Sep 26, 2013

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Alhamdulillah syukur rezeki baby kot, mama dapat panggilan untuk interview PTD bagi bulan September. Tu pun lepas lulus exam PTD yang ambil bulan 4 kot, dan dipanggil untuk interview. Format kali ni dah xde PAC, sape2 yang lulus exam terus dipanggil iv yang dibuat secara berterusan, rasanya start Julai 2013 kot dan resultnya akan diketahui lps Disember 2013 *awal tahun dpn la tu*.

Dahla time nak pergi exam tu, perasaan malas tu menguasai diri. Satu sebab dah kali ketiga pergi exam dan tak pernah lulus 2x sebelum ni, dan kali tu pulak tmpt exam kat Sekolah Presint 5, mmg tak tahu sekolah tu di mana n sure xkan selesa mcm exam kat PICC last ari tu. Result pun tak check, bila dapat sms dan email baru tahu lulus, alhamdulillah.

Dan tak pernah tunggu pun untuk dapat tawaran iv, bagi sebilangan orang may b memang berharap dan check hari2 kot kt web SPA tu, hehe..

Sebelum pergi iv, walaupun malas tetap kena study jugak sikit2. Tu pun last minute, cos byk keje kt ofis, check up la, out station la, demam la dll..cari2 soalan pun dari internet dan tanya kawan yang dah pegi iv bulan lepas. Mcm2 soalan spot yang diorang bagi ikut pengalaman masing2 seperti kenapa nak jadi PTD, nama2 menteri dan kementerian, peraturan am perkhidmatan awam, ETP, GTP, isu2 semasa dll. Ada yang ditanya dalam BI dan BM. Kawan saya pulak kena soal dlm bhs Arab, ye la dah dia amik pengajian Islam kot, dan may b interviewer tu tahu Arabic, jenuh kena tanya dalam BA la, haha...kawan saya tu ditanya pasal menteri, Diplomat, nama S/U PBB, pasal isu semasa di Syria dll. Katanya siap sembang santai gitu, ok la gitu kan.

Saya iv di SPA Putrajaya, jam 2.00 ptg tadi. Nasib baik sesi petang, sempat la baca sekejap pagi tu sebab malam tadi tidur awal, ngantuk dan letih. Siap beli surat khabar lagi. Biasa baca online je. Kawan cakap parkir kereta kat luar (parkir berbayar) dan kena menapak ke dalam. Bila saya park kereta dan berkira2 untuk berjalan ke blok C7 agak jauh, dengan keadaan diri mengandung 7 bulan, terus masuk kereta balik dan selamba masuk parking kt dalam. Nasib baik lunch hour, so byk tempat parking.

Sampai je tingkat 6, daftar diri tgk pada no giliran saya no 6, sementara tunggu pukul 2.00 ptg baik la pergi solat zohor dulu. Lagipun no 6, tapi tgk cam tak de pulak orang lain menunggu. yang ada untuk iv post lain. Saya turun ke surau di tingkat 1, ada pulak ustaz sedang bagi tazkirah sebelum zohor, *bagus jugak kt jbtn ni siap ada tazkirah sblm solat zohor* so kena lah tunggu sampai habis n solat zohor berjamaah. Lagi berkat, :) lps solat terus naik balik tingkat 6, ngam-ngam sampai jam 2.00. Baru duduk di kerusi dan sempat orang sebelah salam dan say hi tiba2 terus nombor saya dipanggil masuk bilik F. OMG..! baru nak bernafas kot, haha..dah rasa berdebar tak sudah. Walau apa pun, selamba je la masuk. Padahal kat pintu bilik iv tu mmg ada tertera je dari tadi no 5, iaitu orang terakhir slot pagi kot. *Dalam hati menyumpah kenapalah tak tanya kat adik time daftar tadi brp org iv slot ptg tu*

Dengan berdebar-debar ketuk dan masuk bilik, pass resume, sijil dan laporan LNPT kt meja interviewer. Ada dua orang, Dato Zainul n En Rizal. Dato jemput saya duduk, belek resume dan mula bertanya. Nasib baik dalam keadaan santai, xde nak kenalkan diri dsbnya dulu. Di antara soalan2 yang ditanya: 

- Dah berapa lama kerja tempat sekarang, buat kerja apa. Ni kali keberapa dtg iv dan xm brp kali.

- Knp nak jd PTD..dlm jawapan saya bg la pasal skop kerja PTD, dia pun tanya apa dasar baru yang awak nak buat? OMG, blank sekejap sbb tak jangka soalan mcm tu...saya pun jawab la blablabla, padahal dasar tu mmg dah ada. Then saya ckp nk tambah baikkan dasar tersebut dll..

- Pasal ekonomi, macamana ekonomi negara menuju Wawasan 2020. Saya ulas pasal Ekonomi Bumiputera yang PM baru lancarkan. Dato tu pulak cakap psl DEB, MEB. Nasib baik dia tak tanya banyak, sebab saya tak berapa nak hafal pasal2 fakta dan terms ekonomi ni. *saya rasa Dato ni dlm skop ekonomi kot* Siap saya hurai pasal NKRA, ETP dsb nya, haha. Bila saya cakap psl RTC, Dato cam argue psl RTC Perak yang x berapa ok skrang *tak tahu ianya kenyataan atau dia psyco* - lps abis iv terus mesej kwn tanya psl RTC Gopeng, aku lak tak puas hati hahaha

- Pasal isu di Lahad Datu, nak menanganinya jadi terus terjadi perkara sedemikian. Kalau awak dilantik menjadi pengerusi ESCOM, apa nak buat. Hurai dan goreng je la. Diorang mengangguk je. Tak tahu setuju ngan jawapan saya ke atau diorang rasa saya menggoreng. *isu ni memang saya tak prepare*

- Pasal penjawat awam, Dato ada bagi terms apa ntah, CPI ke CTI, ke amende ntah, saya tanya la apa tu.  Sebab banyak sangat istilah yang digunakan, may be terlepas pandang. Dia cakap, creative, integriti, positif. Dato minta saya hurai pasal kreatif dalam kerjaya. Saya ulas dalam skop kerja saya sekarang, ada sentuh psl orang2 muda. Siap Dato tu cakap PM suka orang2 muda mcm Puan ni, gen Y so minta saya hurai lg psl gen Y nak apa.

- En Rizal lak tanya psl background saya, knp degree lain, masters lain. Kemudian dia tanya pasal isu jenayah spt kes Peg Kastam kena tembak. Apa nak buat agar rakyat tak rasa terancam, negara luar tak takut nak melabur dlm negara dll. Saya hurai cerita psl undang2 Akta Jenayah, NBOS, dll.

- Pastu dia tanya kerja saya sekarang, buat program apa dengan gen Y, camana nak tawan hati orang muda.

Itu sahaja, puan boleh keluar. 

Itulah ayat terakhir Dato. Tak de pun buka soalan untuk ditanya. Saya pun mengucapkan terima kasih, bagi salam dan terus keluar. Alhamdulillah syukur. Rasanya macam lama kat dalam tu tp tgk2 jam 2.30ptg. Orang no 2 masuk dan orang no 3 duk tanya saya apa yang ditanya. 3 orang je kot slot ptg tu.

Kalau ada rezeki saya, lulus la iv ni. Inn sha Allah.

Makluman di web SPA

Ni parkir berbayar kat luar, jauh tu menapak siap kena naik bukit nak pg SPA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...