, ikan terubuk goreng dan nasi goreng tsunami. Nama menu pelik2, ada air milo gempa bumi dan macam2 lagi. Singgah kat kedai kek lapis Mira dan Dayang Salhah juga. Pulang n rest di hotel.

At Waterfront

Muka nak nangis, takut nak naik sampan
Rabu pagi, selepas breakfast di hotel kawan saya ambil dan bawa makan Mi sapi/Mi kolok di Boyan. Sangat sedap, ikut hati nak tambah tp dah kenyang. Tu pun breakfast sikit je kat hotel, makanan kt hotel tak berapa best ;( Selepas check-out, jalan2 lagi beli buah tangan dan kek lapis, tidak lupa ikan terubuk masin. Banyaknya kedai kek lapis di Sarawak ye. Saya dah rasa dan dapat bezakan di antara kek lapis yg agak murah dan mahal, dari segi tekstur dan rasanya. Saya suka dgn kek lapis De Wannies, walaupun agak mahal tp ada rasa nya :)

Banyak kek lapis diborong

Family potrait, aleesya dah tidur
Percutian yang sangat menarik dan enjoy, kerja-kerja di pejabat lupa jap =) Thank you very much to my husband, ini erupakan hadiah harijadi yang paling best. Next year nak request ke tempat lain la pulak ye, hehe.








 

Apr 22, 2012

Happy birthday to mama

HAPPY BIRTHDAY TO ME..

Kali kedua berturut-turut saya meraikan ulang tahun kelahiran pada hari minggu dan bekerja.

Tahun lepas ada kerja di kuala selangor, tahun ni di shah alam, selangor. Ada kerja 20-22hb, mmg tak boleh elak. Suami saya juga ada kerja 21hb mlm, jadi hanya dpt call ucapan hari lahir dr suami tercinta jam 3.00pg. Hari ini juga berkongsi sama kelahiran dengan 2 org lagi kawan dan urusetia di tempat kursus. Kedua-duanya lelaki. Tak sempat nak keluar beli cake, kalau tak dah boleh tiup lilin sama2 dah, hehe.

Program habis tengahri, lps lunch. kami bertiga menghabiskan masa d OU, tea break celebration di delicious sahaja. Perut dah kenyang, badan juga sudah penat. Birthday present dah dapat awal. Kali ini, hadiah tambahan daripada suami, percutian di Sarawak, yeay! Pertama kali dalam hidup, dalam usia 29tahun baru dapat jejak kali ke bumi kenyalang.




video

Apr 17, 2012

Mangga dan Oren

Itu sebab saya malas nak kirim beli barang/makanan.

Td rasa haus sgt, kirim la kt org tu orange juice. Stock dlm peti ais dah abis. Ais n air sejuk dlm peti juga tak dr stock, tu pasal kirim je. Sampai aje kt umah, agak lewat la. Janji dlm stgh jam, tp smp bila saya dah siap mandi n solat isyak semua. Tgk2 pulak bukan orange juice, tp mango. Adoiya! Eemm...

Ari tu mtk belikan roti sebuku yg rm0.60 kot, minta beli SATU je ok, sbb konon nak mkn mlm if lapar. Tgk2, amik kau! 6 buku dibelinya. Sape nak makan tu, jawab2.

Oleh kerna itu lah, payah nak kirim beli apa2. Pampers n susu anak pun, baik saya pergi sendiri lah. Bawak aleesya n tolak troli sendiri, huhu.


Mlm ni aleesya buat hal, mengantuk la tu. Mama nak masak(spagetti) mudah dan cepat. Mula2 dia ok, teman mama kat dapur, dia pun nak masak2 juga.

Sekejap je ok nya, bila dah start, dia buat hal. Nak capai barang atas rak la, nak dukung la etc. Dah mula comot, nak makan yogurt sendiri kononnya. Sampai le hidung dan rambut la jawabnya. Kena marah dgn mama sbb nangis time nak mandi. Then mama layan dia main air, baru ok dan boleh gelak2. Siap pegang pair air n lalukan air dlm mulut, mesti belajar dr kakak dina ni.

Then siap2 pakai baju semua, kena layan dia, tgk tv n baca buku. Then DF lagi, cmpr minum botol. Pun tak nak tidur lagi. Spagetti ku nasib baik masak cepat, sungguh mudah :)

Bg aleesya mkn dlu, then minum susu baru lah tidur. Huh, letih. Makin lama makin mencabar, mama nak mandi pun tak boleh. Amik wudhuk sambil dukung dia, okeh!

Baju tak lipat lagi, washing machine duk gerak lagi tu. Saya akan basuh baju semalam sekali shj. Tak larat n malas, haha. Mcm ni lah jadinya, banyak keje umah pending. Tak sempat nak kejar. Baju tak iron lago, mata dah kantuk, lenguh2 belakang dah.

Tidur awal lagi la mlm ni, esok pg je la sambung, kalau sempat hehe. Adios!

Apr 4, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...