Jul 30, 2012

Saya Nak MC

Amat jarang sangatlah saya ni amik MC, baik cuti terus n rest kat rumah. Cuti pun banyak tak habis.
Tahun ni pun tak de amik MC lagi, hari tu time kurang sihat hanya cuti, rest kat umah n makan ubat.

Bangun semalam time sahur dah rasa sakit tekak, gaya2 nak demam tu dah ada.Siang hari semalam kepala dah rasa berat dan badan rasa letih je. Nak buka puasa kang sayang pulak, lagipun masih boleh bertahan. Alhamdulillah dapat tahan sampai petang. Plan asal dah janji dgn kawan nak buka puasa kat luar, tp keadaan kurang sihat so plan canceled. nak pegi Bazaar Ramadhan pun tak larat. Petang sempat lena sekejap selepas asar, bangun2 je dah lewat fikir nak masak.

Keluar bilik tengok2 makanan dah siap bawah tudung saji, suami dah hidangkan. Walaupun dai atapu dai bazaar je kan. Siap dia goreng ikan masin n masak nasi sekali, walaupun nasi agak keras. Terima kasih buat suami tersayang. Baru ku tahu rupanya suami saya pun boleh buat kerja dapur cuma tak pernah tunjuk skills je. Kalau cam tu, nak demam selalu lah..hahaha

Selepas buka puasa, telan ubat then dah lega n boleh kemas-kemas rumah, lipat baju, basuh baju semua lagi. Tak jadi nak pergi klinik cos dah ok, cuma selsema dan hidung tersumbat payah nak tidur malam tadi. Bila difikir-fikirkan bali badan rasa letih, mungkin sebab dalam minggu lepas baru start puasa, siapkan kerja rumah dan melayan Aleesya yang makin manja tu.

Pagi tadi bangun pun dah rasa ok, so hari ni boleh kerja macam biasa.  Tp bila otw to ofis, dah rasa sejuk2 balik..ish, nak pergi klinik pun tak larat. Kerja pun tak banyak, so harapnya boleh rest kat ofis je la. Dan harapnya petang nanti boleh drive balik rumah macam biasa.

Oh, alangkah indahnya kalau dapat rehat kat rumah.

Jul 28, 2012

Cerita Puasa - Minggu Pertama

Ramadhan tahun ini bermula dengan hari Sabtu, mungkin yang ramai balik kampung berbuka bersama keluarga. Tahun ni saya berpuasa bersama suami serta adik lelaki saya yang praktikal tinggal di rumah saya buat sementara. So kena lah rajin memasak, kalau sebelum ni berdua senang-senang berbuka kat luar @ tapau aje.

Hari pertama dan kedua kami berbuka di rumah sahaja, saya masak lauk-lauk simple dan sempat buat puding caramel. Yang tak seronok nya, kalau saya masak kuih-muih atau apa sahaja dessert, mesti saya yang kena habiskan semuanya ataupun akhirnya masuk tong sampah. Suami kurang makan yang manis-manis, beliau hanya mahukan nasi untuk berbuka dan sahur. Lauk simple pun tak pe. Satu lauk pun tak pe, saya je yang makan nasi nak lengkap semua dengan sayur, tp akhirnya saya yang makan sorang2 lauk tu. Erm, tak jadilah diet kalau makan nasi hari2 =)

Hari-hari biasa saya ataupun adik akan beli lauk di Bazaar. Suami saya banyak berbuka puasa di luar bersama program anjuran pejabatnya. Menu yang biasa dibeli adalah ayam percik. Harga pun boleh tahan mahalla. Ada kat tempat RM4-RM7 seketul. Menu tu la yg adik dan suami saya makan sama ada berbuka ataupun sahur. Tahun ni selera saya di Bazaar tak semeriah tahun sebelum-sebelum ni. Pergi Bazaar tak tahu nak beli apa, teringat kat suami dan adik nak makan apa je. Kalau dulu, mesti beli murtabak, kuih2 manis, air, lauk2 dsbnya. Mungkin sebab letih kot.

Ada juga kalau time dah prepare nak masak apa pada petang hari, suami ajak berbuka kat luar, erm..tak masak la lagi. Lagipun kerenah Aleesya yang makin lasak betul-betul menguji saya juga di dapur. Ada time saya sedang menyiang ikan, dia cari saya di dapur dan minta didukung. So, camana mama nak masak? Dah umpan untuk main sama-sama kat dapur pun tak jadi. Sekejap buka almari, sekejap nak buka peti ais, sekejap nak air dll. Aleesya ni lebih manja dengan mama berbanding papa.

Biasanya lps berbuka puasa, mandi dan solat semua, Aleesya akan minta saya susu dan tidurkan dia. Kadangkala dgn saya sama-sama tidur. So moreh/supper memang jarang sgt la nak makan. Time berbuka pun makan sikit jer, sebab sebok duk melayan Aleesya yang berbuka bersama. Solat terawih pun kebanyakannya dibuat selepas Aleesya tidur, kalau dia ada memang dia tak kasi can kat mama nak solat. Dia tarik telekung mama dan nangis sepuas hati. Macam-macam kerenah anak mama.

Walau apapun, saya akan cuba memperbanyakkan amalan-amalan di bulan Ramadhan ini. Sekali setahun je dapat jumpa, jadi haruslah dikejar segala kebaikan dan ganjarannya yang berlipat kali ganda daripada bulan-bulan lain. Insya Allah.

puding caramel

buka puasa @ black canyon


Jul 25, 2012

New Blog Header

Layankan ajer tiba2 muka satu family kecil saya menghiasi blog header Cik Puan Dianna ini. Saya ni malas nk edit2 blog arrangment ni, janji content tu ada utk rujukan di masa hadapan dan tatapan pembaca sahaja. Background tu dulu-dulu selalu la jugak tukar kan, now memang penyakit M je la =) 

Bila tengok blog orang yg kebanyakan letak pic sendiri sebagai blog header, meh nak cuba jugak la. Yg bab coding2 tu satu je saya letak utk jadikannya centre, coding lain dah lupa dan malas la nak explore, hehe.

Jul 22, 2012

Tahi Lalat

Aleesya geram tgk ada bintik hitam kat betis kanan dia. Lantas digaru2 dan dikopek. Ari ni br saya perasan dah jadi cam kudis kat kawasan tu. Aiyoo...itu tahi lalat la sayang, bukan sebab kena gigit nyamuk atau apa2 yg duk sebut yak2, then minta mama sapukan ubat

Jul 20, 2012

Tantrum

Kebelakangan ni memang perangai Aleesya menjadi2. Sekarang Aleesya dah 1 tahun 7 bulan. Kalau time ok, ok lah. Tapi kalau time dia tak ok, jenuh mama/papa layan kerenah manjanya tu.

Kadang-kadang bangun pagi nangis2 nak minta dukung.
Kadang-kadang nak pergi school pun nak mama ribakan dia. Biasanya ok je dia duduk kat seat sebelah pemandu tu.
Kadang-kadang dia terjaga tengah malam, bukan nak susu tapi nak mama dukung bawa keluar dr bilik tidur.
Kadang-kadang kat luar minta mama dukung, ngan papa jarang-jarang. Biasa suka je dia jalan-jalan.
Kadang-kadang time mama nak masak memang dia suka nak mama dukung jugak.
Kadang-kadang kacau mama sedang solat, ditarik-tariknya telekung mama.

Sekarang dah pandai baling handphone/tab mama bila tak berkenan, OMG!
Dah pandai campak botol susu dan barang-barang lain bila tak berkenan.
Dah pandai jerit, baring dan guling-guling atas karpet/tilam bila nak kan sesuatu.
Mama tetap sabar dgn perangai Aleesya yg sedang dalam proses membesar ni. Walaupun ada tu tak tahu dan tak faham apa yang Aleesya nak sebenarnya, tapi mama tetap tenangkan Aleesya. Kalau dulu tidur malam mama lena sampai pagi, sekarang mama dah mula rasa mengantuk di ofis sebab setiap malam Aleesya akan jaga dan buat emosi yang pelik. Kadang-kadang sampai mama tertunggu-tunggu apa pula emosi yang seterusnya. =)

Nasib baik ada terbaca artikel online berkenaan toddlers tantrum. Tantrum adalah emosi yang diluahkan oleh anak-anak kecil, mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dan mengendalikan perasaan tersebut. Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan hilang dengan sendirinya apabila anak berumur tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari.

kat restoran pun nak mama dukung? dpt jagung baru diam jap haha
Anak berusia 1.5 tahun sehingga 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protes. Jika anak-anak kita berkelakuan sedemikian, ianya bukan bermaksud dia sudah menjadi degil tetapi dia sedang belajar untuk ekspresi diri dia disebabkan dia berasa kecewa atau letih akn sesuatu.


Cara untuk membantu anak kita menjadi tenang adalah:
  • pegang dia dgn kuat dan mesra (seperti gambar di atas)
  • bisikan bahawa kita sayang dan faham keadaannya
  • baca ayat al-Quran dan A'uzubillahi minasyaitanir rajim, agar syaitan tidak mengambil kesempatan kepada kita dan anak kita
  • tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan kita juga perlu tenang
  • jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menyebabkan anak itu menjadi pengecut atau suka memberontak.
Sumber: fb Prof Dr Rozieta Shaary


Semoga Aleesya menjadi anak yang baik dan solehah. Dah pandai berdikari, so dah boleh jadi kakak la kan? haha...

Jul 17, 2012

Cikgu Diana

Sesuai tak saya jadi cikgu?
 
 
Gaya dah ada tu, ramai yg cakap saya ni dah mcm cikgu kalau pakai baju kurung, nak2 kalau time buat presentation/ceramah. Kalau jadi cikgu, dah lama saya ni jadi cikgu. Lps habis belajar dulu ada jugak try mintak KPLI, tapi tak pergi jugak exam nya, haha..
 
 
Last week kena attended program dgn guru-guru cemerlang kt PICC, dah la hari Khamis berbatik kan, kami pun dah macam guru cemerlang la jugak..haha..


barisan "guru-guru cemerlang"
dirasmikan oleh PM
bersama "cikgu Anzalna"

Jul 16, 2012

Jealous

Semalam pergi rumah kawan saya, ada makan2 sempena majlis cukur jambul baby Rania.

 For the first time saya tgk Aleesya jealous amat bila mama pegang baby lain. Sebelum ni ok je bila mama pegang baby lain. May be sebab dah makin besar, makin pandai. Mama baru nak dukung baby Rania, dia pun dah menjerit n cebik nak duduk ngan mama jugak.

Camane nak dapat adik kalau Aleesya cam ni...hahha...menurut ibu Rania, dulu sebelum dapat Rania, abg Rania iaitu Rayyan pun mcm tu jugak perangainya, sampai demam2...

Hehe..macam2 kerenah anak2...BTW, makan kat umah Jai n Ina sangat best. Dessert siap ada durian import dari Jelebu lagi =)


Jul 12, 2012

Chicken Cheese Pasta

Dinner for Aleesya malam ni.

Memang Aleesya sangat suka pasta dan apa2 yang jenis mi ni (mihun, mi, spagetti, laksa etc).

Malam ni mama siapkan chicken cheese pasta. Tak sempat nak masak pun bila hari kerja ni, kebetulan ari tu pergi Cold Storage nampak pasta yg cam sedap tu terus beli utk cuba di rumah. Just add water, panaskan dalam microvawe dan tambahkan perasa nya. Sangat sedap, mama pun makan sama.

before
gigih makan sendiri

after: habis satu pinggan


easy imac chicken pasta

Jul 11, 2012

Wordless Wednesday


Aksi gerdix anak mama bila pakai topi cowboy papa =)

Jul 9, 2012

Tak Pandai Jaga Anak?

Tiba-tiba rasa agak tertekan dgn soalan dan pertanyaan bertubi-tubi yang ditujukan kepada saya. Bukan dari sesiapa pun, dari ahli keluarga sendiri. Makcik2 di sebelah mak saya. Kebetulan weekend baru ni balik kampung, ada hal keluarga sikit. Di antara cakap2 mereka:

"Kenapa Aleesya kurus je, tak gemuk2?"

"Aleesya lama batuk, tak baik2, tinggal kat kampung je biar Tok Ma jaga."

"Kesiannya hantar nursery, tak de org jaga, kalau duk kat rumah ada orang jaga."

"Kalau kat nursery, dia mengantuk tak leh tidur selagi tak sampai masa tidur."

"Dah amik ubat batuk yang cairkan kahak? Batuk tak hilang lagi ni, pergila klinik sekali lagi"



Hello...sebelum ni rasanya tak de la stress sangat, entah kenapa kali ni baru terasa sangat. Mungkin sebab banyak kali orang duk cakap kot. Tambahan saya sorang, suami tak balik sama, jadi diorang ni suka2 la nak  hentam saya?

Blurr...

Yang pasti dan penting, Aleesya tetap aktif dan cergas. Sekarang berat Aleesya lebih daripada berat Aisyatul (sepupunya). Dah 9.++ kg. Biar pun tak gemuk janji dia aktif, sihat dan makan pun byk, poo-poo banyak jugak =) Kalau dari lahir memang selalu orang bandingkan anak saya dan anak adik saya, inilah yg mmg kami bincang dulu, duk compare 2 babies in the house.

Nak puaskan hati, saya ajak mak teman pergi juga klinik sekali lagi. Nah! Paed cakap as long as dia active then should be no problem. Lung ok. Tak de demam. Sekarang dengan keadaan cuaca musim panas, dan Aleesya selalu travel tu yang batuk lambat nak hilang. Ubat lain lagi saya minta, ubat batuk+selsema (alergi).

Kenapa la diorang ni asyik cakap2 pada saya ye. Nak minta saya tinggalkan Aleesya kat kampung ke, diorang nak jaga ke. Saya ni tak reti jaga anak ke? ;(

Semua orang mahu berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Setakat ni saya agak puas hati hantar Aleesya kat taska tu, dia boleh bergaul dgn kawan-kawan. Tak  takut @ malu nak bergaul dgn orang. Dah pandai gaya baca doa, tunjuk body parts, baca abjad dan nombor. Walaupun pada umur sebegini memang agak mencabar jugak bila dia dah pandai memberontak dan merajuk, hehe..

buah hati mama
aleesya yang mesra dgn semua orang. tak sabar nak tunggu kawan baru

Jul 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban

Salam Nisfu Syaaban.

Nisfu Syaaban ialah pertengahan bulan Syaaban dalam kalendar Hijrah iaitu malam kelima belas Syaaban.

Di antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban:

1. Selepas solat maghrib - Solat sunat Nisfu Sya'ban, 2 rakaat.
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib
    i- Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
    ii- Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah 
   iii- Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah      segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x diikuti doa Nisfu Syaaban.

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)

Antara kelebihan bulan Syaaban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Syaaban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Alhamdulillah dapat juga baca Yasin 3x malam ni, dalam mood Aleesya yang tak berapa ok. Asal mama solat je dia mula lah buat hal, main tarik2 telekung mama dan nangis. Aleesya pun baca Yasin sama dgn mama, moga menjadi anak yang solehah =)

Tadi juga adik saya (Izzaty) sms ajak pregnant sama2. Amboi, tahniah! Aleesya nak dapat kawan baru. Rezeki di malam Nisfu Syaaban. Tahun depan insya Allah parents saya akan menerima 2 orang lagi cucu yang akan memeriahkan lagi keluarga kami. Adik Aleesya? erk, adik Aisyatul dah confirm tp adik Aleesya insya Allah akan menyusul. Kang payah pulak mak saya kena jadi bidan utk 3 org pulak sekaligus kan, heh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...