Jun 28, 2013

Risiko HB Rendah Semasa Hamil


Sedikit info yang ditanya kepada enchik google berkenaan dengan HB rendah semasa hamil.

Di antara punca HB rendah kerana:

- peningkatan dalam isipadu darah
- penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
- penurunan kadar HB normal
- kurang pengambilan zat besi dalam diet
- kekurangan asid folid
- pendarahan gastrointestinal
- kehilangan darah daripada pendarahan buasir

Risiko HB rendah:

- Kesan kepada ibu: pitam atau pengsan, mengalami keguguran, kegagalan jantung, pendarahan semasa mengandung dan bersalin, risiko mengalammi penyakit berjangkit

- Kesan kepada bayi dalam kandungan: pertumbuhan janin terbantut, lahir tidak cukup bulan, berat bayi kurang daripda 2.5kg, anak lemas semasa lahir atau mati ketika dilahirkan

Kepentingan HB ketika ibu hamil:

- Kandungan kurang daripada lima bulan: pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna) manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

- Kandungan lima hingga tujuh bulan: bayi telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika HB terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu.

- Kandungan tujuh bulan ke atas: sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (HB). Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan, jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit di mana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Bagaimana untuk meningkatkan HB?

- Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti daging lembu (merah), daging ayam (bahagian dada), kerang, ikan bilis, sayur bayam dan hati ayam.

- Jangan ambil pil tambah darah bersama-sama dengan susu termasuk teh susu/kopi susu kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin sebaliknya diambil bersama air masak atau jus buah-buahan.

HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.


Those di bawah ni antara pil iron yg pernah saya ambil sewaktu mengandungkan Aleesya:

iron tablet ni yg klinik bagi, biasa makan 2-4bj sehari

ini beli kat farmasi, lg berkesan tp ubat bapak besar



Semasa berpantang, saya mula diperkenalkan dengan supplement Shaklee. Mengandung kali ini saya amik pil ini sahaja, nanti tgk result camane sama ada perlu mkn ubat-di atas atau boleh hanya amik Vitalea ini sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...