Jun 1, 2013

Kali Ni Lain Macam

Memang sangat lain macam mengandung kali ni dgn mengandung Aleesya dulu. Alhamdulillah masa dulu tak de alahan apa, kerja macam biasa. Atau mungkin sebab masa tu tengah sambung Masters, belajar dan siapkan assignment bersama-sama suami dan kawan2 mungkin penguat semangat mama ketika itu.

Mengandung kali ni mmg penyakit M melampau-lampau, hujung minggu hanya duduk rumah je. Pagi tadi siap nk pitam time beli barang basah kat Econsave. Nasib baik tak jatuh. Selasa ni jumpa doctor, buka buku merah kembali.

Harapnya mengandung pada kali ni tak de masalah lain lagi daripada alahan M dan letih di awal-awal ni.

Musim cuti sekolah ni ramai yang kawin, kt Whatsapp group family pun duk sebut pasal Nasi Minyak, ha..tetiba ngidam nasi minyak kawin Terengganu, sedap woo gulai daging dan ayam masak merah. Ptg pergi makan nasi beriyani yang tak brp nak gam kt Sarina Café kat Seksyen 15. Biasanya makanan kt Sarina boleh tahan, may be sebab nasi beriyani tu yg dah siap masak kot, tu yang kuraeng sikit. lauk ayam masak merah pun agak masin. harus pekena nasi beriyani JM atau kt Putrajaya ni. apa-apa pun, balik kampung nanti mesti nak juga makan gulai daging rempah bunga ros, haha..

nasi beriyani ayam masak merah dan daging hitam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...