Nov 19, 2012

Agar-agar Roti



Bahan-bahan
  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sepeket agar-agar tali
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • 31/2 cawan air
  • Esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  1. Masak 3 cwn air, agar2 dan gula di dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, sedikit esen vanila dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Tuang ke dalam loyang dna simpan ke dalam peti sejuk. Enak dmakan ketika sejuk!
**kalau guna pewarna coklat/merah, adunan dibahagikan 2. Satu adunan berwarna, satu adunan asal. Adunan dituang berselang seli supaya agar-agar kelihatan seperti agar-agar marble. (nama asal: Agar-agar Roti Marble) =)
 

Abaikan warna yang tak berapa nak menarik. Satu sebab pewarna tak de dan satu lagi sebab menggunakan roti wholemeal, bukan roti putih biasa. Inilah jadinya kalau beli roti dan tak de orang nak habiskan bila kat rumah. Agar-agar pun tak laku, kesudahannya rezeki kawan-kawan di ofis.

Nov 17, 2012

Happy Birthday My Dear Husband

17.11.2012

We Loves You!!

Menikmati keindahan semasa makan ;p

Our Dinner. Saya belanja ;p

Dia nak hadiah ni aje? 2 peket mahal jugak tau! ;)
 
Semoga suamiku terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi ketua keluarga yang baik serta berjaya di dunia dan akhirat.
 
MuahhssX..

Nov 12, 2012

Hidup Tanpa Handphone

Bgn pg sedikit terlewat, gara2 Aleesya dah bangun jam 4 pg. Seperti biasa Aleesya akan pergi sekolah dgn mama. Dia pun tak nak bangun so mama mcm biasa jugak kena dukung dia, bw hbag n school bag Aleesya turun lif dr tingkat 10.

Sampai di kereta baru teringat henpon di atas almari lupa nak ambil. Owh, seksa nak patah naik balik. Termenung dan berfikir sekejap. Kalau biarkan aje hp kt umah, karang nanti ada org call/sms/wa ke...dah la Tab pun saya tak bawak hari ni. Internet tiada di hujung jari juga rasa pelik.

So dgn berat hati naik jugak ke atas sambil dukung Aleesya. Anakanda semakin tinggi dan berat, dah la bgn pg ni rasa sengal2 urat dekat peha pulak. Mlm td Aleesya ngempeng ngn mama,  so kena tidur mengiring lg. Tu yg bgn pagi rasa kaki nk cramp je.

Mood sedikit spoiled pagi ni. Nasib baik trafik di jalan raya biasa2 aje. Tak jem teruk. Dgr hotfm, nak mengamuk mak dgr panggilan sorang minah ni nama siti. Siti je pun. Konon berlagak, org kl x boleh hidup di kampung, padahal mak bapak asal dari kampung jugak.

Saya rasa ramai org tak leh hidup tanpa henpon dlm dunia pada hari ini.

me, hari ini

Nov 11, 2012

Aleesya's First Movie

Dalam usia 1 tahun 11 bulan baru mama berani bawak Aleesya pergi tgk wayang. Sebelum2 ni pun memang teringin nak bawak dia tapi sebab masa tak de. Kalau mama free, papa pulak yang takde. Last saya & hubby tengok movie pun cerita Ombak Rindu, tu pun sebab hubby yang beriya nak tengok cerita tu sebab promosi dan pengaruh di FB/Twitter dll. My hub bukan peminat filem Melayu, drama etc
 
Oleh kerana cuti hujung minggu yang tiada kerja, yeay! Mama mcm biasa, suka plan pergi mana2/apa2 aktiviti. Plan nak pergi hari Sabtu (10.11.12) terpaksa ditunda pada hari ini. Movie yang sesuai sekarang adalah AjiBoy, movie lain2 tak sesuai kot. Kartun pun takde. Nasib baik ada show di GSC Alamanda.
 
Jam 4.30pm kami keluar rumah, sempat ambil tiket movie jam 5.00pm. Mula-mula masuk hall, Aleesya diam je...tgk muka dia cam sedikit cuak, mesti duk fikir mana lah mama nak bawak ni, hehe.. May b sebab gelap dan iklan sebelum movie start kebanyakan adalah cerita Inggeris. Dengan sound system yang kuat, Aleesya dah mula merengek nak keluar siap tunjuk pintu lagi. Papa relax je makan pop corn. Mama jugak yang kena tenangkan dia.
 
Bila movie start, elok pulak dia diam. Fokus je siap baring atas riba mama. Lama2 baru berani nak gerak kaki, tukar posisi dan sebut abang..uncle..dsb character dlm Ajiboy.
 
Alhamdulillah semua berjalan dengan ok, Aleesya baik je sampai habis cerita. Cerita Ajiboy pun ok, relax dan tak berat..shoot lak kat A Famosa Resort, macam tau2 je nak pergi ke sana. Tp tak tahu lagi jadi ke tak, dah boleh tgk/imagine apa2 yang ada kat dalam tu :)
 
Lepas tgk movie, singgah makan kat Garden Cafe. First time try kat situ. Selama ni lalu n tengok je sebab deco2 dia sangat cantik tp tak pernah lak rasa nak cuba. Makanan ok, walaupun mahal sikit biasalah kena dgn tema dan deco nya. Menu ada Western & Asian Food, dan eat free for kids.


 
 
 
 
 
 Love,
 
Cik Puan Dianna


Bird's Park


 
 


**will update the entry soon

Nov 3, 2012

Sakit

Bangun pagi tiba2 rasa badan tak leh gerak, even nak pusing dan bangun. Oh tidak. Rasanya sakit lama kembali lagi. Seingat saya kali terakhir rasa sakit sebegini semasa sedang mengandung. Bahagian belakang pinggang, atas pinggul rasa sangat sakit sampai tak leh gerak. Mujur hubby ada di rumah, dia tolong gosok dan urut2 di belakang. Katanya badan saya ni banyak angin, urat bersimpul-simpul, tu yang menyebabkan sakit.
 
Hubby pulak ada kerja luar hari ni. Sebelum dia keluar, dia dah tapaukan makanan siap2 untuk hari ini. Bila saya duduk/baring/menunduk, then nak bangun sangat sakit ok. Time nak mandikan Aleesya, hanya Allah je yang tahu sakitnya camana. Jalan pun dah macam orang preggy 9 bulan lagaknya. Kalau tak baik lagi, esok harus kena pergi clinic. Hopefully baik. Sebab hari ni dan esok hubby busy, mana sempat dia nak hantar saya pergi clinic.
 
Sempat meng-google apa sebab sakit sangat tu. Memang sebab sakit urat, saya cuma risau takut ada tulang patah/retak, mintak dijauhkan. Yela, dulu2 zaman belajar sangat aktif bersukan. Kalau main netball tu jatuh terguling tu memang biasa. Time kat asrama sekolah dulu pun, ada jugak terjatuh dalam bilik air. Punca sakit belakang pinggang di antara lain sebab tidur yang tak betul, mungkin betul sebab Aleesya masih BF, so time saya baring confirm dia akan datang mengempeng ngan mama. Tidur pun mengiring je. Angkat berat juga betul, Aleesya pun suka lagi minta saya dukung. Time bangun tengah malam dia minta susu, mahu ikut sama saya ke dapur, of course la mahu didukung. Kalau pagi2 tu, nak dukung dia lagi, bawak beg n handbag mama lagi serta beg laptop turun dari tingkat 10 tu..huhuhu..walau apa pun, mama sanggup buat apa sahaja demi untukmu sayang =)
 
Petang tadi lepas Aleesya bangun tido ajak mama pergi "taman". Hari baru lepas hujan, so bawak jugak dia jalan2 kat taman di samping mama nak exercise pinggang. Sekarang ptg asyik hujan, memangla dia memberontak tak boleh main kat taman. Nasib baik Alamanda tu dekat je, bolehla mama bawak dia main kat taman dia kt dalam Alamanda tu, hehe..
 
Semoga semuanya baik2. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.
 
First time Aleesya tgk live football match. Aksi "gol!!" nya sgt comey

Nov 1, 2012

Bersukan

Rasanya lama sangat saya tak bersukan. Rasanya semenjak mengandungkan Aleesya, sampai dia lahir dan sekarang umurnya dah hampir 2 tahun. Bersukan yg saya maksudkan adalah bersukkn yg berat2, kalau jogging/aerobik tu ada je buat time ada program.
 
Mungkin sebab sy bersalin c-sec, lg lah kena jaga kan. Orang cakap paling kurang setahun dua tu kena pantang lagi buat kerja berat tp kadang2 kita ni lupa dan terpaksa buat sesuatu tu, kena buat juga.
 
Ptg semalam, rakan2 ofis ada anjurkan pertandingan boling di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square. Mak ni malas la join pd awalnya sebab fikir nak balik amik Aleesya, if papanya ada kerja kan. Nasib baik hubby tak de kerja semalam, tambahan dgn pujukan rakan ofis dan satu team tu tak cukup org, saya join la jugak. Team kami dapat no 3 dr keseluruhan 6 group, yeay!!
 
Main 3 games, bila masuk game ke3 mula la rasa lenguh jari *ada ke lenguh jari? ;)*...then kat bawah perut ada rasa sakit sikit. Barulah teringat yg awak tu dulu bersalin c-sec, terus lps tu kurang semangat nak main.
 
Dah lama tak pergi massage satu badan, asyik delayed je. Skrg hanya sempat massage kaki n basic massage je time pergi buat facial. Owh, i need a massager. Walaupun my hub mmg pandai massage, saya tetap suka pergi dekat org yg mmg expert bab2 massage ni. Kalau dulu pergi kt spa atau pun buat dgn makcik/bibik dr Indonesia/Thai yg expert.
 
Balik mlm td, rasa penat dan tidur awal. Bgn pagi, owh rasa lenguh2 badan la pulak. Cam br lepas lari 100m je :) tu la lama sangat tak ber exercise kot. Hopefully cepat2 baik dan hilang lenguh2 ni.
 
Saya nak bersukan lagi. Rindu nak main badminton dan futsal. Juga work out di gym, *walaupun tepi rumah ni je ada gym tu** :p Setakat layan Aleesya main kat playground tu boleh la..sambil jalan2 round kawasan rumah ni.
 
Pg tadi Aleesya memujuk2 sampai nangis mama ajak pergi "taman", sekarang kan asyik hujan je ptg2 so tak boleh nak bawa dia pergi taman. Ptg tadi balik awal then mama bawa Aleesya pergi Alamanda, mama terasa nak makan yg manis2..setiap kali teringin nak makan yg manis mesti teringat cakes & aiskrim je. Saya order durian cheese cake dan prawn cheese pasta.. makan sekarang memang selalu berebut dengan Aleesya. Rasanya anakku ni menurun dari mama dia suka makan yg manis2 dan bercheese :) lps dinner, bawak dia pergi main kat "taman", hurm..main sampai puas..payah pulak nak ajak dia balik hehe....

layan..sape yg bergegar skrg?...haha
Our team. Tempat ketiga, yeay!
 
nyum nyum
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...