Jun 27, 2012

wordless wednesday


Aleesya demam, mama demam..we r at home.

P/s: app blogger-droid adalah sgt tidak best :p

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jun 24, 2012

Teacher

Homework for aleesya di hari minggu. Dah banyak aleesya belajar, mungkin dah confuse :)

Mama dah jadi teacher. (perempuan yg bertudung)

Papa dah jadi mama.

Kebanyakan binatang berkaki empat dipanggil cat (goat, fox, tiger, lion & p**)

Yang terbang dipanggil bird (aeroplane)

Yang lain-lain baru dibelajar.
- baca doa makan
- 1, 2, 3
- A, B, C


Jun 23, 2012

0940 am

Cayalah anak mama. 1st time bgn lewat. Hari ni mama kasi can, nak tgk Aleesya akan bgn pukul berapa. Dlm pkl 7 dia dh bgn nk DF then sambung tidur sampai pukul 9.40. Mama yg nak sambung tidur balik pun tak dapat dah, so tgk n layankan aje anak mama ni tidur.
Kalau dulu biasanya Aleesya yg kejutkan mama pagi2. Tidur awal n bgn awal. Lately memang Aleesya amat sukar nak bangun pagi. Kalau hari kerja memang jenuh mama n papa kejutkan. Sampai kena angkat terus Aleesya dr katil nak pegi school. Baru lah dia nak buka mata ♥♥

LEPAK-ing

Lama tak keluar berjimba malam2 bersama teman2. Mlm ni laratkan diri walaupun mengantuk, bawa Aleesya keluar pergi lepak kat umah kawan. Kebetulan my hubby out station, risau jugak keluar dgn Aleesya malam2 kan.
Lepak di rumah adalah lebih baik drp lepak di kedai mamak atau mana2 cafe larut malam. Tambahan pula dgn status masing2 dah jadi mak pak dan anak turut diangkut sama kan :)
Kami lepak di rumah kawan saya. Hidangan yg disediakan kurang laku, sebab masing2 lebih seronok berbual tentang diri, keluarga dan kerja masing2 kan. Hingga hampir lupa dah lewat malam. Kerenah anak2 boleh diabaikan, Aleesya seperti biasa lah tidur awal. Lagi seronok mama :)
Alhamdulillah, sampai rumah sebelum tengah malam. Program esok, birthday party amaani. Yeay, makan2 lagi :)
Oh, we really miss papa. Good nite

Jun 20, 2012

Wordless Wednesday






Jun 18, 2012

Weekend and Father's Day at Perlis

Hujung minggu baru ni kami pulang ke Perlis. sudah tiga minggu berturut-turut bulan ni memang tak berhujung minggu di rumah lagi. nenek suami saya dah dua minggu dimasukkan ke hospital (HTF). Tok dah lama sakit, tapi kali ni paling lama ditahan di wad. 

Kami bertolak pagi, sampai petang di Kangar. Terpaksa bermalam di sana sebab suami ada kerja yg perlu diselesaikan. Check in kat Putra Palace dan pegi melawat Tok kat HTF. Oleh kerana Tok duduk kat wad kelas 1, pelawat boleh dtg 24jam. Time kitorang sampai si kembar ada jaga Tok yg sedang tidur.

Lps tgk Tok, saya ajak suami dinner kt Medan Ikan Bakar kat Kuala Perlis. Mama belanja sempena Father's Day. Ini adalah kali kedua saya ke sana. Yg pasti, kedai Lynda Ikan Bakar juga yg dituju. Kedai tu paling sedap dan harga boleh tahan murah jugak. Nasib baik kami sampai awal, sebelum org ramai. Kedai Lynda adalah di hujung skali. Then balik hotel, layan cerekarama. First time Aleesya layan drama sama, entah apa mimpi dia tengok drama malam tu, mungkin sebab drama tu ada "kakak" kot, drama sempena Hari Bapa lakonan Zamarul Hisyam. Time kitorang makan kat Kuala Perlis dia dah tidur, mengantuk sangat sebab siang tak tidur pun dalam kereta. Sampai bilik, saya letak dia atas katil elok je dia terjaga dan ikut kami sama layan tv sampai 12.00am.


Ahad pagi, agak bermalas-malasan nak bgn pagi dan sarapan kt hotel. Nasib tak baik kali ni ntah kenapa, air tak de pulak kat hotel tu. Elok je saya tengah mandi, air kt bilik air tu makin slow. Suami terpaksa mandi kt tandas di lobi. Bila tanya receptionist, dia cakap diorang sedang pam air untuk bekalan.

Saya dan suami memang agak panas hati, sampaikan suami siap cakap kt Foursquare, memalukan warga Perlis je, hikhik. Sebelum check-out saya dah pesan awal-awal supaya komplen dan intak diskaun tapi apakan daya, suami ku hatinya baik, haha. Mak pulak yang hangin!.

Kami ke HTF lagi skali, makcik suami saya yg ambil turn jaga Tok hari tu. Rupanya Tok ni dah hypo (hypoglycemia) - kandungan gula dalam darah rendah, menyebabkan dia letih dan tidur je. Langsung tak nak buka mata. Nasib baik makcik tu adalah nurse, jadi dia tahu lah camane nak handle Tok. Dibaginya Tok air gula, then barulah Tok boleh buka mata. Tok pun dalam keadaan separuh sedar. Alhamdulillah dia masih ingat dan cam cucu dia tu, tp bila pandang saya dia tenung lama dan tak cam. Saya tengok suami sedih je tgk keadaan Tok dia makin teruk, ye lah dari kecik tinggal dengan Tok.

Kemudian kami terus gerak pulang, sempat singgah umah FIL kat Bukit Kayu Hitam. Cuti kali ni tak sempat makan cendol Fatin dan laksa perlis la, huhu. Tak pe, next time balik sana lagi harus pekena my favourites.

Ini lah kerja dia dalam kereta ow balik Perlis

Bilik hotel. Spoiled!

Dinner at Lynda Ikan Bakar

Suka nak pakai spek terbalik tau!

Jun 11, 2012

Dia Menangis Sesungguh Hati

Wah, tajuk post gempak kali ni..hahaha...

Hari ni saya cuti, malas nak hadap jammed di hari isnin yg haruslah memeningkan. Sekolah baru buka kan..sambil settlekan urusan2 peribadi. Ptg bw aleesya check up n injection utk 18bulan.

Mula2 masuk jumpa nurse, aleesya happy aje. Timbang berat 9.5kg, last dia timbang kt KK sewaktu umur setahun adalah 7.5kg, time bw check eczema kt an-nur 8kg. Wah, makin berat anak mama, patutla tangan mama cepat lenguh n cramp dukung sayang.


Tiba masa nak inject, aleesya duk diam je. 2 nurse dan mama pangku aleesya, dia tgk je jarum yg nurse nak inject kt peha dia tu. Dan, sebaik je jarum dicucuk, uwaaa....! Aleesya nangis agak kuat, tak pernahla dia meraung cam tu sebelum ni, haha. Mama cuak2 pun maintain je la. Keluar bilik nurse n tunggu kat farmasi nak ambil ubat pun aleesya masih lagi meraung2, sakit sangat kot. Ye la, sebelum ni kena inject time dia tak reti lagi,hanya merengek biasa je sekejap. Kali ni sampai keluar dr klinik baru la dia diam, hanya merengek2 je. Masuk kereta mama bagi susu pun nangis lagi. Biasanya kalau di umpan dgn handphone@tab dia akan leka tp kali ni semua dia tolak, so mama terpaksalah bawak kereta sambil pangku aleesya. owh sila jgn tiru aksi ini.


Sampai kat rumah, keluar kereta aje elok aje,sebab boleh jalan kan..masuk rumah sambung merengek balik. Jenuh mama melayan kerenah manja anak mama ni. Makan n mandi then merengek lagi. Sampai dua2 tertidur. Sedar aje dh pkl 7 lebih, mama buka puasa makan bubur durian aje, lebihan makan durian semalam tghari td buat bubur durian. Seb baik secukup rasa, walaupun time masak tak rasa pun kan :-)

Tunggu papa pulang pun agak lewat then keluar dinner. Mood aleesya pun tak ok lg.

Hopefully anak mama tak demam esok kesan dr injection td. Luv u darling :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

JPO, here we are

 
Sampai dah pkl 6pm
 
Dia pun nak pegang paper bag jugak
Happynya dia dapat shopping

Hasil tuaian di JPO
..later akan update dalam entry lain cuti2 Johor =)

Jun 6, 2012

1 Tahun 6 Bulan

Hari ni aleesya dah setahun setengah. Sekejap je masa berlalu kan, boleh dapat adik dah tu, hehe..

Mama ingatkan aleesya check up hari ni, rupa2nya dah lepas. Aleesya sepatutnya check up bulan lepas, iaitu 2 bulan selepas check u untuk setahun. Nasib baik check up biasa je. Mama dah set appoinment baru, next monday kita pergi ok.

Ptg td lps kerja, mama saja2 bawa Aleesya pergi Alamanda. Bukan main lagi suka ye kamu jalan2 kat Alamanda, jenuh mama nak kejar ke sana sini. Dinner kat pizza hut. Aleesya suka makan spagetti, bila dine in kat pizza. Setiap pembelian lebih daripada RM20, kids will eat for  free. Tp dah terbalik pulak dah, Aleesya makan spagetti mama dan mama makan garlic bread Aleesya n soya bean =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...