Aug 31, 2012

Me & She

Oleh kerana suami saya bz menguruskan satu event yg besar, tiga hari tidak jumpa dgn beliau :(

Saya pun nak join event itu, jadinya saya telah mencuba jaya utk menaiki kereta berdua dengan Aleesya. Saya hantar Aleesya ke rumah makcik di Sg Buloh, tumpang satu malam. Sebelum2 ni, kalau luar dr Putrajaya saya tak pernah lagi berdua dgn Aleesya dlm kereta. Tau2la kanak2 seusianya. Car seat memang tak nak duduk. Setakat hantar dia kt taska n jln2 area Putrajaya boleh lagi la dia bertahan duduk kt seat dpn sebelah pemandu tu. Dgn syarat, umpan mesti ada seperti mainan ke...buku cerita dia ke..hp saya..dll...nak bagi dia leka. Sebabnya kalau mood dia tak ok, dia pernah panjat kat saya yg sedang memandu. Aiyoo anak!

Kami bertolak dlm lebih kurang 10.00 pagi. Mood Aleesya ok, traffic ok. Berjaya sampai dgn selamatnya sebelum jam 11.00. Hebat! Alhamdulillah, anak mama behave all da way. Umpan makan kerepek kacang dan tgk2 pemandangan luar. Sepanjang perjalanan dia tak nak duduk langsung, berdiri di seat sebelah saya. Mama juga haruslah pandu berhati2 terutama time nak brek dan selekoh2 tertentu. Nanti mama kasi hadiah kat Aleesya k.

Mama pulang dulu. Mama nak work. Nak g enjoy jap dan jumpa papa, haha. Esok Aleesya jumpa papa k. Gonna miss u darling.

breakfast roti+cheese

otw to sg buloh



she's in happy mood nak jumpa kakak dina

Happy #Merdeka55 Day


Semoga Malaysia tanah tumpah darahku terus kekal aman dan makmur sejahtera selamanya.

p/s: pic jalur gemilang itu adalah dibuat oleh students time saya buat program. Diorang kena siapkan jalur gemilang menggunakan cebisan2 kain yg diberikan. Kolaj jalur gemilang!

Aug 30, 2012

Makan Daging dan Ikan

Bila makan je, ada menu daging & ikan dah confuse nak amik yang mana satu. Dah lama saya dengar yg org cakap makanan darat tak elok campur dgn makanan laut.
Hari tu ada terjumpa kt Internet pasal tips pemakanan Rasulullah. Dipetik dari blog ini.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotien dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
  
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
  • Tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+c(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
  • Tidak minum susu bersama cuka kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
  • Elakkan meminum susu bersama makan buah. Contohnya koktel kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidan perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
  • Tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tomyam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.
  • Makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.
  • Makan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
  • Makan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
  •  Makan buah tamar yang mengandungi serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari.
  • Buah-buahan lain seperti tembikai yang mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
  • Sayuran dari jenis mentimun (cucumber) yang kaya dengan air yang menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
  • Menggalakkan penggambilan madu. Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
  • Banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan. Hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
  • Melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Rasulullah meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
  • Menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
  • Baca bismalah dan doa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
  • Makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
  • Kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum dalam keadaan duduk, tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
  • Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
  • Dilarang meninggalkan makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
  • Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan.
  • Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
  • Tidak minum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Aug 27, 2012

Back to School

16 hari Aleesya bersama mama. Hari ni dah kembali ke sekolah. Mama lak yg sedih bila nak tinggalkan dia kt school tadi. Aleesya lak mula mencebik dan senyap je bila teacher bawa masuk tadi. Oh lambatnya masa jam 5.
 
Alhamdulillah pagi tadi jalan tak la jem sangat, walaupun hari hujan. Hati tetap tenang dan gembira nak pergi kerja. Mood akan ok sampai petang, yeay!

Miss U Lil Girl!

Aug 23, 2012

Cerita Raya oh Raya

Tahun ni, giliran raya di kampung saya, Kuala Terengganu. eh bukan ke tiap2 tahun balik kg saya? hehe. Raya kali ini adalah kali ketiga kami sebagai suami isteri.

Hari raya pertama di Terengganu, wajib! Beraya di rumah sanak saudara je. Menu pagi raya satay, ketupat dan rendang, nasi minyak, laksa Terengganu. Nasi dagang tak sempat nak rasa sbb kenyang sangat dah.
 
Raya kedua dah gerak balik Perlis. Alhamdulillah jalan tak la jem sgt, mungkin org lain masih beraya. Cuma kt tmpt biasa, jalan Machang kot yg jem sikit. Kami bertolak dalam 9.30pg, sampai dalam 8.30mlm kt kg hubby.
 
Raya ketiga sepupu hubby kahwin. Dua beradik serentak. Ada laksa Perlis, yeay!
 
Raya keempat balik KL. Singgah kat Bukit Kayu Hitam, rumah FIL. Lunch di Pelita Nasi Kandaq Penang. Highway PLUS adalah sangat jem. Singgah di Sg Buloh, amik adik then terus balik Putrajaya. Sempat lagi drive thru McD 4 our dinner.
 
Raya kelima, ai is pengsan. Dah sampai umah lewat malam, kemas2 dapur dan basuh baju. Hubby dah bekerja.
 
Raya keenam, kembali bekerja =(
 
 
 
So apa lagi, meh layan piccas raya......this year tak ambil banyak pic pun, huhu....jeles ngan ahli family lain bergambar time open house dan beraya bersama keluarga dan sanak saudara.

Aleesya breakfast kt masjid. Pagi raya
family potrait

raya kedua-otw back to perlis
raya ketiga-kenduri kawin
 

Aug 19, 2012

Salam Aidilfitri


IKHLAS DARIPADA DIANA, AZRINIZAM & ALEESYA =)

Aug 17, 2012

Miss Papa

We miss u papa. Lambatnya papa nak balik. Bznya papa saya.

Luv,
Aleesya ♥♥


Aug 14, 2012

Bubur Lambuk Terengganu





 



 
 
test using s*note n share to blog.
 

Aug 11, 2012

Takut Naik Flight

Balik Terengganu bersama Aleesya dengan menaiki MAS. Kali ini sgt mencabar berbanding sebelum2 ni menaiki MAS mahupun AirAsia.

Mungkin sebab Aleesya semakin besar, makin pandai memberi ekspresi terhadap sesuatu. Masuk je dlm flight, diam je. Mama dah rasa pelik. Elok je bila dah mula gerak, dia mula merengek dan menangis. Mama cuba jgk pujuk dia dgn bagi tgk hp dan buku serta majalah tp sama je. Skjp je dia leka then sambung balik nangis sambil tunjuk2 pada tingkap.

Pada fikiran saya dia ajak mama keluar ke? Takut sbb berada di ketinggian yg luar dr kebiasaannya. Kami duduk di sebelah tingkap, dah tutup tingkap tu. Boleh pulak dia tunjuk pd tingkap di sebelah sana.

Nasib baik perjalanan yg hanya memakan masa 40 minit shj. Jenuh mama nak pujuk sayang. Kalau sebelum ni mama ok je travel berdua dgn Aleesya naik flight, tp utk next time kena fikir dulu la..hahaha..ikut sapa gayat pd ketinggian ni agaknya ye.. :)


Aug 10, 2012

Kambing Bakar

Ptg semalam berbuka puasa di ofis.
2 ekor kambing bakar hidangan istimewa.
Alhamdulillah makanan cukup2. Kehadiran juga agak ramai.
Terima kasih buat yang hadir.

Cuti Raya

Yeay....!!! Count down utk balik bercuti hari raya..

Cepat lah esok...tp sedih lak nak tinggal hubby.

Mama n Aleesya balik kg dulu.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...