Sep 28, 2013

Kek Gula Hangus

Sebenarnya dah lama ngidam nak makan kek gula hangus ataupun kek sarang semut. Kebetulan tak jumpa pulak kat kedai bakery atau time majlis makan2 kat mana2. Nak order pun mcm tak nampak je ada org jual.

Resepi nya mudah je, tp sebab hari minggu tak de masa free so mmg kena tunda dulu la nak makan kek gula hangus ni. Hari ni baru teringat balik dan google bahan2 resepinya. Memang mudah dan senang. Bahan2 semua dah ada kat rumah. Saya pulak lg suka guna resepi yg kukus, sebab tak berapa reti nk guna oven dan tambahan pula lampu oven rosak tak berganti semenjak buat biskut raya ari tu...haha

Bahan-bahan & Caranya:

a) Gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 s/b butter

Masak gula atas api sederhana smp keperang-perangan.
Biar gula dah hancur & perang, masukkan air panas. Kemudian masuk butter, kacau sampai cair dan padamkan api.

b) Kek
4 bj telur ayam 
1 cawan tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat (ada org tak letak)
1 s/t baking powder 
1 cawan susu pekat
Sedikit esen vanilla

Telur ayam dipukul/pakai mixer. Saya kacau guna frisk je. Kemudian masukkan susu pekat. Lps tu masukkan gandum yg telah diayak bersama2 soda bikarbonat dan baking powder. Last sekali masukkan esen vanilla.

Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas kertas minyak/butter. Tutup loyang dgn aluminium foil. Td buat saya guna kain tuala kecil, ikat loyang, hahaha...Sebabnya aluminium foil xde, ingatkan ada kt rumah rupanya silap tgk, food wrap yg ado..haha. 

Kukus selama 40minit. Ada org guna oven untuk membakar kek.

Alhamdulillah, first trial menjadi jugak. Rasanya tak manis sangat, dan lubang2 sarang semut itu kelihatan, hehe. Org yang mengidam makan sikit je, hubby pulak takde kat rumah. Sape nak, meh datang umah...

Pic, mana yang ada n teringat nak snap je.

4 biji telur
Adunan dah cmpur sema, sebelum masuk dalam loyang

Sedia untuk dimakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...