Sep 13, 2013

Alahan Mengandung

Kandungan dah makin besar tapi, baru nak tulis kat sini pasal alahan mengandung. Kena tulis, nanti anak seterusnya lain pengalaman pulak kan, haha. *cepatnya berangan anak seterusnya*

Memang ketara sangat nampak perbezaan semasa mengandung Aleesya dan yang baby no 2 ni.

Kalau dulu, memang tak de apa2 masalah cuma di akhirnya payah sikit nak keluarkan anakanda sampai kena potong *jalan tak buka, dlm mgu 36 kena czer slp 2 kali induce sbb oligo* kisah bersalin Aleesya dulu boleh refer di sini. 

Dah la time tu sedang sambung Masters, nasib baik ada kawan2 coursemates dan suami bersama. Elok2 tengah cuti semester time saya lahirkan Aleesya. Sempat ponteng kelas sekali je rasanya, kelas pun tak banyak, 4 kali sebulan je. Final sem / project paper paling mencabar sebab time tu dah tukar status menjadi ibu beranak kecil, hehe. Alhamdulillah selesai semuanya dengan baik. 

Di awal kandungan Aleesya dulu, rasa macam biasa je. Selera makan ada, tp lebih kepada fast food and western. Kandungan kali ni lebih rasa nak makan nasi, terutama nasi minyak ke nasi beriyani ke nasi arab ke nasi lemak ke..sampaikan masa check up lps raya hari tu berat naik 4kg dlm masa 2 minggu. OMG! Lps tu beriya diet kurang makan nasi, berat turun sikit, hehe.

Kandungan dulu, tak de rasa nak makan asam2, adik saya yg mengandung sama time tu selalu mengidam asam/jeruk mangga muda, tp saya tak de pape pun. Tu yg pada awal tu mak saya cakap saya preggy baby boy, n adik saya preggy baby girl. Last2 yg keluar dua-dua girl :)

Mengandung dulu tak de rasa loya/mual/muntah dsb. Seingat saya sekali je muntah tgh malam, tu pun terjaga tgh malam rasa gatal2 tekak n muntah air je. Mengandung kali ni, masih ingat awal2 dulu, masa bulan 4, kerja di pejabat amat banyak, dan ada yg perlukan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam satu hari (dalam KL je). Time naik kereta sendiri mahupun kereta pejabat (di waktu petang-mlm), rasa mual dan loya yang amat. Selepas makan pun tekak akan rasa loya. Biasanya saya makan mangga muda untuk hilangkan rasa loya tu. Pernah sekali sangkut dlm jem time nak pergi Wangsa Maju dah rasa nak pitam, sampai je ke destinasi yang dituju, terus buka pintu dan keluar amik udara luar. Nasib baik tak muntah depan orang ramai. Lps musim raya, ingatkan dah ok dan hilang rasa tu, rupanya masih ada. Lepas makan je, rasa mual2 tekak.

Beberapa kali juga pitam dan hampir pengsan ketika mengandung anak kedua ni. Di pasaraya Speedmart, time nak bayar kat kaunter. Time bulan puasa di Pasar Siti Khadijah, time nak beli juadah nak buka puasa *jauh tu*, beberapa kali time kat shopping mall...tapi masih boleh kawal. Bila rasa dah agak pening2, panas badan, terus berhenti dan rest seketika. Ni penangan tekanan darah rendah la jadi macam ni. HB memang rendah. 9-10 setiap kali check-up. Time Aleesya tu pun di akhir preggy baru naik 11.

Time preggy Aleesya dulu yg saya ingat tak leh bau perfume dan shower gel. Hanya satu dua je yang boleh. Memang masa tu tak pakai perfume, pakai yg bau soft je dan shower gel pun yg xde bau pelik2..mengandung kali ni ok, alhamdulillah..semua sebat haha..

Itulah beberapa kelainan semasa mengandung anak pertama dan kedua. Sebab tu rasa kali ni mengandung anak lelaki pulak. Inn sha Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...