Oct 22, 2012

Makan-makan Special di Perlis

Setiap kali balik Perlis, mesti mencari beberapa makanan yg best boleh didapati di sana.
 
Di antaranya Air Cendol n Laksa Perlis di Fatin Corner. (Baru ni tgk diorang dah tukar nama Fatinnaz Corner). Kat tmpt lain pun ada jugak sebenarnya, tp Fatin Corner tu yg paling best n dah lama kedai tu. Siap boleh delivery lagi. Lokasi adalah bersebelahan dengan Putra Palace Hotel di Kangar. 
 
Laksa di Fatin Corner pun boleh tahan sedapnya, tp bagi saya lagi sedap laksa yang makcik suami saya buat. Ingat lagi first time makan time wedding kitorang, dia yang buat untuk tetamu makan. Laksa di Kuala Perlis jugak sedap.
 
Tu tak termasuk ikan bakar dekat medan selera ikan bakar berhampiran jeti Kuala Perlis. Kedai yang paling sedap dah lupa no berapa, kedai yg hujung rasanya. Nama kedai Lynda Ikan Bakar. Bos n anak buah dia ada yang "mak-mak gitu"...siap make up lipstik bagai. Mujur makanan sedap.
 
Mihun sup yang tidak boleh miss jika pergi ke Arked Niaga Padang Besar, kedai makan tu kat tingkat atas. Baru ni tak sempat nak makan sebab pergi ke Padang Besar dah lewat petang, kedai dah tutup. Melepas....hehe
 
Mihun tomyam Siam pun sedap. Original from Siam. Kalau pergi Padang Besar jgn lupa beli paste tomyam Siam =)
 
Lagi yang terkenal di Perlis adalah mempelam harum manis, tp orang sana cakap harga harum manis dah makin mahal. RM15 sekilogram. Bila musim buah mempelam boleh la beli kot.

 
 


Oct 17, 2012

Oct 16, 2012

Selamat Datang ke Labuan

Negeri terakhir yang saya jejak kaki di Malaysia adalah WP Labuan. Baru kali ni berpeluang pergi, tu pun sebab atas urusan kerja. Kalau tak, lagi lah tak tahu bila nak sampai ke sana.
 
Saya dan beberapa rakan sekerja ke sana 4 hari 3 malam (12-15 Okt). Saya bertolak jumaat pagi dr KL-KK dahulu, sebabnya saja nak rasa naik bot/feri dari jeti Sabah ke Labuan. Kami menaiki bot terakhir dr Menumbok yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KK. Ada bot kecil dan feri. Kami naik bot sebab konon nak cepat sampai ke Labuan, hampir 30min je. Ada juga feri dari KK-Labuan tapi kekerapan feri hanyalah 1 atau 2x je sehari.
 
Sepanjang perjalanan dari KK ke Menumbok, dapat jumpa macam2 tempat nama yang bermula dengan Me... ada Menunggang, Mempukol dan diakhiri dengan Menumbok, Manggis pun ada =)
 
Sampai di Labuan, Alphard menunggu kami =) kenderaan yang kami gunakan sepanjang di sana. Mewah youuu....kami dinner di Restoran GuKawe, masakan sangat sedap. Menu ikan masak stim & 3 rasa juga ketam sangat menyelerakan. Pemilik restoran adalah Kelantanese yang dah lama menetap di sana. lepas dinner, baru pergi tempat penginapan.
 
Kami menginap di Palm Beach Resort & Spa. Walaupun jauh sedikit dari bandar, it's ok. Itu yang disediakan oleh pihak penganjur. Bukan nak ulang alik pergi bandar cam kat Langkawi pun kan =)  Tak sempat pun nak round satu pulau, hanya keluar makan dan minum di kawasan berhampiran. Lagipun pukul 6ptg dah gelap, so tak boleh nak keluar lepak2 di tepi pantai lama2 pun. Malam terakhir ada orang request nak makan steamboat di Manjarasa, tp ianya biasa2 sahaja. Best lagi steamboat di KL =)
 
Makanan di Labuan biasa sahaja. Yang saya sangat suka hanyalah di Rest GuKawe sahaja. Nak makan di Tanjung Ketam/Tanjung Aru kot namanya, pun tak sempat. Makanan di hotel biasa2 je. Breakfast buffet pun sama je setiap hari, huhu. Tp tak kurus pun, makan tetap makan, hehe.
 
Program habis before lunch hari Ahad, so lps lunch kami baru sempat nak keluar jalan2 round di bandar. Tp kedai2 di sana pulak tutup awal. Jam 3ptg dah tutup n ada kedai yang tutup hari Ahad. Pelik jugak tu, sepatutnya hari Ahad la tutup lambat kan. Lps round bandar, kami singgah ke Perkampungan Air. Tengok dan ronda2 kat rumah2 yang dibina di atas air, semua rumah majoriti ada astro hehe..
 
Flight kami Labuan-KL pada jam 10.30 pg, sempat singgah sekejap je kt bandar. So tak de beli apa2 pun, sempat sambar perfume for me n him & beli chocolates je...chocolate pun ada yang lagi mahal dari di Langkawi.
 
Kesimpulannya, tak banyak sangat tempat menarik di Labuan. Muzium marin, taman burung dll tak sempat pergi. Labuan adalah tempat pekerja2 oil&gas je kot, dan perindustrian lain. Kalau siang hari tu mmg akan nmpk org2 pakai coverall je merata hehe.
 
Bilik hotel

Makan2...minuman botol sgt mahal okeh!

Dr kiri atas: rumah atas air, laluan nak ke rumah, pasar babi?, nama jalan banyak OKK (Orang Kaya-kaya), kaunter ticket di Menumbok hanya hiasan

Dr kiri atas no 1 & 2: hasil rembatan, jelly santan kelapa, barang2 kami, menu di AA 

Nak jugak interprem!

Oct 11, 2012

Sweep Sweep

Edisi bersawang.

Lama sungguh tak update, bukan tak update. Actually tak post cos pic x transfer to laptop so semua post disimpan dan kepam kat draft. Nanti lah post.

Now prepare mental n physical. Ye ke? Bekerja dan bercuti to.......???

Just wait and see =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...