Jun 4, 2013

Buku Merah Baru


Setelah sekian lama tak datang KKPJ, hari ni saya kembali untuk buka buku merah baru.

Saya tetap nak buat buku merah di KKPJ, sebabnya guna alamat rumah lama dan boleh bersalin di HPJ. Kalau nak ikutkan alamat tempat tinggal dah kena ke Hosp Serdang.

Appoinment jam 10.00pg, dalam 9.30 saya dah sampai klinik selepas sarapan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah di Presint 9 yg sedap dan mahal! =)

Oh sekarang dah tak de ambil nombor, setiap patient terus masukkan buku atau kad masing-masing ke dalam bakul yang disediakan mengikut masa appoinment.

Belum sampai jam 10.00 nama saya dah dipanggil. May b sebab patient yg buat appointment sblm tu dah dipanggil. Prosedur masih lagi saya ingat sama mcm dulu iaitu:

1. Ujian air kencing. Sekarang tak letak dalam botol dah, letak mcm dlm cup then bawa pada nurse terus amik result. -->NORMAL

2. Ambil darah, kena scan card dulu. Masih sama.

3. Scan card utk jumpa nurse. Bilik 36. Buka buku baru, lama sikit la, nurse nak tulis dan tanya macam-macam, refer dgn buku yang lama. Timbang berat dan check perut. Dpt sticker hijau, sebab 1st dulu sy bersain czer. Yang paling best nurse check EDD baby 06.12.2013. Sama birthday dgn kakak Aleesya kalau baby keluar on time. Yg saya check sendiri EDD 05 atau 07 Disember 2013.

4. Scan card lagi untuk jumpa doctor. Bilik 11. Doc tak scan sbb saya dah pernah scan kt klinik sebelum ni, gambar lupa nak bawak. Doc minta saya ambil darah lagi sekali sebab masa preggy Aleesya dulu, ada satu test darah saya tak dapat detect result sama ada saya ada Anemia atau tak. Semua dulu tu sebab HB saya rendah, dalam 9-11 je. Tu yg dapat sticker hijau jugak dulu. Doc juga siap bagi beberapa date untuk:
a) minum air gula - uiiii tak best! Tak de pengalaman pun minum air gula
b) scan baby - suka....mesti dah tahu jantina dan kesihatan baby. Hopefully air ketuban juga cukup kali ni.
c) refer HPJ - sama ada boleh bersalin normal / czer jugak. OMG! Ya Allah, aku nak bersalin normal pulak kali ni. Cerita kelahiran pertama di sini.

5. Amik darah lagi sekali, so dua-dua belah tangan aku dah serah utk diambil darah.

6. Scan dan check gigi. Ok, Doc cakap jaga kebersihan gigi supaya gusi tidak berdarah semasa mengandung.


Alhamdulillah, kali ni check up tak lama sangat. Menunggu pun sekejap je. Selesai aje terus ke ofis, masuk lambat. Sampai ofis je rasa letih dan lemah je, may b sebab banyak ambil darah hari ni. Lupa lak nak minta MC.
        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...